Sokongan

1 0 0
                                    

Alhamdulillah, Allah aturkan ramai insan yang hadir dalam hidup, memberi sokongan dan bantuan.

Saya sangat bertuah berbanding orang lain rasanya. Ramai sahabat sejati, keluarga yang sangat menyayangi dan majikan serta teman sekerja yang memahami.

Proses pemulihan saya lebih mudah berbanding orang lain kerana sokongan yang saya terima.

Terlalu banyak insan yang saya terhutang budi yang membantu saya untuk terus hidup.

Hidup memang tak akan mudah. Allah akan sentiasa uji dan ujian itu akan menjadi kekuatan kepada kita untuk menjadi lebih baik.

Teruskan berusaha, buat rawatan, berdoa, bersangka baik dengan Allah. Bila gagal, bila penat, bila rasa nak putus asa atau nak bunuh diri. Berhenti, rehat, tidur, pergi bercuti, tenangkan hati.

Hidup ni banyak kerisauan, tapi bersangka baik lah dengan Allah. Yakin Allah akan sentiasa jaga kita, Allah akan limpahkan rahmat dan kasih sayangnya.

Buatlah apa saja yang kita rasa selesa, yang kita mampu, serahkan pada Allah untuk menilainya. Allah yang Maha penyayang akan menerima kelemahan dan taubat kita. Dia akan teguhkan hati dan kuatkan tubuh kita. Dan kita adalah hamba yang tidak punya apa-apa dan bergantung harap hanya kepadaNya.

Rezeki, kepandaian, kekuatan, sahabat, keluarga, kerja, dan segala nikmat yang kita terima adalah jelmaan kasih-sayang Allah. Yang kita selalu lupa bila Allah tak pernah tarik dari kita.

Penyakit yang saya alami ni buat saya kembali kepada Allah, kembali bertaubat dan sedar saya hanya makhluk yang lemah tak punya apa-apa. Segala yang saya ada, milik Allah.

My Healing DiaryWhere stories live. Discover now