EPISOD 22

52 10 1
                                    

ACE masuk mendahului mereka ke dalam banglo mewahnya. Penjelasan Chloe sememangnya meyakinkan, namun Ace tetap kekal berjaga-jaga. Dia perlukan maklumat lebih lanjut daripada dua orang adik beradik itu tentang hal yang merumitkan kepala otaknya sejak masalah timbul.

"Dengar sini," Ace terus berbicara tanpa nempelawa mereka duduk. "Saya bagi amaran. Saya tidak teragak-agak mau bunuh kalau ada yang berniat tidak baik di antara kamu. Sekarang ni, kamu ada dalam kekuasaan saya. Bila-bila masa saya boleh bunuh kamu."

Chloe kenal benar perangai Ace. Dia hanya diam membisu sambil mengerling Colt yang langsung tidak gentar dengan amaran Ace. Colt menyeluk poket seluar sambil melilau ruang kediaman Ace itu.

"You got great taste," ujar Colt tanpa mengendahkan kata-kata Ace. "Elegant home design. Memang bukan calang-calang orang kau ni."

Ace menggenggam penumbuk, menahan geram dengan perangai Colt yang tidak gentar terhadapnya. Sikap Colt yang tenang dan bersahaja benar-benar mencabar Ace. Namun, sikap sedemikian jugalah yang membuatkan Ace tetap bersabar. Sekiranya dia bertindak mengikut perasaan, dia tiada beza dengan orang yang tidak bermaruah. Demi ego, Ace terus menahan panas barannya.

"Kau jangan cabar saya," balas Ace.

Colt tersengih. "Siapa cabar kau? Saya puji. Bukan cabar."

Ace mendengus. Terasa darahnya mula mendidih. Chloe menyedari Ace dan Colt masih tidak sehaluan biarpun sudah beramah mesra. Lantas, dia cuba mengubah situasi.

"Okay. Kalau begitu, bagus kita kasi settle cepat-cepat urusan yang patut. At least tidak payah la mau bergaduh pasal identiti kita masing-masing sekarang ni. Bukan itu fokus utama. Ace, kau bagitau apa yang perlu kita buat. Colt, kita combine info yang kita tau pasal datuk dan keturunan kita. Semua tu ada kaitan," Chloe memberi pendapat.

Ace mengangguk biarpun masih ada perasaan tidak puas hati terhadap Colt. Memang benar kata-kata Chloe. Dia tidak patut membuang masa bergaduh dengan orang yang bakal memberikannya maklumat. Tanpa bersuara, Ace memberi signal untuk mengikutnya naik ke tingkat atas. Chloe sudah sedia maklum, segala perkara berkaitan ada di dalam bilik Ace.

"I bet you got a special relationship with him?" Colt berkata perlahan ketika beriringan menaiki anak tangga dengan Chloe.

Chloe lantas berpaling sambil mengerutkan dahi. "Tiada la! Kami tiada apa-apa hubungan special! Kau ingat saya suka dia?"

"Can't you notice it?" Colt tersengih. "Cara dia tengok kau, peluk kau, protect kau. I can tell because I'm a man."

"Gila ka mau bercinta sama si Palui ni? Saya cuma P.A dia saja. Apa yang kau nampak tu bukan macam apa yang kau fikir," balas Chloe, geram.

"Palui? Oh, now I get it. That makes more sense. Dalam handphone kau banyak miscall dari si Palui. Dia ka pula si Palui?"

"Kau curi tengok handphone saya ka?" Chloe bertambah geram.

"So," suara Ace menghentikan perbualan dua beradik itu. Mereka tiba di dalam bilik peribadi Ace. "Saya mau kamu dulu share apa yang kamu tau."

Colt merenung tajam setiap sudut bilik. Dokumen dan fail sedikit berselerak di atas meja dan lantai. Matanya tertumpu pada empat buah jigsaw emas yang sudah lengkap. Perlahan-lahan, Colt bergerak menghampirinya.

"Irezumi empat jenis," ucap Colt, kagum dengan penemuannya. Sememangnya ia merupakan salah satu misi yang diburunya selama ini. Seketika, dia tergelak. "Tidak sangka, selama ini kod Irezumi ada di sini."

"Thanks to her, ni jigsaw tidak akan settle kalau bukan si Cengeng." Ace masih tahu menghargai. "Selama ini, saya sendiri tidak pernah sentuh ni benda."

SHE'S MINEWhere stories live. Discover now