EPISOD 9

19 3 0
                                    

"Fobia sampai pengsan?" Ace tergelak kecil. "Mengarut betul!"

Ternyata Ace kurang mempercayai penerangan yang telah diberikan oleh Bon tentang keadaan Chloe. Baginya ia tidak masuk akal. Ace duduk di birai katil sambil memerhatikan Chloe yang tertiarap tidak sedarkan diri.

"Ni budak kampung betul-betul menyusahkan. Kenapa la saya mau juga dia jadi PA saya ni. Menyesal pula," dengus Ace.

Ace menolak bahu Chloe dengan tujuan untuk menyedarkannya. "Oi, bangun!" Tiada tindakbalas. Akhirnya Ace membiarkan, lantas mengenakan pakaian lalu keluar dari bilik sambil membuat satu panggilan.

"Hello?" kedengaran satu suara di hujung telefon.

"Father."

"Ya, Ace. Kau di mana sekarang? Angel pun tidak angkat telefon. Macam mana perkembangan tu fail?"

Ace tersengih, seakan menyindir soalan bapanya itu. "Saya di rumah. Tidak payahlah kau cari Angel. Dia ada sama-sama si Ryker sekarang."

"Maksud kau... macam mana kau tau? Jadi tu fail?"

"Saya baru jumpa si Ryker tadi."

Perbualan terhenti seketika. Tuan Besar seakan terkejut. Dia sengaja tidak mahu Ace dan Ryker bertemu buat sementara waktu kerana konflik lama di antara kedua orang anak lelakinya itu masih belum selesai. Itulah sebabnya kenapa Ace diberi tanggungjawab untuk menguruskan bisnes di luar negara, bagi menenangkan keadaan buat seketika. Namun, kedegilan Ace untuk kembali ke tanahair tidak dapat dihalang oleh Tuan Besar.

"Kau sama si Ryker... kamu tidak apa-apa?" terdapat nada risau di suara Tuan Besar.

Sekali lagi, Ace tergelak. "Not yet Father, but soon."

"Ace, dengar sini. Jangan libatkan diri dengan Ryker buat masa sekarang. Kalau kau perlu perlindungan tambahan, bagitau. Apa yang penting, keselamatan kau."

"I'm not a kid anymore, Father. Saya tau urus diri saya sendiri. Saya tidak takut sama si Ryker. Kalau bukan sebab keselamatan Angel tadi, sudah lama peluru saya makan otak dia!"

"What do you mean, Ace?"

"Fail masih di tempat si Ryker. Angel kedapatan cuba ambil dan bawa balik tu fail di syarikat. Saya cuba tolong tapi Ryker bawa pengawal dia, sampai saya tidak dapat buat apa-apa. But I swear, saya tidak akan kasi biar dia macam tu saja!"

"Calm down, Ace. Jangan buat suka hati. Kita kena ada plan, bukan main hentam saja."

"Whatever. Jangan saja ada apa-apa sama si Angel."

"Do you still have feelings for her?"

Ace terdiam. Pertanyaan Tuan Besar itu sedikit menggugat perasaannya. Dia akui, masih menyimpan hati terhadap bekas kekasihnya Angel. Perpisahan mereka sebelum ini adalah disebabkan oleh salah faham serta konflik berterusan di antaranya dengan Ryker atas perebutan kuasa dalam Cochetta Corp dan juga pemilikan hak aset dan hartanah. Namun, Ace kini telah berubah lebih matang dan tidak kisah dengan hal itu semua. Tujuannya kembali ke Sabah adalah untuk menjadi dirinya sendiri tanpa dikekang oleh mana-mana peraturan. Ace mahu bebas.

"Kalau kau perlu bantuan, saya boleh tolong," Tuan Besar tiba-tiba mengemukakan cadangan.

"I'm fine, Father. Kau yang patut kasi ketat keselamatan di sana."

Suasana hening seketika. Buat pertama kali, Ace mampu merendahkan suara dan tanpa sedar mengambil berat akan keadaan bapanya. Buat seketika, dia berasa kosong. Ace tidak mahu menambahkan serabut di fikirannya. Dia cuma mahu berehat dan bertenang buat beberapa ketika. Kedengaran hembusan nafas di hujung telefon. Kemudian disusuli dengan gelak kecil, seakan menyenangi kata-kata Ace.

SHE'S MINEWhere stories live. Discover now