B A B 3[edited]

25 5 30
                                    

     Seperti biasa setelah tamat jam sekolah Jinyoung akan berlari anak menuju ke pintu gerbang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     Seperti biasa setelah tamat jam sekolah Jinyoung akan berlari anak menuju ke pintu gerbang. Dia dan Jae selalu pulang bersama setelah habis kelas. Sama ada dia yang keluar awal atau Jae. Jadi siapa di antara mereka yang habis kelas akan menunggu di pintu gerbang sekolah. Sampai sahaja di pintu gerbang sekolah, Jinyoung terus buat muka marah. Dia mengepal penumbuknya lalu menghampiri Jae yang dibuli oleh geng abangnya sendiri.

"Chanyeol-ah! Jangan buat abang Jae macam tu! Abang Jae tak buat salah pun!" jerit Jinyoung sambil matanya melihat geng abangnya menunjal-nunjal dahi Jae. Manakala, Jae pulak tak melawan lansung.

"Memang dia salah pun! Sebab dia tu pelik! Gila tau! Bole pulak dia cakap sorang-sorang dengan kucing, macamlah kucing tu pandai cakap! Eh! aku rasakan abang Jae kesayangan kau ni ada masalah mentallah!" kata Chanyeol lalu ketawa. Akibat geram dengan sikap abangnya, Jinyoung terus menolak perut Chanyeol sehingga Chanyeol terdorong jauh ke belakang. Chanyeol jatuh terduduk di atas jalan. Sikunya luka akibat didorong oleh adiknya tadi. Seingatnya tolakan Jinyoung tadi tak kuat mana, tapi kenapa dia boleh terdorong ke belakang seperti terpelanting? Jinyoung yang tak menyedarinya terus menuju ke arah geng abangnya dan mengulang apa yang di buatnya pada abangnya tadi. Jae pula hanya terpaku melihat kebolehan adik sepupunya itu.

"Lain kali jangan berani nak ejek abang Jae macam ni lagi!" marah Jinyoung dengan pipinya yang menggembung. Kemudian terus mencapai pergelangan tangan Jae dan terus berlalu ke perhentian bas yang berada tidak jauh dari sekolah mereka untuk menunggu mama atau papanya menjemput mereka. Chanyeol pula akan ada pemandu sendiri kerana dia tak mahu berkongsi kereta dengan Jae dan Jinyoung. Chanyeol dah mula mencarut kerana terasa sakit pada luka di sikunya. Habis di hamunnya gengnya.

Sewaktu di dalam perjalanan balik ke rumah, Jinyoung memandang Jae yang hanya diam menikus. Jadi, dia pun memulakan perbualan.

"Abang, apa yang Yeol dah buat dengan abang tadi?" soal Jinyoung lembut.

"Dia kata abang gila Nyoung. Abang cuma cakap ngan kucing tu tau. Kucing tu cakap dia lapar. Tulah abang bagi dia roti sikit. Lepas tu abang cakap-cakaplah ngan dia," ujar Jae jujur. Melihat Jinyoung senyap Jae sedih. "Atau Nyoung pun fikir abang gila jugak?" tanyanya dengan nada yang sedih.

"Eh! Takdelah. Nyoung percaya abang. Tak yah risaulah ngan Yeol tu!" sahut Jinyoung dengan janggal. Dia turut tertanya sebenarnya. Betul ke tidak abang sepupunya itu boleh bercakap dengan haiwan. Namun melihat Jae tersenyum dia pun tak sampai hati pula. Kecik-kecik pun bijak!.

Masa dipendekkan...

Sorakkan kegembiraan daripada penyokong-penyokong Jinyoung kedengaran bingit. Hari ini Jinyoung menyertai pertandingan seni mempertahankan diri dan menjuarai pertandingan tersebut. Keluarga dan sahabat handai Jinyoung mengucapkan tahniah dan turut gembira akan kemenangan yang diraih olehnya. Kecuali Chanyeol yang hanya mencebik tak puas hati.

"Tahniah Jinyoung," ucap Jae sambil menepuk-nepuk bahu adik sepupunya itu.

"Cih! Setakat tu tak payah nak berlagak sangat!" tempelak Chanyeol meluahkan rasa tak puas hatinya.

{6} 𝙿𝚄𝙻𝙰𝚄 [ᵍᵒᵗ7×ᵈᵃʸ6]✓EDITINGWhere stories live. Discover now