EPISOD 24

91 14 2
                                    

ACE tiba di luar wad kecemasan. Doktor menyatakan keadaan Ryker masih belum stabil dan pelawat masih tidak dibenarkan. Sejahat mana pun Ryker, Ace masih menganggapnya keluarga. Beberapa minit kemudian, Tuan Besar dan Frank sampai. Ace mendapatkan mereka.

"Ryker masih di dalam," ujar Ace.

Tuan Besar hanya diam. Akhirnya dia mahu datang melawat Ryker. Naluri kasih seorang bapa masih ada terhadap anaknya yang derhaka. Fikirnya, tiada guna terus berdendam dengan darah daging sendiri.

"Siapa yang buat?" tanya Tuan Besar.

Ace diam. Dia tahu siapa yang melakukannya namun tidak mempunyai bukti. Tambahan pula, Ace masih perlukan bantuan Colt dan Chloe. Akhirnya, Ace hanya menggeleng, berpura-pura tidak tahu. Tuan Besar mendengus perlahan, kesal dengan keadaan. Frank yang sejak tadi sedang berhubung dengan para pengawal bawahannya melalui telefon, datang menghampiri Tuan Besar.

"Tuan Besar, kita ada satu lagi berita mengejutkan," kata Frank.

"Ada apa, Frank?" Tuan Besar dan Ace memandangnya, serentak. Air muka Frank masih kelihatan terkejut. Dia memandang Tuan Besar dan Ace satu per satu.

"What is it?" Ace menekan.

"Nostra Triad... pengasas Tonsku-Bakha..." kata Feank, terputus-putus.

"Torrez? Kenapa dia?" Tuan Besar mencelah.

"Dia sudah mati. Kena bunuh," jawab Frank, masih bingung dengan kejadian.

Tuan Besar terkejut. Begitu juga Ace. Mereka tidak menyangka, seseorang mampu meruntuhkan benteng pertahanan kuat yang dimiliki oleh Torrez. Ace yakin, Colt ialah dalang di sebalik tragedi yang sedang berlaku. Lantas, Ace mendail telefon, cuba menghubungi Chloe.

"Siapa yang begitu berani?" Tuan Besar kehairanan bercampur gerun. "Frank, bagitau ahli yang lain supaya siasat siapa yang buat dan kenapa boleh jadi begini."

"Baik, Tuan Besar!"

Ace berulang kali menghubungi Chloe tetapi gagal. Panggilannya tidak berjawab. Melihat keadaan itu, Tuan Besar cuba memastikan.

"Kenapa, Ace?"

Ace menggeleng. "Dia tidak sambut call saya."

"Siapa?"

"Si Cengeng." Ace terus mendail tanpa henti. "Pick up the damn phone, damn it!"

"Kau tau apa-apa pasal semua ni ka, Ace?"

Ace mendengus, kelihatan risau. Soalan Tuan Besar tidak terus dijawab. Dia masih berusaha untuk menghubungi Chloe.

"Ace, di mana Chloe? Dia ada kaitan ka dengan apa yang sedang berlaku sekarang?"

Ace memandang Tuan Besar. "Father, I gotta go. Something comes up. Catch you later." Ace terus meninggalkan Tuan Besar dan Frank yang masih keliru dengan pelbagai persoalan.

♦️♦️♦️

"KENAPA dia tidak sambut call ni?" Ace mendengus sambil memandu laju menuju ke kediaman. Ace berasa tidak sedap hati sejak mendapat khabar akan kematian Torrez. Bukan mudah untuk membunuh pengasas kumpulan mafia bawah tanah itu. Membunuhnya memerlukan satu daya kelicikan yang tinggi. Belum ada sesiapa yang mampu menceroboh benteng pertahanan dan keselamatan yang Torrez miliki selama ini. Namun, firasat Ace kuat menyatakan bahawa pelakunya ialah Colt dan sekarang Ace yakin, sasaran seterusnya sudah pasti Chloe.

Telefon Chloe yang terus berdering namun tidak dijawab semakin menambahkan kecurigaan Ace. Entah kenapa, kerisauannya terhadap Chloe tiba-tiba memuncak. Dia tidak mahu Colt mencederakan Chloe. Ace takut sekiranya Colt menceroboh ke dalam kediamannya dan bakal mendapat nasib yang sama dengan Ryker dan Torrez.

SHE'S MINEWhere stories live. Discover now