EPISOD 18

24 5 0
                                    

"Kau memang tidak takut mati, kan!?" Ace membentak.

Colt tersengih. "You have no idea who the f*ck you are talking to right now, kid."

"Sialan!" Ace menarik pemukul peluru pistol namun Chloe pantas mencelah masuk di perantaraan mereka.

"Stop it! Both of you! Kalau mau bertembak, kasi mati saya dulu!" Chloe berteriak tanpa mengendahkan kenderaan awam yang mula berhenti melihat keadaan mereka.

Ace mendengus lalu menarik lengan Chloe sehingga menyebabkan gadis itu tersembam di dadanya. Pistol di tangan tetap diacukan tepat ke arah Colt. "Today is your lucky day, asshole. Kalau saya nampak kau lagi, jangan harap kau dapat escape macam hari ini!"

"Let her go!" Colt juga tidak mengalihkan sasaran muncung pistolnya. "Or I'll shoot your f*cking head now!"

"Colt!" Chloe bersuara dalam rontaannya. "It's okay. I will be fine. Kau balik la dulu. Nanti kita bincang."

"The f*ck? Diam! Balik!" Ace meninggikan suara. Wajahya merah menahan marah.

"Chloe, who the hell is this shit? Kenapa kau sanggup ikut dia balik, hah!?" marah Colt.

Chloe terus berjalan ke arah kereta Ace lalu membuka pintu hadapan. Sekilas kemudian, dia menoleh pada Colt. "No worries, Colt. I'm safe with him."

"Jangan cuba ikut kami! You will be dead in no time!" Ace sempat memberi amaran kepada Colt.

Siren peronda polis mula kedengaran. Terdapat orang awam yang memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa. Tidak berlengah, Ace turut masuk ke dalam kereta lalu segera menghidupkan enjin dan bergerak laju meninggalkan tempat itu. Colt juga melakukan hal yang sama, menuju ke destinasinya yang tersendiri dengan dendam yang masih terpendam terhadap Ace.

♦️ ♦️ ♦️

"What the hell are you doing!?" Ace meneruskan kemarahannya sambil memandu. "Itu ka Colt? Siapa dia? Boyfriend kau!?"

Chloe hanya berdiam. Banyak benda yang bermain di dalam fikiran sehingga membuatnya buntu. Lidahnya kelu. Ace menoleh pada Chloe dengan perasaan tidak puas hati.

"Kau kenapa diam!? Sebab saya marah kau di rumah saja tadi, terus kau mau lari!? Keluar dari rumah macam budak-budak memberontak sebab kena marah orang tua? Kau tidak nampak ka dia ada pistol!? Kau mau hidup sama lelaki yang trip gangster macam dia!? Silap hari bulan kau kena sepak terajang ada la! Jangan saja mati kena bunuh! Huh!" Ace melepaskan kemarahan.

Chloe mengerutkan dahi. "Apa kau cakap ni? Bukan kau sendiri pun ada pistol ka? Sama juga trip gangster sana?"

Ace menggumam dalam kemarahan. "Saya mau tau, siapa dia!?"

"Tiada siapa-siapa."

"Mustahil tiada siapa-siapa sampai kau sanggup keluar dari rumah malam-malam macam ni semata-mata mau jumpa dia saja! Apa benda yang kamu mau bincang tu, hah!?"

Chloe memandang Ace. "Yang kau marah betul ni kenapa? Apa kepentingan saya sama kau? Sejak bila kau ambil tau betul pasal saya ni? Kalau saya mati ka apa ka, lagi bagus kan? Kurang beban masalah kau. Kan saya ni membebankan? Budak kampung yang bodoh tidak tau apa-apa, just a lucky girl yang kena appoint oleh Tuan Besar untuk jadi peneraju Syarikat Cachetta Corp? Then just end me! I don't belong here! I don't belong to anyone! I don't belong to you!"

"You're mine!" Ace menengking.

Brek kereta ditekan mendadak. Suasana serta-merta sunyi. Masing-masing terdiam. Ace tersentak dengan kata-katanya sendiri. Chloe terlopong mendengarnya.

SHE'S MINEWhere stories live. Discover now