B A B 10

20 5 23
                                    

[Di sekitar kawasan Kerajaan Hutan]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[Di sekitar kawasan Kerajaan Hutan]

Jb dan Sunggyu berpandangan seketika apabila suara jeritan itu semakin hampir. Sekarang ini, Jb menunggangi Si Putih dan Sunggyu menunggangi Si Biru. Si Kuning pulak berada di belakang.

"Tu dia!" beritahu Si Putih kepada kepada Jb yang menungganginya. Jb menangkap kelibat seorang budak lelaki yang berlari dengan panik melarikan diri daripada gergasi.

"Cepat! Kita ambik dia!" Jb menjerit oleh kerana melawan bunyi bising. Dengan itu, mereka terus memecut mendekati budak lelaki itu dan menariknya menunggangi Si Putih bersamanya.

"Lepaskan aku! Lepaskan aku!" jerit Jinyoung sambil meronta meminta di lepaskan.

"Hush! Jangan gerak sangatlah nanti kalau jatuh aku tak tanggung!" Jb memberi amaran dengan tegas. Jinyoung pun terus patuh dan membetulkan duduknya pada belakang seekor kuda (masa ni Jinyoung belum perasan yang kuda ditunggangi itu adalah separuh manusia). Jb meletakkan Jinyoung di hadapannya supaya tidak jatuh. Mereka yang lain hanya mengikut ke mana arah Si Putih akan berhenti nanti.

[Kerajaan Bukit]

Sampai sahaja mereka di perkampungan mereka. Jb menurunkan Jinyoung dari belakang Si Putih. "Maaf kalau dalam perjalanan tadi kau rasa tak selesa" Si Putih bersuara. Mendengar suara Si Putih Jinyoung terus memandang Si Putih dengan mulut yang ternganga.

"A-apa semua ni?" tanyanya dengan wajah yang terkejut bercampur tak percaya. Kakinya mula lemah. Namun, sebelum dia sempat jatuh ke atas rerumput Jb sempat menahannya daripada jatuh. Si Putih dan gengnya hanya tertawa kecil melihat reaksi Jinyoung sebentar tadi.

"Manusia" gumam mererka.

"Aku kat mana sekarang ni?!" tanya Jinyoung tampak stress. Dia menolak Jb dengan kuat tanpa sedar sehingga membuatkan Jb terdorong jauh ke belakang. Kali ini giliran mereka yang ternganga melihat kebolehan Jinyoung.

"Woah..woah..relax..relax. Kitaorang bukan orang jahat. Kitaorang yang selmatkan kau dari gergasi tu" beritahu Sunggyu sambil menjaga jarak antara dia dan Jinyoung takut nanti dia pulak yang terbang.

"Siapa korang ni semua?!" tanya Jinyoung ingin tahu.

"Kami ialah Pahlawan pedang dan manusia separuh kuda ni kawan kami. Dan sekarang ni kau berada di Kerajaan Bukit iaitu tempat perkampungan kami" Sunggyu menjelaskan. Kelihatan Jb berjalan semula ke arah Sunggyu da yang lain.

"Pahlawan pedang? Manusia separuh kuda? Aku dalam mimpi ke? Atau roh aku dah sesat?" soal Jinyoung bertubi-tubi.

"Sabar..sabar..kami boleh jelaskan satu-persatu persoalan kau tu. Tapi kau kena ikut kitaorang dulu" kata Sunggyu lagi. Malas ingin ikut campur Si Putih dan gengnya pun berlalu pergi dari situ. Jinyoung memandang Jb dan Sunggyu bergantian sambil masih menjaga jarak antara mereka takut kalau-kalau dia diserang sebelum kembali bersuara.

"Korang nak apa dengan aku? Korang jangan nak main-main dengan aku. Tak silap-silap ada yang terbang lagi nanti" Jinyoung mengugut. Jb dan Sunggyu terus mengangkat kedua-dua belah tangan mereka dan menggeleng-gelengkan kepala mereka tanda mereka tidak mahu.

{6} 𝙿𝚄𝙻𝙰𝚄 [ᵍᵒᵗ7×ᵈᵃʸ6]✓EDITINGWhere stories live. Discover now