Mereka, Woohyun, Bambam dan Younghyun sedang kejar-mengejar di udara. Kedengaran suara ketawa dari mereka bersahut-sahutan. Mereka sebenarnya berehat daripada latihan, jadi mereka bersiar-siar di Pulau tersebut. Tanpa mereka sedari terdapat sebantang anak panah yang meluncur membelah angin dengan sangat laju lalu terus tertusuk pada bahu kiri Woohyun. Woohyun yang seronok terbang tadinya kini terus terjatuh ke bawah. Bambam dan Younghyun terkejut dengan keadaan tersebut panik.
"Bambam! Pergi maklumkan kepada Mark dan Sungyeol yang Woohyun dalam bahaya cepat!" arah Younghyun.
"Okay!" Bambam pun bergegas pergi. Younghyun pula menyusuli Woohyun yang terjatuh ke bawah.
Woohyun terhempas ke tanah. Dia mengerang kesakitan. Anak panah yang tertusuk di bahunya kirinya dicabut. Cairan merah mula berlumba-lumba keluar dari lukanya yang kini ternganga.
"Arghh!!!" dia meraung kesakitan. Bajunya mula dibasahi dengan darahnya sendiri.
"Alamak! Aku rasa nasib aku buruklah hari ni," kata sebuah suara. Seseorang itu terpaku apabila mendapati Woohyun yang terbaring kesakitan di hadapannya. Dengan itu, Woohyun pun pengsan kerana tidak dapat menahan rasa sakit di bahunya dan kehilangan banyak darah.
"Aduh! Apa kita nak buat ni?" tanya satu suara yang lain.
"Kita bawak jelah dia ni balik dengan kita," sampuk satu suara lagi.
Younghyun berdecit marah kerana gagal menjejaki Woohyun. 'Aku harap kau taka apa-apa Woohyun...'. Dia berdoa dalam hati. Dia masih meneruskan pencarinnya sehinggalah...
"Younghyun!" panggil Mark yang terbang menuju ke arahnya diikuti dengan Sungyeol dan Bambam.
"Mark!" sahut Younghyun.
"Apa dah jadi? Mana Woohyun?" tanya Mark dengan wajah yang risau.
"Aku tak dapat jumpa dia," balas Younghyun dengan nada kecewa.
"Takpe kita pecah. Cari Woohyun sampai dapat lepas tu kita jumpa kat sini balik," putus Sungyeol. Mereka semua pun bersetuju.
.
.
.
"Jackson!" panggil Sungjin dalam keadaan berbisik sambil matanya sibuk memerhatikan suasana hutan di sekeliling mereka.
"Jackson!" panggil Sungjin lagi.
"Apa?!" sahut Jackson dengan nada yang geram. Dia berjalan dengan selamba tanpa menghiraukan jika ada bahaya menimpa mereka.
"Kau nak jumpa gergasi-gergasi tu ke? Aku nak baliklah," kata Sungjin.
"Betul tu! Jomlah kita balik Jackson," Hoya turut memujuk. Hoya dan Sungjin berjalan beriringan di belakang Jackson.
"Haih! Korang ni! Pergilah balik. Kalau kat tengah perjalanan korang nanti jumpa gergasi tu aku tak nak tolong," ujar Jackson.
"Hutan ni bahayalah!" tukas Hoya.
YOU ARE READING
{6} 𝙿𝚄𝙻𝙰𝚄 [ᵍᵒᵗ7×ᵈᵃʸ6]✓EDITING
FanfictionIdea asal : ibu saya Cerita ini mengisahkan tentang dua orang lelaki yang datang dari keluarga yang sama mempunyai keistimewaan. "Abang cakap ngan semut," - Jae Seorang boleh bercakap dengan haiwan. "Chanyeol-ah! Jangan buat abang Jae macam tu! Aban...