EPISOD 4

29 5 0
                                    

"Chloe, kau okeykah sendiri? Saya kena balik di hotel untuk ambil tu dokumen."

"Oh... okey bah Angel. Tiada masalah. Tapi, kalau pasal mau ambil tu dokumen saja saya boleh minta tolong si Bon hantar pi sini..."

"No need. Biar saya pi ambil sendiri, lagipun saya drive. Kau tolong inform dia sajalah yang saya on the way datang pi ambil tu dokumen semua."

"Erm... bah. Nanti saya inform dia..."

"Okey, ar Chloe. Saya jalan dulu. Kalau sudah siap rawatan, kau tunggu sini saja. Nanti saya datang ambil kau."

"Bah. Okey, Angel." Chloe mengambil telefon bimbitnya untuk menelefon Bon sementara Angel keluar dari klinik dan terus memandu ke Daya Hotel.

"Eh, ada pula mesej dari si Bon ni," Chloe membacanya.

8:34am Bon : Ngot! Kau di mana?

8:47am Bon : Ngot! Saya rasa tidak sedap hati kalau kau ambil ni kerja. Bukan apalah, tapi macam something fishy.

8:56am Bon : You won't believe this, Ngot! Astagaaaa!

9:03am Bon : Ada orang ketuk pintu. Entah siapa...

"Apa yang si Bon maksudkan ni? Lain juga?" Chloe terus menelefon Bon. Banyak persoalan yang muncul selepas membaca mesej yang dihantar oleh Bon melalui aplikasi Whatsapp itu.

"This is the voicemail..." Chloe cepat-cepat menghentikan panggilan. Dia tidak mahu kredit panggilannya terpotong oleh servis peti suara tersebut.

"Adoi... si Bon off telefon kah ni? Macam mana mau inform kalau begini? Telefon hotel pun saya tidak tau. Kredit internet mau google pun tidak cukup. Masalah pula ni," Chloe merungut sendirian. "Ah, tau juga si Angel handle bah tu. Suruh inform receptionist saja supaya si Bon turun."

"Chloe Luis?" seorang petugas perubatan memanggilnya. Chloe berdiri sambil bertongkat menuju ke bilik doktor.

♦♦♦

"Frank, macam mana keadaan?" Ace berjalan laju menuju ke dalam sebuah rumah banglo sambil bercakap di telefon.

"Tuan Besar sedang tunggu di bilik utama. Tuan Muda boleh terus datang di sini."

"Bah. On my way." Ace tidak menghiraukan pengawal keselamatan yang masing-masing berdiri di posisi yang ditetapkan sambil memberi tunduk hormat padanya. Dia lebih fokus untuk berjumpa dengan Tuan Besar setelah menerima panggilan kecemasan daripada pengawal peribadi khasnya. Ace tiba di bilik utama yang dimaksudkan. Dia segera menolak pintu tanpa mengetuk terlebih dahulu.

"Father!"

Frank yang segak berdiri di samping Tuan Besar yang dimaksudkan itu lantas memberikan tunduk hormat. Seorang lelaki berperut buncit dan berumur dalam lingkungan 50an yang sedang duduk di kerusi juga segera menoleh ke arah Ace.

"Ace, kau datang."

"Yes, I'm here. Frank called me yang keadaan kita dalam bahaya. What happened?" tanpa dijemput, Ace terus duduk di atas kerusi yang bertentangan dengan bapanya itu.

"Mana Angel? Kau sudah inform dia?"

"Dia di klinik panel. Kau upah staff baru lagi?"

"Itu bukan masalah. Kita memang perlukan staff baru. The point is the document. Dia tersilap bawa keluar dokumen yang sepatutnya."

Ace tergelak. Namun pada masa yang sama dia berasa geram dengan kecuaian Angel. "Macam mana dia buat kerja, oh? Teruk!"

"Sebenarnya itu bukan salah Angel tapi salah saya sendiri. Saya yang tukar dokumen tanpa pengetahuan dia... dan terlupa untuk kasi label balik."

SHE'S MINEWhere stories live. Discover now