17

299 58 7
                                    

author’s

7:00 a.m.

“ Aduh! Not again! ”

Kepala terasa berpusing, berpinar biji mata. Nak pitam pun ada. Pagi itu, Yuha bangun dalam keadaan lemah badan. Tekak dia rasa loya. Tidak sempat duduk seminit pun, dia sudah berulang ke tandas. Muntah lagi.

“ Cari nahas lagi minum air tu, siapa suruh! ”

Di tepi pintu biliknya Eric yang sudah lengkap beruniform sekolah berpeluk tubuh, bersandar di situ sambil tersenyum mengejek. Sudah dia dapat jangka situasi yang dialami Yuha tadi. Terhibur betul tengok gadis itu berulang alik ke tandas dek kerana tidak tahan loya.

Yuha keluar dari tandas dengan muka cemberut memandang Eric, geram barangkali. Habis pucat lesi wajahnya. Separuh isi perut sudah dikeluarkan. Mana tak lemah badan dia dibuatnya. Tangan kanan menolak badan Eric ke tepi, dengan kudrat yang masih ada, “ Tepi lah kau! ”

“ Kau baring dalam bilik tak boleh hilangkan pun loya tekak kau tu. Turun bawah. Makan sup aku buat tu. ” Eric masih tidak berganjak, berdiri statik di hadapan pintu bilik Yuha dengan muka ketat. Degil bukan main budak seorang ni. Yuha tidak peduli langsung, berbaring atas katil sambil mengiring menghadap dinding. Comforters ditarik hingga paras leher, niat mahu sambung tidur.

Hey! ”

“ Nanti aku makan lah, just go away! Leave me alone. ”

Suara Yuha tenggelam dalam comforter, namun masih jelas untuk didengari. Naik menyampah bila dipaksa makan begitu. Bukannya dia tak mahu, badannya yang tak bagi kerjasama. Terasa sejuk semacam. Hanya selimut tebal yang dicari buat masa ini.

Fine. Sakit nanti jangan cari aku! Buat semua sendiri. ”

Bunyi pintu ditutup kuat. Bengang agaknya lelaki itu. Yelah, orang nak tolong redakan sakit tu dia boleh pula buat tidak tahu saja. Makin menolak adalah. Yuha menghela nafas, perlahan. Bukannya dia nak sangat pun Eric bantu dia!

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

school

“ La, minum tak sampai satu botol pun kena effect teruk sampai macam tu? ”

Terkekeh-kekeh Haechan ketawa, entah apa yang lawak dalam ayat Eric tadi. Eric menjulingkan matanya, tidak puas hati, “ Kaulah! Memandai sangat bagi dia minum buat apa? Yang kena tempias aku juga. ” Risau sebenarnya dibiarkan Yuha tinggal sendirian di rumah. Ikutkan hatinya tidak mahu ke sini. Tapi kalau dia buat begitu, rosak pula rekod kedatangannya. Hanya tinggal beberapa bulan sebelum dia bebas dari situ. Kenalah tunjuk contoh baik.

Haechan cuba menafikan kesalahan yang dia buat semalam, cepat-cepat membela diri, “ Dia nampak berminat dengan air tu. So, aku offer lah dia suruh rasa. Aku cakap tu just jus anggur biasa je. Aku fikir dia mungkin tak termakan hasutan aku tu tapi wow, bro. She’s naive. Muka cantik, perangai serupa gangster tapi naif sangat. ”

She’s underage lah, gila! Kalau mama aku tahu pasal ni, masak aku. ”

Eric menjegilkan mata ke arah Haechan, kegeraman. Haechan mengangkat bahu, menjongket kening, “ Habis tu kita ni? Bukan underage juga ke? Sekolah pun tak habis lagi! Tinggal 2 months before graduate. ” Mencari alasan untuk menutup kesalahan, tidak mahu dirinya terus dipersalahkan.

Eric tidak peduli, malas ambil kisah. Benda dah jadi, tidak boleh putar balik masa sekalipun. Hanya berharap Yuha tidak bongkarkan kejadian malam tadi pada parents. Mahu kena pancung kepala kalau Yuha benar-benar mengadu tentang itu.

“ Yuha meet him.

Satu ayat yang terpancul keluar dari mulut Eric menarik perhatian mereka. Sunwoo mengangkat kening, bertubi-tubi dia menyoal, “ Yuha? Him? Who? Dekat mana? Party semalam? ” Seungmin menyampuk, seperti dapat menangkap maksud ayat lelaki itu tadi, “ That guy? Dia datang ke semalam? Kenapa aku tak jumpa pun dia? ”

“ Aku tak nak jemput pun dia tapi, sebab family dia ada kaitan dengan family aku so, terpaksa aku invite dia pergi party tu. ” Haechan terlebih dahulu mengangkat kedua belah tangannya, sekali lagi mahu pertahankan diri. Manalah tahu Eric nak serang dia lagi. Habis semua salah dia, hmph!

“ Marah lagi ke dia? Yah, benda tu dah lama kot! Berapa lama lagi dia nak berdendam? Padahal salah dia juga. ” Naik muak Sunwoo mendengar cerita yang sama. Tidak habis-habis dengan kisah lelaki itu. Bila nak berdamai pun tak tahu lah.

He knows about Yuha. ”

“ Tahu apa? ” Perlahan saja Sunwoo menyoal semula. Dia tahu ayat itu sebenarnya kurang enak untuk didengari. Seungmin menyampuk, matanya beralih ke arah Eric, “ He knows Yuha tu adik kau. Kan? ” Haechan terkebil-kebil mata, seperti dia saja yang ketinggalan sekarang ini, “ So? ”

Seungmin membalas, kesal agaknya melihat lelaki itu seperti tidak peka, “ So? Itu kau cakap? He's going to ruin her! Macam Eric pernah buat dekat adik dia. ” Eric membuntang mata seluasnya, terkejut mendengar ayat Seungmin, “ Hey, hey. Ayat tu elok sikit. Aku tak buat apa-apa dekat adik dia! Adik dia yang terhegeh-hegeh dekat aku. Kena reject, bunuh diri then lepas tu nak salahkan aku pula. Amboi, semua salah lelaki ke? ”

Terus melenting dia kena tuduh begitu. Semua senyap, tidak berani membalas semula.

But for sure, if dia sentuh Yuha, aku berani jamin hidup dia tak akan aman. ” Pen yang yang berada pada tangan Eric menekan kuat pada buku, meninggalkan kesan di situ.

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

i'll try to update sekerap mungkin, nak habiskan ff ni. dari tahun lepas tak siap siap 😰

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 13, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

siblings. ericWhere stories live. Discover now