Rahmah Circle sambil exercise. Alhamdulillah, dapatlah cycling 4.5km.
Kali ni bincang tafakur sebagai satu bentuk ibadah yang tidak ada batasan. Tajuk ni ada 3 muka surat je. Tapi perbincangan kami masih satu jam sebab buat kami terfikir macam-macam.
Dalam bab ni kita belajar macam mana Allah ajar dalam Quran apakah perkara yang perlu seseorang yang beriman itu renung dan fikirkan. Setiap segala ciptaan Allah dan segala ciptaan manusia berasal dari kebesaran Allah. Sebab manusia adalah ciptaan Allah yang paling hebat. Jadi apa saja yang manusia cipta menjadi tanda keagungan dan kebesaran Allah.
Maka pertama kita menjadi hamba yang sentiasa menghargai dan bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan. Kedua kita akan memanfaatkan anugerah nikmat yang Allah berikan untuk berbakti dan berbuat kebaikan untuk mendapat redha Allah.
Tafakur mengajar kita untuk menjadi hamba yang sentiasa berfikir, mengambil iktibar dan melakukan perubahan yang lebih baik dan bermakna kerana kita sedar semua itu akan membawa kita kepada Allah. Dan ia adalah ibadah yang akan diberikan pahala oleh Allah.