B A B 2[edited]

32 5 5
                                    

Kerajaan Gunung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kerajaan Gunung

     Bangsa mereka tinggal di puncak gunung. Kelihatan manusia-manusia bersayap menjalani rutin harian mereka masing-masing. Di sisi lain, kelihatan beberapa keluarga sedang mengajar anak-anak mereka yang kecil cara-cara untuk menggunakan sayap mereka dengan betul. Dapat di dengari gelak ketawa mereka melihat gelagat anak-anak mereka yang berusaha untuk menerbangkan diri.

"Mark! Hati-hati! Tengok-tengokkan juga yang lain. Jangan sampai ada yang cedera!" jerit ibu Mark yang berada agak jauh dari mereka.

"Okay mama!" sahut Mark lalu mengawasi sahabat-sahabatnya, Younghyun, Bambam, Woohyun dan Sungyeol.

"Abang betul ke keturunan Raja yang ke-7 dah lahir?" tanya ibu Mark kepada suaminya.

"Memang macamtulah yang di kabarkan," jawab ayah Mark sambil matanya masih mengawasi pergerakkan anaknya.

"Kalau macam tu, sumpahan ni tak lama lagi akan tamatlah?" tanya Ibu Younghyun kepada Ibu Mark. Ibu Mark sekadar mengangguk.

"Kita pun tak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Saya harap keturunan Raja yang ke-7 ni dapat menghadapi segala rintangan yang akan dia hadapi nanti," ujar ayah Younghyun penuh berharap sambil memandang langit.

.....

Kerajaan Bukit

     Kerajaan bukit di huni oleh Pahlawan berpedang dan manusia separuh kuda. Walaupun bangsa mereka yang berbeza, mereka tetap hidup dengan damai dan saling membantu antara satu sama yang lain. Suasana pada hari itu tampak berbeza daripada hari yang lain. Kelihatan tukang-tukang besi sedang bersungguh-sungguh bekerja untuk menghasilkan pedang yang berkualiti. Di sisi yang lain dapat di lihat juga manusia separuh kuda bersama beberapa pahlawan pedang melatih anak-anak kecil dan anak-anak muda dari bangsa mereka cara-cara mempertahankan diri. Perihal keturunan Raja yang ke-7 sudah lahir ke dunia memang cepat tersebar. Mereka bersemangat untuk menyambut kedatangan keturunan ke-7 Raja mereka yang dapat menamatkan sumpahan ke atas Pulau tersebut. Ini disebabkan mereka tidak mahu bangsa mereka di tindas oleh bangsa yang jahat dan yang lebih kuat daripada mereka.

"Weh! semalam aku dengar bapak aku cerita pasal ada manusia lagi yang sesat kat  pulau kita ni. Tapi mereka dah kena habiskan oleh geegasi-gergasi tu!" cerita Jackson kepada rakan-rakannya. Jb memutar matanya dan Sungjin hanya menggelengkan kepalanya melihat perangai rakannya yang sorang tu.

"Kau ni macam takde masa lain nak citer kat kitaorang. Time...time..berlatih ni jugaklah kau nak kasi tau," tegur Jb cuba memfokuskan perhatiannya kepada pelatih mereka yang tengah mengajarkan gerak-geri seni mempertahankan diri menggunakan pedang. Tapi mereka yang masih di bawah umur hanya menggunakan pedang yang diperbuat daripada kayu.

"Ha'ah betul cakap Jb tu. Jackson, cubalah kau fokus dengan apa yang diajar oleh pelatih kita tu," tambah Sungjin besetuju dengan Jb.

"Huh! Biarlah aku kan dah hebat!" kata Jackson sambil buat muka nak merajuk.

{6} 𝙿𝚄𝙻𝙰𝚄 [ᵍᵒᵗ7×ᵈᵃʸ6]✓EDITINGWhere stories live. Discover now