B A B 9

15 5 17
                                    

Sunggyu dan Jb bersama beberapa ekor kuda separuh manusia tengah bekerjasama mencari rakan-rakan mereka yang nakal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sunggyu dan Jb bersama beberapa ekor kuda separuh manusia tengah bekerjasama mencari rakan-rakan mereka yang nakal. Berani mereka ponteng latihan.

"Gyu! Kau yakin ke mereka masih hidup semalaman berada kat hutan ni?" tanya si Biru iaitu seekor kuda separuh manusia yang mengikuti rombongan tersebut.

"Aku yakin! Sebab Jackson tu bukan calang-calang orangnya. Dan naluri aku juga mengatakan yang mereka masih hidup dan bernyawa lagi" balas Syunggyu.

"Harap macam tu la. Jangan nanti kita jumpa mayat mereka je" gumam si Kuning pula.

"Weh kuning! Aku dengar apa yang kau cakap tu! Boleh tak kau jaga sikit mulut kau tu!" Jb mendengus marah. Ni tak lainlah ni kes dengki sebab kumpulan Jackson lebih hebat berbanding mereka.

"Orang cakap je! Bukan mintak pun!" balas si Kuning tak mahu kalah.

"Kau-" Jb hendak membalas kembali tapi dipotong oleh si Putih.

"Eh! Eh! Korang kita ke sini nak cari mereka Jackson atau nak gaduh ni?! Kuning kau jaga sikit mulut kau tu! Jangan timbulkan pertengkaran boleh tak!" katanya selaku senior di antara mereka semua.

"Ha! Bagi ceramah dekat dia tu sikit! Asyik bangkitkan kemarahan orang je!" bidas Jb lalu menjeling tajam ke arah si Kuning.

"Jb dahlah tu!" Sunggyu menjauhkan Jb daripada si Kuning.

"Dia yang mulakan dulu kan!"

"Shh! Dah kita pergi sana. Korang pergi sana. Kita berpecah" ujar Sunggyu mengambil jalan sebelah kanan sambil menunda Jb. Manakala, geng separuh kuda mengambil jalan kiri. Belum pun lama mereka terpisah.

"ARRGGHH!!!!" bunyi jeritan berserta gegaran kedengaran. Jb dan Sunggyu menoleh ke belakang berpandangan dengan geng si Putih yang turut memandang mereka juga. Jb dan si Putih menganggukkan kepala mereka serentak sebagai tanda mereka akan menjejaki arah suara jeritan tersebut. Mereka semua pun bergegas menjejaki arah suara tersebut.

.

.

.

Sekumpulan manusia bersayap kelihatan terbang di udara. Mereka adalah ayah Mark dan rakan-rakannya. Mereka tengah mencari anak-anak mereka yang sudah semalaman berada di hutan.

"Ayah Mark! Dari utara hingga selatan kita dah terbang tapi masih juga belum berjumpa dengan budak-budaknya ni. Aku risaulah!" kata ayah Younghyun.

"Ayah Younghyun! Jangan timbulkan aura negatif kat sini eh. Kita kena fikir positif. Anak-anak kita semua mesti masih hidup" balas ayah Mark.

"Tapi hati aku gelisah sejak kelmarin. Aku risau ada sesuatu yang jadi pada anak lelaki aku" sampuk ayah Woohyun dengan wajah risaunya.

"Anak aku tu walaupun nakal. Aku tetap sayangkan dia. Harap kita dapat jumpa mereka dalam masa terdekat ni la" pinta ayah Bambam.

{6} 𝙿𝚄𝙻𝙰𝚄 [ᵍᵒᵗ7×ᵈᵃʸ6]✓EDITINGWhere stories live. Discover now