Kerajaan Gunung
SUDAH satu jam Mark, Younghyun, Woohyun, Sungyeol, dan Bambam mencari Jae di hutan berdekatan perkampungan mereka tetapi Jae belum dapat di temui.
"Jae!! Keluarlah! Tak payah nak merajuk lama-lama. Aku mintak maaf okay! Aku mengaku aku salah. Aku tak bermaksud nak berkasar dengan kau tadi" laung Woohyun cuba memujuk Jae untuk keluar dari tempat persembunyian.
"Jae keluarlah! Jangan buat kitaorang risau. Woohyun dah mintak maaf dah pun" Bambam pula melaung.
"Jae! Tolonglah jangan macam ni. Kau laki ke pompuan ni?! Keluarlah!" laung Sungyeol.
Manakala Mark dan Younghyun masih fokus mencari Jae tanpa berbunyi. Mark memandang Younghyun yang masih bertungkus-lumus mencari Jae di semak-semak, lalu mengeluh.
"Younghyun, hari dah gelap. Kita cari Jae esok je la" Mark memegang lengan Younghyun yang hendak berjalan ke hadapan lagi. Younghyun dengan perasaan yang kecewa, akur dengan permintaan Mark.
"MMMM!!!" Jae menjerit-jerit di bawah kain yang membaluti mulutnya kini. Bukan setakat mulutnya, tetapi badannya turut diikat menggunakan rotan dengan ketat. Dah naik merah pergelangan tangan Jae akibat cuba melepaskan diri.
"Hoi! Diamlah!" sergah makhluk bersayap tersebut.
"Eunwoo-ya, kenapa kau bawak budak ni ke sini?" seorang perempuan makhluk bersayap mucul di sebalik pintu di pondok kecil di dalam hutan kerajaan gunung.
"Kau masih tak tau ke budak ni siapa? Atau kau buat-buat tak tau?" tanya orang yang bernama Eunwoo tadi.
"Eum...apa?" tanya perempuan itu dengan wajah yang innosentnya.
"Hish! Susah betullah cakap dengan kau ni Eunji. Sowon mana?" tanya Eunwoo dengan perasaan yang geram.
"Kau ni! Asyik Sowon...Sowon...Sowon..je! Yang aku ni kau tak nampak ke?"
"Sebab dia lebih bijak dari kau! Perkara penting macam ni kau tak tahu!" balas Eunwoo lalu memberikan jelinganya kepada Eunji.
"Huh! Hati batu!" kutuknya lalu menjelirkan lidahnya ke arah Eunwoo. Baru je Eunwoo nak hempuk si Eunji, Sowon muncul tepat pada masanya.
"Sorry aku lambat" kata Sowon dengan dingin.
"Untung kau datang, kalau tak ada je yang kena hempuk tadi" balas Eunwoo mengejek Eunji yang tengah mencebik.
"Jadi? Mana budak manusia tu?" Sowon bertanya.
"Tu..." Eunji menunjuk Jae yang berada tidak jauh di belakang Eunwoo tengah terbaring masih cuba melepaskan diri.
YOU ARE READING
{6} 𝙿𝚄𝙻𝙰𝚄 [ᵍᵒᵗ7×ᵈᵃʸ6]✓EDITING
FanfictionIdea asal : ibu saya Cerita ini mengisahkan tentang dua orang lelaki yang datang dari keluarga yang sama mempunyai keistimewaan. "Abang cakap ngan semut," - Jae Seorang boleh bercakap dengan haiwan. "Chanyeol-ah! Jangan buat abang Jae macam tu! Aban...