EPISOD 3

32 4 0
                                    

"Good morning Chloe. Saya sudah sampai."

"Oh, sekejap."

Chloe menghentikan panggilan. "Bon, tolong buka pintu. Datang sudah tu orang," Chloe sempat meneliti mekapnya di depan cermin.

"Bah." Bon menuju ke pintu dan membukanya. Seorang wanita berpakaian korporat tersenyum. Di tangannya terdapat beberapa buah fail.

"Hai, saya Angel." Wanita anggun itu menghulurkan tangan untuk bersalaman. Bon menyambutnya dengan senyuman.

"Oh, hai. Saya Bon. Kawan rapat Chloe. Bah, masuklah."

"Thanks, Bon. Nice to meet you."

Bon memberi laluan kepada Angel untuk masuk ke dalam bilik hotel. Chloe yang sudah berdiri sambil bertongkat menyambut kedatangannya.

"Hai, Chloe." Angel tersenyum dan menghulurkan salam. Chloe menyambutnya dengan senyuman teruja.

"Puan Angel."

"Ish, tidak payahlah mau berpuan-puan sama saya. Kita ni sebaya juga, lebih kurang juga kerja kita ni." Angel melihat kaki Chloe yang berbalut.

"Bagus kau duduk, Chloe. Jangan terlampau bergerak. Kau kena rehat ni. Saya tinguk macam teruk juga cedera kau ni sampai berbalut-balut." Angel membantu Chloe duduk.

"Thanks, Angel. Macam segan pula saya. I'm so sorry, keadaan saya macam ni."

"Ah, no hal bah ni. Sudah sedia maklum juga. Jangan risau. Saya datang hari ni untuk bawa kau pi berubat supaya kau cepat sembuh, cepat dapat buat kerja."

Dalam diam, Chloe hairan kenapa dia boleh terima layanan yang begitu baik sedangkan dia belum kenal rapat dengan sesiapapun di tempat kerja barunya. Kenapa dia boleh terpilih tanpa perlu melalui proses temuduga? Siapa Angel sebenarnya? Banyak persoalan yang bermain di fikiran. Bon duduk di tepi katil, hanya melihat keadaan dan menunggu jika khidmatnya diperlukan oleh Chloe.

"Sorry, Angel. Tapi... bolehkah saya tanya?"

"Bah. Tanyalah," Angel menyusun fail di atas meja.

"Saya confuse sikit. Macam mana saya boleh lulus kerja sedangkan saya belum kena interview? Kenapa begitu senang sedangkan jawatan PA ni bukan semua orang boleh dapat?"

Angel tersenyum sambil melihat Chloe. "Itu saya tidak tau, sebab saya pun cuma ikut arahan Boss saja ni. Dia yang buat pilihan, dia yang kasi tentu keputusan. Saya cuma pelaksana arahan."

Chloe mengangguk biarpun masih belum berpuas hati dengan jawapan itu. "Apa kerja yang saya perlu buat?"

Angel tersenyum. "Senang saja. Jadi pembantu peribadi bos. Urus hal berkaitan keperluan dia la."

Chloe telan air liur. 'Macam lain-lain saja bunyi dia ni. Urus hal berkaitan keperluan bos? Eee jangan saja...' Fikiran Chloe terganggu apabila perkataan 'keperluan' disebut. Bayangan negatif mula menjelma di matanya.

"Maksud keperluan..." Angel merenung Chloe. Gadis kampung itu ternyata polos. Tidak lama kemudian, Angel tersengih.

"Saya tau tu apa kau maksudkan. Jangan risaulah. Ni kerja bukan yang macam kau fikir. Ini kerja halal. Cuma kau kena bertahan emosi dan psikologi kalau bekerja di bawah Syarikat Cachetta Corp sebab dorang semua bukan orang besha-besha," Angel ketawa.

"Oh..." Chloe menghembus nafas lega sambil memandang Bon. Bon senyum.

"So, dokumen ini semua butiran syarikat kita untuk pengenalan kau. Bila kena tubuh, siapa pengasas, apa visi dan misi, objektif. Semua tu lah. Yang ni pula senarai tugas yang kau perlu buat. Kalau kau tidak faham just ask me.

SHE'S MINEWhere stories live. Discover now