So basically, I skip my October 2019. Pusing Sabah dari KK ke Kudat, Lepas tu ke Tenom naik keretapi.
Hampir 5 tahun kerja, saya tak berani nak minta cuti, selalu dalam mood standby. Memang Hari Raya akan kerja, mujur memang Raya di KL. Kalau cuti pun telefon akan sentiasa update.
Ini kali pertama saya off telefon selama hampir 5 tahun. Yakinkan diri, semua akan baik-baik saja. Apa yang lebih teruk dari saya mati kan? Jadi, berhenti risaukan orang lain. Saya cuma perlu hidup.
Allah mungkin nak bagi cuti, sebab tu Dia bagi sakit ni. Saya bukan sakit fizikal, tak boleh berjalan dan duduk dalam wad. Cuma saya tak mahu hidup. Jadi, ubatnya adalah kehidupan. Mencuba untuk hidup.
Penyakit mental ni sukar nak difahami, lepas setahun pun saya masih tak faham. Kadang2 saya rasa saya seperti menipu dan berpura-pura. Saya mungkin malas je. Dan macam-macam lagi fikiran yang datang. Yang saya tak tahu mana satu yang betul, dan mana yang tidak.