Kerajaan Bukit
"PENGAWAL! Penjarakan budak ni!" arahan yang di berikan oleh ketua kerajaan mereka itu terus membuatkan Jb and the gang membuntangkan mata mereka. Begitu juga dengan Jinyoung. Apabila arahan diberikan oleh ketua kerajaan tesebut, pengawal yang bertugas sudah tentu melakukan kerja mereka. Jinyoung jadi speechless apabila di sekelilingnya di kepung oleh lima orang pengawal dengan pedang yang di tujukan ke arahnya. Dua orang pengawal lagi memegang kedua-dua belah lengan Jinyoung. Jinyoung memandang sahabat-sahabat barunya dengan pandangan yang kecewa, kerana terasa dirinya di perangkap dan di tipu.
"Korang! Apa ni?!" Jinyoung bertanya dengan nada yang marah lalu memandang mereka satu-persatu. Tampak sangat wajahnya kurang senang dengan situasi tersebut ketika itu. Jackson menggeleng memandang ke arah Jinyoung, memberi isyarat yang mereka langsung tak tahu-menahu tentang situasi yang berlaku sekarang ini.
"Ketua! Kenapa ketua buat macam ni?" oleh kerana perasaan yang tidak puas hati Jackson tampil kehadapan bertanya. Hilang terus rasa hormatnya terhadap ketua kerajaan mereka itu.
"Benar ketua! Apa salah dia? Dia tak lakukan kejahatan pun kat sini!" Jb pun turut tampil dan berdiri di sisi Jackson. Wajah mereka menggambarkan perasaan betul-betul kecewa dengan ketua kerajaan mereka itu.
"Kamu semua jangan ikut campur! Saya ada alasan saya sendiri! Dan jangan sesekali ikut campur dengan urusan saya! Terutama kamu Jackson!" sahut ketua kerajaan mereka dengan nada yang tegas lalu menunding jari di hadapan muka Jackson. Jackson hanya mampu mengepal penumbuknya dengan rasa sakit hati. "Pengawal! Bawak dia ke penjara bawah tanah!" sekali lagi dia mengarahkan. Jinyoung yang berasa tidak puas hati dengan situasi tersebut terus menggunakan kekuatannya untuk melepaskan diri. Hasilnya, kedua-dua pengawal yang memegangnya melayang menghempap pengawal-pengawal yang lain.
"Pak cik ingat saya ni apa? Penjenayah? Nak penjara bagai ni! Apa salah yang saya dah buat?!" marah Jinyoung, memandang mereka semua seperti seekor singa yang tengah mengamuk. Kedengaran pengawal-pengawal tadi mengerang kesakitan. Akan tetapi, ketua kerajaan tersebut tidak menunjukkan riaksi apa-apa. Malah, tersunging pulak senyuman di bibirnya. Dengan santai dia berjalan menghampiri Jinyoung yang memandangnya dengan pandangan yang tajam.
"Kamu hanya budak mentah...yang tak tahu apa-apa" ejeknya betul-betul dihadapan wajah Jinyoung. Jinyoung mengepal penmbuknya dengan tangan yang terketar-ketar, oleh kerana menahan amarah yang membuak-buak di dalam dirinya. Belum sempat Jinyoung berbuat apa-apa, ketua kerjaan tersebut terlebih dahulu meniup serbuk berwarna putih yang berada di tapak tangan kanannya ke arah Jinyoung.
Jinyoung merasakan dirinya pening. Penglihatannya mula berbinar-binar. Dia cuba menggeleng-gelengkan kepalanya untuk menghilangkan pening yang tiba-tiba menimpanya itu, namun tidak berjaya. "Apa yang pak cik dah buat dengan saya ni?!" dalam keadaan yang pening itu, dia sempat bertanya dengan nada yang marah. Tidak lama selepas itu, badannya terhuyung-hayang sebelum jatuh terjelopok di atas rerumput dan tidak sedarkan diri.
YOU ARE READING
{6} 𝙿𝚄𝙻𝙰𝚄 [ᵍᵒᵗ7×ᵈᵃʸ6]✓EDITING
FanfictionIdea asal : ibu saya Cerita ini mengisahkan tentang dua orang lelaki yang datang dari keluarga yang sama mempunyai keistimewaan. "Abang cakap ngan semut," - Jae Seorang boleh bercakap dengan haiwan. "Chanyeol-ah! Jangan buat abang Jae macam tu! Aban...