10 September ni Suicide Prevention Day jadi nak tulis sedikit cerita tentang suicidal thought yang saya alami.
Tahun lepas masa 10 September, lepas balik kerja saya ziarah Nek Midah, asnaf yang kami selalu bagi sumbangan, seorang ibu tunggal, mualaf, menjaga 3 orang cucu dan bergantung hidup dengan duit zakat dan pencen kecil arwah suaminya.
Masa kami sampai dah maghrib, Nek Midah bercerita tentang anaknya yang ditahan polis berkenaan isu dadah, tapi tidak mampu nak dapatkan bantuan guaman jadi anaknya akan dipenjarakan tanpa pembelaan. Nek Midah tak nak bantuan apa-apa, cuma nak kongsi cerita dan meluahkan. Tapi hati saya bagai disiat-siat. Saya tak boleh ke bantu apa2?
Sebab siang tadi ketika kerja seorang pemimpin politik beberapa kali merayu nak Naik sekali pesawat kerajaan dalam siri lawatan boss ke negeri-negeri. Pesawat kerajaan ni tak besar mana, tak muat nak bawa gerombolan rombongan duduk sekali. Kalau minta pesawat tambahan pula akan menambah kos dan prinsip saya dalam urusan menggunakan duit rakyat kita cuba sedaya-upaya untuk rendahkan perbelanjaan. Tapi pemimpin politik dan pegawainya berkali-kali call minta tolong nak masuk sekali dalam pesawat.
Dan saya seperti breaking apart, dengan sikap pemimpin politik dan keadaan rakyat jelata. Dan lebih terluka bila saya tak mampu untuk ubah apa-apa. Manusia yang tak mampu berubah. Ketika itu, rasa diri sangat tak berguna, dan tak ada makna untuk hidup lagi.
Saya tak sedar, masalah mental yang sedang saya alami. Kehidupan saya rasa tidak terurus. Jiwa rasa tidak tenteram. Kerja pun dah tak mampu nak fokus. Keletihan sepanjang hari. Dan fikiran yang sangat serabut.
Awal Oktober 2019 saya berlepas ke Sabah. Jumpa psikiatri dan berada di Sabah selama 2 minggu. Lepas tu pulang ke KL, sambung lagi 3 minggu cuti sebab psikiatri lihat keadaan saya masih tidak stabil.