EPISOD 13

23 3 0
                                    

"Mana si Cengeng tu? Suruh dia keluar."

Angel terkebil-kebil memandang Ace. "Kau tau ka pukul berapa sekarang?"

"Mana si Cengeng tu?"

"Astaga, Ace. Jam 2 pagi sudah bah ni sekarang. Masa tidur. Kalau kau mau cari si Chloe, tunggu dia bangun bisuk pagi la," Angel berasa terganggu dengan permintaan Ace itu.

Tanpa membalas kata-kata Angel, Ace menolak daun pintu dan terus masuk ke dalam. Angel tercengang dan cuba menahan namun pergerakan Ace jauh lebih pantas.

"Apa kau mau buat ni, Ace?" Angel memasang lampu bilik. Chloe sedang tidur dengan nyenyaknya.

Ace bercekak pinggang sambil memerhati sekeliling. "Saya tidur sini ni malam."

"What!? Kau gilakah? Apa salah kau tempah satu bilik untuk kau?" Angel duduk di birai katil.

"This is an order, Angel. Mula dari hari ini, di mana ada si Cengeng, di situ ada saya."

Angel tertawa. "Apa yang kau fikir, Ace? Kau jangan buat macam-macam sama Chloe. Saya bagi kau amaran."

Ace menatap Angel. "Why? Jangan pula kau cakap yang kau jealous?"

"Nonsense, Ace. Saya cuma cakap dari sudut fikiran perempuan. Apa yang kau cuba buat ni? Sikap kau buat saya bingung, kau tau ka?"

Ace tersengih. Sesekali dia menatap wajah Chloe yang berambut kusut itu. Tidurnya agak lena, mungkin kerana penat. Dia langsung tidak terjaga biarpun Ace dan Angel sedang melantunkan suara berhampirannya.

"Just tell me that you're jealous," ucap Ace sambil menyentuh dagu Angel.

"No, I'm not. Kita tiada apa-apa lagi, Ace." Angel menepis tangannya.

"You know what? I still love you, Angel. Saya masih sayang kau. Pedulilah kau sudah stay sama-sama Ryker berapa lama pun. Saya tidak kisah. Saya cuma mau kau balik sama saya. Kasi tinggal Ryker. Kau tidak nampak apa yang si bodoh tu buat sama Tuan Besar? Sama syarikat?"

"Ace, saya tidak mau lagi dengar kau membebel. Bagus kau keluar sekarang, tempah bilik yang lain. We're trying to sleep here. Kau tiada timbang rasakah?"

"It's okay bah. Kita tiga orang tidur di sini pun apa masalah? Apa yang penting, di mana ada si Cengeng di situ ada saya," Ace tersenyum sinis.

Angel menggeleng. Dia geram dengan sikap Ace yang keras kepala dan kebudak-budakan itu. Ace sememangnya seorang yang degil dan tidak pernah mahu mengalah.

"Fine! As you wish! Kau tidur di lantai," Angel dengan perasaan geram dan mengantuk memadam suis utama lalu masuk ke dalam selimut.

Ace mendengus sambil duduk di sofa yang terletak di penjuru bilik. Lampu malap tidak menghalangnya daripada terus merenung dua orang gadis yang sedang berbaring di atas katil. Jika Ace tidak terdesak untuk menyelamatkan Syarikat Cochetta Corp dan mengembalikan maruah Tuan Besar, Ace tidak mungkin berada di tempat itu.

"Kita tengok apa yang kita boleh buat nanti, Cengeng," ucap Ace sambil cuba melelapkan mata.

♦ ♦ ♦

"Colt! Kenapa kau tolak saya masuk dalam sini? Tolong saya!" Cleo bangun, tanpa menghiraukan luka di kakinya.

"I'm sorry, Cleo!"

"Colt! Jangan kasi tinggal saya!" Cleo, budak perempuan berumur 7 tahun menangis sambil cuba memanjat dinding gaung yang berkedalaman 5 kaki itu. Budak lelaki bernama Colt yang berumur 12 tahun itu hanya berdiri memerhati dari atas. Kedua mereka berkeadaan comot dan begitu banyak kesan calar dan luka pada anggota tubuh yang terdedah.

SHE'S MINEWhere stories live. Discover now