Jung Young memandang Jinyoung dan Jae yang sedang mengerdip-ngerdipkan mata mereka kepada dirinya yang duduk di atas sofa berhadapan dengan televisyen.
"Kenapa kamu berdua nak tahu sangat ni?" tanya Jung Young tersenyum kecil melihat telatah Jinyoung dan Jae.
"Ala, salah ke kitaorang nak tahu tentang keluarga kita?" tanya Jinyoung.
"Hah! Aku rasa kau mesti nak tahu kan macam mana mak dan bapak kau mati!" sampuk Chanyeol yang entah dari mana datangnya.
"Chanyeol! Kenapa cakap macam tu!" tegur Jung Young. Chanyeol hanya memberikan senyuman sinisnya kepada Jae dan terus berlalu pergi.
"Jae jangan ambik hati eh," kata Jung Young menggosok bahu Jae.
"Takpelah mama. Jae dah biasa dengan perangai Chanyeol tu," jawab Jae dengan senyuman pahitnya.
"Ah! Biarlah Chanyeol tu! Mama cepatlah cerita," gesa Jinyoung.
"Mama sebenarnya tak tahu sangat dengan keturunan keluarga kita ni. Cuma Papa adalah citer sikit kat mama. Katanya moyang kamu yang terdahulu ialah seorang pemaisuri. Lebih daripada tu mama tak tahu," kata Jung Young.
"Oh! Jadi papa dari keturunan Rajalah ni?!" soal Jinyoung dengan teruja.
"Mama pun tak tahu kebenarannya. Cuba kamu tanya papa kamu nanti," usul Jung Young mengusap rambut Jinyoung. Jae hanya tersenyum kecil kerana masih terkenang dengan kata-kata Chanyeol tadi.
"Takpelah mama. Malaslah nak tanya papa tu. Maklumat dari mama dah cukup," balas Jinyoung.
"Kalau kamu dah kata macam tu mama tak nak kata apa dah," balas Jun g Young seraya tersenyum.
.
.
.
Chanyeol masuk ke salah sebuah tempat karaoke di kota Seoul. Di sana ialah tempat salah satu tempat lepak Chanyeol dan gengnya.
"Chan apa citer? Murung je muka kau hari ni," tegur Sehun sambil menyisip minuman berkabonatnya. Chanyeol mendengus keras sebelum membalas.
"Aku tak tahulah apa yang mama aku nampak dekat sepupu aku tu. Mama dengan papa aku lebihkan sepupu aku tu berbanding dengan anak mereka sendiri ni," luah Chanyeol lalu menghirup minuman tin yang terhidang.
"Kenapa kau ada plan ke nak kerjakan si pelik tu?" tanya Kai yang berehat daripada bernyanyi bersama Kyungsoo.
"Tak ada moodlah nak kerjakan dia tu. Asyik berkepit je dengan adik aku tu. Dia ingat dia comel sangat! Setakat pakai kaca mata bulat tu aku pun boleh jadi comel!" balas Chanyeol melepaskan geram.
"Apa kena mengena kaca mata bulat dia pulak? Kau nak ke? Kalau nak nanti aku belikan," sampuk Kyungsoo yang tak tahu hujung pangkal cerita. Cahnyeol menutup matanya menahan sabar dengan sikap kawannya yang sorang ni.
YOU ARE READING
{6} 𝙿𝚄𝙻𝙰𝚄 [ᵍᵒᵗ7×ᵈᵃʸ6]✓EDITING
FanficIdea asal : ibu saya Cerita ini mengisahkan tentang dua orang lelaki yang datang dari keluarga yang sama mempunyai keistimewaan. "Abang cakap ngan semut," - Jae Seorang boleh bercakap dengan haiwan. "Chanyeol-ah! Jangan buat abang Jae macam tu! Aban...