EPISOD 15

26 3 0
                                    

"So," Ace duduk menghadap Chloe. "Cerita la apa yang kau ingat."

Chloe diam sambil membelek buah rantai. Suasana di antara mereka sedikit berubah semenjak perihal buah rantai silinder terungkai. Latar belakang sebenar Chloe menjadi satu misteri buat Ace. Sangkaannya terhadap gadis itu selama ini meleset sama sekali.

"Apa yang saya ingat, saya membesar di rumah kanak-kanak dari umur saya 8 tahun sampai 12 tahun. Lepas tu saya tinggal sama keluarga angkat, sebelum saya pindah sini." Chloe mula bercerita. Ace mendengar dengan penuh teliti.

"Takkan kau tidak ingat zaman kecil kau sebelum umur 8 tahun? Tiada apa yang best?" Ace meneguk kopi panasnya.

Chloe memandang Ace. "I'm telling you the truth. I don't remember."

"That's weird." Ace mengerutkan dahi. Takkan la selama ini kau hidup langsung kau tidak ingat sikit pun pasal latar belakang real family kau? Entah-entah kau pernah kemalangan? Kena gegaran otak."

Chloe diam. Ace merenungnya. Ruang tamu kediaman agak sunyi dan tenang daripada kebiasaan. Selalunya, Ace akan memutarkan muzik instrumental berentak chill namun pada hari itu hal yang tidak disangka lebih menarik perhatiannya.

"Should I trust you?" Chloe menyoal.

Ace mengangkat kening. "Why not?"

"Bagi saya sebab-sebab," Chloe tetap berwaspada.

"Sebab? For what?" Ace berkerut.

Chloe diam. Dia masih menyembunyikan sesuatu. Ace menarik nafas lalu bersandar di sofa.

"You are my P.A. Kau bekerja di bawah syarikat Cachetta Corp. Kita ada link sama tu buah rantai silinder melalui cara yang kita sendiri tidak tau. Kau familiar sama nama Madam Rossa, my late grandmother. Kalau kau rasa saya buat begini sebab mau ambil kesempatan sama kau, nonsense la. Saya cuma mau tau apa kaitan kau sama tu buah rantai sebab itu benda pun ada kaitan sama keluarga saya selain mau balas dendam. That's all." Ace berterusan menatap Chloe.

Dalam diam, Chloe mengiyakan kata-kata Ace. Keadaan sunyi seketika sebelum akhirnya Chloe mula berbicara. "Saya ada trauma..."

Ace segera memandangnya. "Trauma apa?"

"Trauma sama darah..."

"Darah? Kenapa pula?"

"Saya... saya tidak ingat kenapa tapi apa yang saya tau, saya memang takut sama darah. Saya tidak boleh pegang darah."

Ace semakin celaru. Serta-merta, ingatan pada keadaan matanya yang cedera sebelum ini muncul semula. "No wonder la kau pengsan masa saya suruh kau kasi ubat luka di mata saya."

Chloe hanya diam. Ace memandangnya. "Kau memang langsung tidak ingat apa-apa?"

Chloe mengangguk sambil menggenggam erat jari-jemarinya. Ace mengeluh kecil sebelum tersentak sendiri. Chloe memandangnya.

"Wait..." Ace menyentuh dahinya sambil memejamkan mata, cuba mengingati.

"Kenapa?"

"Baru saya ingat... hari tu ada doktor rawat kau... kenapa saya boleh lupa ni?"

"Doktor? Bila?"

Ace terdiam sambil melihat Chloe. Otaknya ligat memikirkan di mana fail perubatan tersebut.

"Apa kau cakap ni? Kenapa saya kena rawat doktor? Pasal kaki saya ni ka?"

Ace menghembus nafas pendek. "Doktor cakap kau kena buat rawatan cepat sebelum kesihatan kau makin teruk... tapi masa tu saya tiada masa mau tanya apa maksud tu doktor. Dalam fail perubatan ada rekod kau, itupun saya lupa. Masa ni kau pengsan kali kedua. Kau ingat ka?"

SHE'S MINEWhere stories live. Discover now