EPISOD 23

71 14 7
                                    

CHLOE membuka matanya perlahan-lahan. Cahaya matahari yang masuk melalui celahan langsir menyedarkannya dari leka. Dia bangun lalu duduk di birai katil sambil termenung. Mata Chloe terpaku pada perutnya. Tidak disedari, air matanya menitis.

"Apa yang mesti saya buat sekarang... Mak... saya berdosa... masa depan saya sudah hancur..." Chloe menangis, meratapi keadaannya. Dia berasa jijik terhadap diri sendiri.

Mengenangkan nasib, Chloe mula bertindak memukul perutnya. Dia menjerit dan meraung, melepaskan rasa kecewa, benci dan hina. Serentak itu juga, pintu bilik dikuak kasar. Ace terkejut melihat perbuatan Chloe. Lantas, dia meluru untuk menenangkan Chloe.

"Sudah! Sudah!" Ace cuba memegang tangan Chloe.

"Jangan dekat saya! Biar saya mati! Saya tidak guna hidup lagi!" Chloe menjerit dan terus melawan.

"Stop it! Apa kau mau buat ni, hah!?" Ace tidak mengalah.

"Leave me alone! I hate you!" Chloe semakin bertindak lebih agresif dengan menggigit tangan Ace.

Ace menahan kesakitan. Dia terpaksa menggunakan sedikit kekerasan. Sekali tolak sahaja, Chloe kini terlentang di atas katil. Ace terpaksa menindih tubuh Chloe, sambil menekan kedua belah tangannya sehingga Chloe lemah dan tidak mampu bergerak. Chloe terus menangis. Nafas Ace turun naik menahan lelah.

"Just kill me... kill me... please... I cannot live like this..." esakan Chloe berpanjangan.

Ace hanya mampu merenung Chloe tanpa berkata apa-apa. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukan. Melihat keadaan Chloe yang tidak keruan, hatinya turut berkecamuk. Sejujurnya, Ace juga tidak bersedia untuk mempunyai komitmen dengan sesiapa, apatah lagi dengan Chloe.

"Apa yang kau tunggu, Ace? Just kill me... saya tiada apa-apa lagi. Masa depan saya sudah hancur. Ini yang mau mau, kan? This is what you want, to make me suffer! Kau puas hati!?" Chloe melepaskan kecewa. Hatinya remuk, sukar diluahkan. Hanya kematian yang ada di fikiran.

Ace merenung mata Chloe, masih menindih tubuhnya. "We can fix this out," ujarnya.

Chloe ketawa, penuh sindiran. "Fix what? Don't tell me you're going to marry me? Bullshit!"

"Yes. I will marry you."

Chloe tergamam. Mata mereka bertentangan. "Kahwin atas dasar bukan cinta tidak menjamin apa-apa," ucap Chloe.

"Think about your future. Kalau kau bunuh diri sekalipun, apa kau dapat? Tiada. Kau lupa family kau di kampung? Kalau kau fikir mau bunuh diri sebab ini saja, apa yang kau dapat bagi sama family kau? Tiada. How about your brother? Your plans? Kalau kau mati sekarang ni, kau sudah kecewakan Colt. Think about it," Ace cuba meyakinkan.

"Apa kau mau?" renungan Chloe semakin tajam. Hatinya yang sakit dan kecewa menjadikan Chloe lebih nekad untuk melawan.

"Kita kahwin kontrak," Ace mencadangkan. "We'll see. Kita buat perjanjian. Kalau kau mau, kau boleh bunuh saya selepas konflik dalaman syarikat dan misi kamu settle. Masa tu nanti, saya janji tidak melawan. Kau boleh bunuh saya untuk balas dendam. Saya bagi kau peluang untuk buat perjanjian. That's all I can offer."

Chloe berfikir panjang. Tawaran Ace agak lumayan. Chloe mampu membuat permintaan dan apa sahaja peraturan dalam perjanjian. Ternyata Chloe memainkan peranan penting dalam misi Ace sehingga sanggup menyerahkan nyawanya di tangan Chloe. Melihat keadaan Chloe yang beransur tenang, Ace melonggarkan cengkaman. Dia beralih, memberi ruang pada Chloe untuk bergerak.

"Kita kahwin kontrak. Hari ini. I mean it. Kau buat la perjanjian yang masuk akal. Saya akan urus yang lain," sebaik berkata demikian, Ace melangkah keluar dari bilik.

SHE'S MINEWhere stories live. Discover now