13

219 60 3
                                    

yuha’s

— 3:30 p.m.

Disebabkan aku ponteng sekolah hari ni jadi, aku terpaksa ajak tiga sekawan tu datang ke rumah. Buat apa? Nak suruh diorang jadi tutor. Mana tahu ada homeworks kena buat. Budak baik, okay? Ponteng pun aku masih nak buat homeworks.

“ Asal kau tak datang sekolah? Kau sakit ke? Tapi, tengok kau macam okay je ni. ” Taeyoung pandang aku dari atas sampai bawah, keliru. Tangannya laju membawa keluar segala jenis buku yang dibawa. Kangmin menyambung, “ Haah, jarang kau tak datang sekolah. Asal? ”

Aku menghela nafas perlahan, terasa malas mahu beritahu perkara sebenar, “ It's all Eric's fault. Aku bukan tak nak datang, tapi lelaki tu— ugh, tak payah lah cerita. Cepat, kerja apa yang saem bagi hari ni? ” Segera menukar topik, aku menanyakan bilangan kerja sekolah yang ada. Taeyoung tunjuk bukunya, menyenaraikan satu persatu kerja tanpa henti.

“ Math buat soalan Trigonometry, lepas tu Biology buat nota tajuk Genetic Inheritance. Lepas tu, yang ni. Then, study tajuk ni. Ada quiz. Then, bla bla— ”

Seakan tiada noktah, aku dah mengetap bibir resah. Bukan main banyak! Sehari je aku tertinggal, segunung kerja sekolah aku kena siapkan hari ini juga. Sudahlah malam nanti aku kena ikut Eric pergi party tu. Duh, mana sempat! 

“ Banyaknya! Saem balas dendam ke apa ni? ” Aku merungut, sudah mencebik bibir tanda tidak suka. Aku perhatikan wajah ketiga-tiga lelaki di hadapan aku ini, menyoal perlahan, “ Korang dah siap? ”

“ Bukan semua, tapi adalah yang dah siap. Waeyo? ” Sunoo membalas sambil mengeluarkan bukunya, mengangkat kening. Aku tersengih, cuba meminta sesuatu, “ Kalau aku nak pinjam semua nota korang, boleh? Aku takut tak sempat nak buat malam ni. I'm going out tonight. ”

“ Kau nak pergi mana malam ni? ”

Aku memerhati sekeliling, memastikan Eric tidak berada berdekatan dengan kawasan ni. Line clear, cun! Aku tersenyum senget, “ Aku pergi birthday party Haechan sunbae malam ni. ”

Mwo? ”

Terbeliak besar mata mereka bertiga, seperti perkara yang aku umumkan tadi terlalu mengejutkan. Kangmin mula-mula menjerit dulu, “ Daebak! Kau dijemput ke? Aku selalu dengar kalau party yang senior kita buat semua grand belaka! ” Aku menggeleng, cuba menerangkan keadaan sebenar, “ Well, actually it's not like aku dijemput sebenarnya. Aku ikut Eric. Sebab, dia tak nak aku tinggal seorang dekat rumah. ”

“ Untung betul kau, kan? Sejak ada abang ni, semua boleh buat even parents kau tak ada. Aku nak datang rumah kau pun kena soal banyak. Tak ada freedom. ” Taeyoung menjuihkan bibir, cemburu agaknya aku bebas pergi ke sana sini tanpa perlu risaukan leteran parents sendiri.

Freedom apa? Aku rasa kena kongkong adalah! Seriously, he's the worse brother ever. Apa saja aku buat tak kena pada mata dia. Kena ikut cakap dia. Kau fikir aku suka? ”

Aku merengus kegeraman, menyilangkan tangan ke dada. Aku lagi suka kehidupan yang dulu. Hanya aku dengan mama. Tak ada orang lain. Tak perlu nak dengar cakap sesiapa selain mama. Kalau aku ada buat salah sekalipun, tiada mata yang memerhati. Jadi, mama tak akan tahu apa-apa.

Tapi, sejak Eric ada dalam rumah ni aku rasa kena perhati 24/7 non-stop. Cara aku berpakaian pun kena kritik banyak padahal dulu mama tak pernah cakap apa-apa. Buat salah sikit pun dia ugut nak bagitahu mama. Ewah, dia tu. Batu api sungguh!

Sunoo yang diam sejak tadi tiba-tiba menyoal perlahan, “ Yuha. Kau memang ada apa-apa ke dengan Eric sunbae? ” Lelaki ni aku perasan macam serba tak kena lepas aku bagitahu Eric sudah jadi sebahagian daripada keluarga aku.

“ Maksud kau? Aku dengan dia step siblings. Itu saja. Tak ada apa pun. ”

Step siblings. Rasa awkward pula aku sebut perkataan tu. Me and Eric are siblings now? Betul lah tu. Tapi ayat Eric sebelum ini tiba-tiba berlegar dalam ruang fikiran, tidak mahu berhenti. Bermain-main dalam minda aku sehingga mampu untuk dihafal dalam sekelip mata.

‘ I fell in love with you on the first day I saw you, dummy. ’

Ah, gila. Kau nak bercinta dengan abang tiri kau sendiri? Confirm kena sembelih dengan mama nanti. Cari nahas! Aku mengalihkan pandangan ke tempat lain sebelum perasan sesuatu. Ada mata yang memerhati aku dari jauh.

Eric.

Wajahnya mendatar, tidak mesra alam. Seperti ada sesuatu yang menganggu moodnya ketika itu. Matanya menjeling aku sekilas sebelum dia bergerak masuk semula ke dalam rumah.

Aku ada buat salah ke?

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

siblings. ericWhere stories live. Discover now