Hari itu

1 0 0
                                    

Tahun lepas, masa ni berat kurang 5-6 kg dari sekarang. Makan tak tentu hala,  selera tak ada, masuk ofis sakit kepala, setiap hari tak tenang fikirkan masalah negara yang boleh berlaku tiba-tiba, bencana alam, pencemaran, kebakaran, jadual bos yang tiba-tiba berubah, mesej dan call yang bertalu masuk meminta bantuan, meminta temujanji, bertanya kehadiran program, bertanya sumbangan, pegawai bergaduh, permintaan orang politik, setiap malam tak boleh tidur dan menangis setiap kali balik kerja.

Setiap hari menyalahkan diri yang tak competent, yang tak mampu nak buat apa-apa untuk bantu rakyat ringankan beban hidup. Teringat impian zaman kanak-kanak hingga mahasiswa yang mahu bawa perubahan dalam kerajaan Malaysia. Tapi saban hari disibukkan dengan bermacam urusan yang tak tahulah ada kesan ke kepada rakyat. Berdoa Allah ampunkan dosa yang tak mampu galas tanggungjawab dengan baik.

Tanpa sedar saya jatuh sakit, menghidap depresi dan anxiety. Buat ujian dass kali pertama pada bulan Ogos tahun lepas dan tergamam sekejap dengan skor yang tinggi untuk stress, depresi dan anxiety. Tapi masih takut nak jumpa psikiatri.

Bertahan sebulan, cuba terus bekerja sepanjang September sebelum betul-betul loss of control penghujung September. Hari itu kemangkatan Almarhum Sultan Kelantan, awal pagi menguruskan logistik boss untuk ziarah ke Kelantan, membatalkan program di Putrajaya yang sepatutnya boss hadiri. Kemudian memandu ke Selayang untuk ambil Mama di rumah Mak Cik.

Jam dah pukul 12, sebabkan tak sarapan dan terlalu lapar singgah makan McD di stesen Petronas Sg Besi. Lepas makan, terus rasa tak bermaya, rasa sangat tertekan. Off telefon dan menangis. Menangis dalam kereta dari tengahhari sampai malam dalam fikiran cari jalan nak mati. Nak bunuh diri tak berani. Takut masuk neraka, nanti tak boleh claim insurans. Jadi stay dalam kereta. Harap ada yang datang dan bawa pulang. Tapi tak berani nak on phone call sesiapa. Sempat tulis wasiat dalam kereta.

Dalam jam 9 malam baru Mama sampai. Lepas semua cuba mencari. Sejak tu saya ambil cuti, pergi ke Sabah. Jumpa psikiatri. Dapat cuti sakit sebulan.

My Healing DiaryWhere stories live. Discover now