16

193 52 18
                                    

author’s

“ Kenapa lah kau pergi minum tadi? Aku dah cakap don't touch any drinks! ”

Eric tayang wajah pasrah melihat adik tirinya sudah tidak betul di sebelah. Menyesal pula dia menghilang sekejap tadi. Niatnya cuma nak ambil semula phone yang tertinggal atas meja, datang balik Yuha dah mabuk selepas 3 gelas champagne diteguknya. 3 gelas je, mabuknya macam dah minum 3 botol.

Low alcohol tolerance betul.

“ H–Haechan sunbae cakap tu cuma— jus anggur je. A–aku minum jelah! Jangan marah aku! ” Dalam keadaan mabuk begitu sekalipun, Yuha masih larat nak beradu mulut dengan Eric. Pantang betul dipersalahkan, terus mencebik bibir gaya itik.

Paboya, tch. ” 

“ Sakitlah, gila! ”

Dahi Yuha ditunjal kuat, mengeleng-geleng kesal. Adiknya ini pun satu, kenapa pula boleh jadi naif sangat? Kalau papa mama mereka tahu, mahu kepalanya kena pancung dek biarkan Yuha sentuh minuman itu tadi. Salah dia juga bawa Yuha datang ke sana. Sekarang apa yang terjadi dia kena tanggung.

“ Duduk diam diam dekat situ. ”

Enjin kereta dihidupkan, meluncur laju atas jalan raya sebaik saja pedal minyak ditekan. Dipandu penuh berhati-hati, risau kalau ada apa-apa terjadi pada kereta milik mama itu. Dalam keadaan sunyi tanpa suara radio, Yuha tiba-tiba bersuara. Masih tidak stabil sebenarnya, sayup-sayup saja suaranya kedengaran.

“ Kenapa kau ambil berat pasal aku? ”

“ Sebab kau suka dekat aku lagi? ”

Zzup!

Terlalu terkejut sampai dia brek mengejut. Mujur tiada kereta di belakang. Cari nahas saja. Jantungnya berdegup kencang. Eric memalingkan wajah ke arah Yuha, sepertinya beransur masuk ke alam mimpi. Mata gadis itu tertutup rapat, kepala bersandar pada tingkap kereta. Tiada lagi ayat yang keluar dari mulut Yuha, benar-benar sudah terlena.

Y–you don't have to know the reasons. Buat masa sekarang. ”

Tiada balasan daripada Yuha. Sudah semestinya. Namun, sengaja dia menjawab pertanyaan gadis itu tadi dalam keadaan dia tidak sedar. Mana mungkin dia mahu mengaku segalanya pada kala gadis itu terjaga. Mahu ditertawakan saja!

The only thing you have to know is I will protect you. From everyone who's hurt you. ”

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

“ Beratlah kau ni! ”

Eric membebel tatkala mengendong si adik turun dari kereta. Badan saja kecil, berat serupa anak gajah. Makan banyak! Memang dia berani mengutuk Yuha habis-habisan, adiknya itu tidak sedarkan diri. Lena benar, tidak terusik langsung.

“ Nasib sayang. Kalau tak aku tinggal dekat je dekat luar kau ni. ”

Mulut lelaki itu seakan tidak mahu berhenti membebel. Ada saja perkataan yang meniti keluar pada bibir. Memanjat tangga menuju ke tingkat atas, bilik Yuha dibuka seluas-luasnya. Sampai di tepi katil, tubuh Yuha diletakkan penuh berhati-hati. Tidak mahu menganggu.

I shouldn't bring you there, I swear.

Entah mengapa lelaki itu berharap alcohol yang Yuha minum tadi boleh lenyapkan segala memori tentang party malam ini. She's not going to remember any of them, of course. Especially that man. Damn, kenapa Yuha kena jumpa lelaki itu tadi? Dalam ramai-ramai manusia yang hadir party tu, kenapa dia?

How sad. Aku baru nak kenal with this pretty lady. But, seems like she's yours.

Eric mengetap bibir. Terngiang-ngiang ayat itu dalam otaknya sekaligus buatkan hatinya semakin tidak tenteram. Kejadian lama yang pernah dia hadapi dulu menerjah masuk dalam ruang fikiran.

Please, no. Not Yuha.

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

ada lagi ke yang baca ff ni? sanggupnya tunggu update 😅

siblings. ericWhere stories live. Discover now