EPISOD 8

22 3 0
                                    

Pak! Satu tamparan kencang hinggap di pipi Angel. Ryker mencengkam rahangnya sambil menekan tubuh Angel ke dinding. Dia begitu marah dengan apa yang telah Angel lakukan.

"Saya betul-betul tidak sangka kau sanggup buat saya begini, Angel. You betrayed me! Kau sanggup tipu saya semata-mata mau balik sama adik saya yang tiada guna tu! Apa kau fikir, Angel? Apa kau fikir!?" Ryker menumbuk dinding di sebelah kepala Angel. Tumbukannya begitu padu sehingga tangannya terluka. Angel masih menahan kesakitan di pipinya. Ada darah di tepi bibirnya.

"Kau jangan tuduh sembarangan, Ryker! Saya bukan macam apa yang kau fikir!" Angel tidak takut untuk menentang Ryker. Dia cukup masak dengan perangai teman lelakinya yang panas baran itu.

Ryker mencengkam rambut Angel sehingga kepalanya terdongak. Angel terpaksa menahan rasa sakit. "Kau jangan tipu saya, Angel. Macam mana kau tau Ace balik di Sabah? Kenapa kau boleh ada sama-sama dia tadi, hah!? Kau ingat saya bodohkah!? Kenapa kau sanggup gadai diri kau untuk ambil tu fail saja!? Saya sudah cakap kan, saya sendiri bagi sama Tuan Besar! Dia tu bapa saya!" Ryker menengking.

"Saya pun Personal Assistant Tuan Besar juga. Saya ada hak mau rampas tu fail sebab saya sudah kena bagi tanggungjawab untuk jaga bahagian fail!" Angel melawan dengan berani.

Ryker mendengus kencang sambil merenung tajam ke dalam mata Angel. Dia masih belum melepaskan cengkaman pada rambut teman wanitanya itu. Perasaan Ryker bercampur. Marah, geram, benci, kecewa, sayang, cemburu. Semuanya bersatu.

"Angel... saya betul-betul kecewa sama kau..." Ryker akhirnya melepaskan cengkaman lalu berganjak menjauhi Angel. Dia menendang kerusi, melepaskan kemarahan. Angel akhirnya mampu bernafas lega. Dia menyentuh pipi bekas ditampar Ryker. Rasa berdenyut di kepalanya juga beransur reda. Dia langsung tidak berasa gentar pada Ryker.

Ryker bercekak pinggang. Sebelah tangan mengurut perantaraan keningnya. Dia masih tidak dapat menerima kenyataan akan kelakuan Angel yang sama sekali di luar dugaannya. Kepulangan Ace yang secara mengejut itu juga telah menimbulkan pelbagai persoalan yang memeningkan kepala Ryker. Seketika kemudian, Ryker memandang Angel. Belum pernah dia mengasari mana-mana wanita namun nampaknya Ryker gagal mengawal emosinya pada hari itu. Melihat darah di tepi bibir Angel, terdetik perasaan bersalah Ryker. Namun, ego menghalangnya untuk menunjukkan rasa simpati.

"Saya tidak pernah terfikir untuk kasi sakit kau, Angel. Saya sayang kau. Tapi apa yang kau sudah buat hari ini betul-betul saya tidak dapat terima. Kau tipu saya hidup-hidup. Kau masih ada perasaan sama Ace, kan?"

Angel terdiam. Dia tidak menyangka Ryker masih meraguinya. Sakit di hati lebih pedih berbanding kesan tamparan pada pipinya. "Berapa kali saya mau kasitau kau, Ryker? Kenapa kau masih tidak percaya? Saya tiada apa-apa hubungan lagi sama Ace. Apa yang kau nampak tadi tu sebab..."

"Sebab kau yang telefon dia, supaya dia datang kasi selamat kau dari saya? Begitu? Tell me it's not true, Angel." Ryker merenung tajam ke dalam anak mata Angel.

Angel tergamam. Dia mengakui, dia memohon pertolongan dan perlindungan daripada Ace hanya disebabkan rasa curiganya terhadap Ryker. "Saya cuma mau pastikan tu fail dalam keadaan selamat. Saya terpaksa-" Angel cuba menghurai.

"Terpaksa?" Ryker tergelak. "Terpaksa apa? Terpaksa pura-pura sanggup ikut saya balik rumah semata-mata mau ambil balik tu fail saja?"

"Ryker-"

"Shhh... enough, Sayang." Ryker menghampiri Angel semula. "Kau sanggup berkorban untuk dapat balik tu fail. Kau memang PA yang setia, Angel. I'm so proud of you. Tapi kau patut kena hukum."

Angel bersandar pada dinding, cuba mengelak sentuhan Ryker. "What are you trying to do, Ryker?"

Ryker tersengih. "Kenapa? Kau takut? Kau kan berani. Sanggup berkorban untuk Tuan Besar. Sanggup jilat ludah sendiri."

SHE'S MINEWhere stories live. Discover now