EPISOD 5

27 5 0
                                    

Chloe membuka mata perlahan-lahan. Dia cuba bangun tapi hasratnya terbantut apabila bahagian buku lalinya begitu sakit.

"Aduh!!!" Chloe menyedari dia berada di tempat yang asing. Serta-merta, dia panik.

"Astaga! Saya di mana ni!? Betul-betul si palui culik saya?" Chloe meraba poket seluar untuk mencari telefon bimbitnya. "Telefon saya! Dia ambil telefon saya!"

Chloe ketakutan. Dia mula terfikir bermacam-macam hal negatif yang akan menimpa dirinya. Dia menyesal kerana berlagak berani. Chloe cuba bangun tetapi kesakitan yang dialami semakin parah dirasai.

"Aduh... saya kena culik... tolong saya, Tuhan... apa yang akan jadi sama saya ni..." Chloe tersedu menangis. Ruang bilik tidur yang kemas dan rapi dengan peralatan perabot serta perhiasan yang tinggi nilai kesenian serta elegan itu langsung tidak membuatkan Chloe berasa kagum mahupun teruja. Dia begitu menyesal kerana mencabar keegoan seorang lelaki asing yang disifatnya begitu sombong dan tidak berakhlak itu.

Tak! Tombol pintu dipulas. Chloe mula panik. Kecederaan pada kakinya banyak memberi masalah. Dia langsung tidak dapat bergerak pantas untuk lari mahupun melindungi diri sendiri. Ace masuk sambil membawa sesuatu. Chloe cepat-cepat mengelap air matanya dan berlagak tenang.

"Sudah sedar?" tanya Ace sambil meletak dulang berisi makanan dan minuman di atas meja yang berhadapan dengan Chloe.

"Apa kau mau dari saya, hah!?" Chloe menengking dengan berani. Ace berdiri sambil memandangnya.

"Dalam keadaan kau macam ni pun, kau masih mau melawan oh kan? Cuba kalau saya buat macam-macam sama kau sekarang. Kau tidak takut?" Ace sengaja mengugutnya sambil tersenyum sinis.

Chloe terdiam. Apa yang dikatakan oleh Ace itu memang benar. Dia cuba mengawal keberaniannya namun ternyata kebencian dan kemarahan pada Ace tidak dapat disembunyikan. "Ja... jadi, a... apa kau mau buat sama saya? Kenapa kau bawa saya di sini!? Saya boleh lapor kau sama polis sebab menculik!" Chloe tidak mahu mengalah.

"Itupun kalau kau dapat keluar dari sini hidup-hidup." Ace menjawab selamba sambil menyeluk poket. Mukanya yang tampan dengan jambang nipis yang kemas langsung tidak menarik minat Chloe.

'Psycho kah si palui ni? God! Help me out of here!!!' hati Chloe menangis ketakutan.

"Tau takut?" Ace ketawa. Chloe diam, tidak bersuara. Dia kini dalam dilema dan kesugulan.

"Kau datang di klinik tadi sama Angel?" Ace mengubah topik. Chloe terkejut. Dia juga berasa hairan bagaimana Ace tahu dia di klinik dan kenal Angel.

"Kenapa?" Chloe sengaja tidak mahu menyoal banyak. Dia berasa curiga.

"Di mana dia sekarang?"

"Apa yang kau mau dari dia? Kau kenal diakah?"

"Just tell me, where the hell she is!?"

Chloe terkejut dengan sikap panas baran Ace. Lelaki itu memang kasar dan tiada hormat pada orang lain.

"Yang kau teriak saya ni kenapa? Apa yang kau mau dari saya? Kau mau bunuh saya kah? Apa kau mau dari Angel? Siapa kau!?"

Ace mendengus marah. Sikap Chloe benar-benar menguji kesabarannya.

"Hei, free-free kau kena bagi saya pun, saya tidak mau oh! Tidak sangka betul, dalam beribu orang di dunia ni kau juga yang kena ambil jadi staff baru. Betul-betul lah malang!" Ace menengking.

Chloe bingung. 'Macam mana si palui ni boleh tau yang saya ni staff baru dorang si Angel?'

Ace menarik nafas panjang. Dia cuba mengawal kemarahan. Seketika kemudian, Ace menuju ke arah pintu. "Fine. Kau kasi habis tu makanan di atas meja tu."

SHE'S MINEWhere stories live. Discover now