4

390 83 8
                                    

yuha’s

You owe us an explanation!

Aku menghela nafas, kesal. Aku sudah agak. Kejadian pagi tadi mengundang banyak persoalan. Semua bertanya benda yang sama. Benda yang serupa. Naik bosan aku.

Siapa Eric tu pada aku?

Apa hubungan aku dengan Eric?

Eh, kenapa semua sibuk mahu ambil tahu? Lantak lah, hidup aku kan. Kenapa kau semua pula yang panas punggung nak tahu apa yang jadi antara aku dengan dia? Huh.

“ Yuha, cepatlah cerita. Ceritalah Ceritalah! ”

Aku menjeling tajam ke arah Sunoo, geram betul bila dipaksa bercerita macam ni. Kangmin dan Taeyoung sudah awal-awal duduk menghadap aku. Oh. Mereka bertiga inilah yang berkepit selalu tu. Juga kawan rapat aku.

Dumb, dumber and dumbest. Cukup satu package aku dapat.

“ Tak ada cerita. Pergi. ” Aku membalas, penuh kemalasan. Ketiga-tiga mereka menarik wajah cemberut.

“ Mustahil. Mesti ada story ni. Sejak bila kau rapat dengan senior Eric tu? Naik motor sama-sama. Kau bercinta dengan dia ke? HAH, DAH AGAK! ”

Taeyoung ni kalau aku bagi makan penumbuk, baru nak diam agaknya. Aku menggeleng laju, menafikan segera sebelum khabar angin murahan tu tersebar luas sekejap lagi, “ Mana ada! Jangan nak tuduh bukan-bukan ya. Aku tak ada apa-apa hubungan istimewa dengan dia. ”

“ Habis tu? But, hey. Mama kau baru kahwin kan? Macam mana? Okay ke papa baru kau tu? ” Kangmin alih topik perbualan, mungkin tidak mahu tengok aku naik hantu kejap lagi. Ah, dia tukar cerita sekalipun aku tetap kena bagitahu siapa sebenarnya Eric tu. Aku mengeluh perlahan, “ Papa tiri aku okay je. Anak dia yang tak okay. ”

“ Kau ada step siblings? ”

“ Kalau dapat adik girl, kenalkan dekat aku. Manalah tahu boleh jadi calon girlfriend. ”

“ Bakal ‘dianak tirikan’ lah kau nanti, Yuha. ”

Aku pandang Sunoo, Kangmin dan Taeyoung silih berganti. Muka masing-masing macam tak sabar nak tahu. Excited betul kau bertiga ya? Sengal betul perangai.

“ Sohn Youngjae. Eric Sohn. He’s my step brother.

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

siblings. ericWhere stories live. Discover now