10

321 70 23
                                    

yuha’s

next day.

Damn it, i’m late!

Kelam kabut aku pagi ni. Semuanya disebabkan aku terlupa nak set alarm dalam phone. Sedar-sedar dah pukul 7, mana mungkin aku masih boleh berlagak tenang. Dalam keadaan tidak terurus itu, aku teringat sesuatu.

“ Eric pun tak bangun lagi ke? ”

Aku hampir terlupa. Status anak tunggal aku sudah bertukar sejak mama kahwin. Heol, lelaki tu pasti membuntang lagi atas katil. Selepas bersiap dalam masa singkat, aku bergegas keluar dari bilik. Langkah aku terhenti di hadapan bilik Eric. Pintu bilik diketuk kuat, cuba memanggil si tuan bilik yang masih tak nampak batang hidung.

“ Eric! ”

“ Eric, kau dah bangun ke? Cepatlah, dah lambat ni! ”

Tiada sahutan. Tiada balasan. Senyap saja disebalik sana. Aku mengigit bibir, kerisauan. Mata aku tak habis-habis mengerling ke arah jam tangan. Jarum jam bergerak tanpa henti, masa terus berlalu tanpa disedari. Please jangan cakap dia masih lagi tengah tidur.

Tombol pintu bilik Eric aku pegang sebelum dipulas perlahan. Sebaik saja pintu dibuka, aku menjengukkan kepala ke dalam. Keadaan biliknya masih malap, tiada cahaya. Langsir tidak ditarik, menghadirkan rasa nyaman untuk tidur tanpa sinaran matahari yang kian menaik.

“ Dasar— dia tengah tidur lagi! ”

Aku perhati dari pintu, susuk tubuh yang terlentang lena atas katil dipandang penuh rasa geram. Sedap betul dia tidur! Dia tak tahu ke hanya tinggal beberapa minit lagi sebelum pintu pagar sekolah ditutup. Aku bergerak laju menuju ke arah katil Eric. Selimut yang membaluti tubuhnya aku tarik kasar sebelum menjerit kuat.

Yah, palli! Eric! Wake up! ”

We're getting late! Sohn Youngjae! Youngjae! ”

Berkali-kali aku memanggil namanya, namun ternyata hanya sia-sia saja. Eric. Aku tidak putus asa, masih mencuba untuk kejutkan lelaki ini yang nampak gayanya jenis tidur mati.

“ Eric— ”

Zzup!

Mata aku membuntang besar, kaku serta-merta. Badan aku jatuh ke atas katil, baring mengiring menghadapnya. Jaraknya terlalu dekat, sehinggakan aku boleh rasa deruan nafas lelaki ni. Dengan mata yang masih tertutup, dia berkata dengan raspy voice.

Keep your mouth shut before something bad happen to you. ”

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

miss me? no, you're not.
you just miss my story ;)

siblings. ericWhere stories live. Discover now