EPISOD 12

20 4 0
                                    

Ace tiba di hospital dan mendapati Frank sedang duduk dalam keadaan resah. Tanpa lengah, dia segera mendapatkan pengawal peribadi Tuan Besar itu.

"Frank! What happened?" Ace termengah-mengah kepenatan. Frank lantas berdiri dan memberi tunduk hormat kepada Ace.

"Minta maaf, Tuan Ace. Saya gagal bagi perlindungan buat Tuan Besar!"

"It's fine, Frank. Sekarang saya mau tau. What happened to my father?" Ace menepuk bahu Frank, cuba menenangkannya. Frank berdiri tegak semula, memandang wajah Ace. Dia teragak-agak untuk menyatakan hal sebenar.

"Cakap, Frank. Jangan buat saya banyak fikir."

"Tuan Ace..."

"Tell me, Frank."

"Tuan Besar kena serangan jantung..."

"Sebab apa?" Ace mencelah. "Ada kaitan ka sama Ryker?"

"Lebih dari itu, Tuan Ace..."

"So tell me the whole story. Don't make me wonder, Frank."

Frank menarik nafas panjang sebelum meneruskan kata-kata. Ace hanya menanti dengan penuh debaran serta andaian yang kekal berserabut.

♦ ♦ ♦

Angel dan Chloe masing-masing berbaring di atas katil sambil memandang siling. Seakan banyak benda yang sedang berlegar di kepala mereka pada ketika itu. Sikap Ace mengganggu fikiran Angel. Terdetik rasa kesal di jiwa apabila teringat semula ungkapan kata-kata dari mulut Ace. Dia begitu terkejut dan tidak menyangka bahawa selama ini Ace masih memendam rasa dan rindu terhadapnya. Bagi Angel, hubungan cinta mereka sudah lama pupus semenjak Ace berhijrah ke luar negara. Semenjak kematian ibu mereka, Ace merupakan orang yang paling terkesan dan mengalami tamparan yang paling besar. Kehilangan ibunya iaitu mendiang Puan Besar Roselle menyebabkan Ace patah sayap, sehingga membuatkan Angel terabai. Ace menjadi tidak teratur serta panas baran sehingga mengakibatkan hubungan cinta mereka juga mengalami keretakan. Akibatnya, Ryker menggunakan kesempatan yang ada untuk mendekati Angel. Manakala Tuan Besar menghantar Ace ke luar negara untuk mengajarnya erti berdikari, mengawal emosi serta membentuk keperibadiannya agar menjadi lebih matang.

"Kau belum tidur?" soalan Chloe mengejutkan Angel dari lamunan.

Angel memandang Chloe sambil tersenyum. Lampu malap membantu penglihatan mereka pada ketika itu. "Belum. Kau pula? Kenapa belum tidur?" Angel sengaja menyoal semula.

"Susah saya mau tidur di tempat yang saya belum biasa," ucap Chloe sambil membalas senyuman Angel.

Angel menghembus nafas panjang sebelum memandang siling semula. Dia tersenyum mendengarkan kata-kata Chloe. "Saya pun begitu juga. Susah mau tidur kalau tidak selesa, kan?" jawab Angel.

"Ya bah. Tu la. Apa lagi di rumah besar macam ni. Rumah mewah. Bukan tidak selesa tapi terlampau selesa sampai teruja tu perasaan mau tidur. Hahaha!"

Mereka ketawa serentak. Malam yang kian kelam langsung tidak membuatkan mereka mengantuk. Tambahan pula, masing-masing berasa teruja untuk mengenali antara satu sama lain dan bersahabat.

"By the way, Angel. Ada saya mau tanya kau ni," Chloe mengiring, menghadap Angel.

"Apa tu? Tanya la," Angel juga melakukan perkara yang sama. Mereka kini bertentangan antara satu sama lain.

"Siapa bah si Tuan Ace tu? Macam bos, orang kaya tapi tidak pernah pun saya nampak dia pi kerja atau buat kerja di rumah. Apa yang saya boleh nampak... dia tu pemarah, panas baran lepas tu suka hati saja buat apa yang dia mau buat. Sebenarnya apa bah kerja saya sini? Macam tiada kerja saya buat ni. Saya tidak mau macam tu, Angel. Betul cakap Tuan Ace, saya rasa macam makan gaji buta saja sebab saya sendiri pun tidak tau apa kerja saya yang betul-betul," Chloe akhirnya melepaskan persoalan yang lama dipendam.

SHE'S MINEWhere stories live. Discover now