1. Prolog

8.9K 338 3
                                    

Introducing...

Danish Lee bin David Lee.

The Sweet Playboy.

"I know why you fell. Because it's a warning before you fall in love with me,"


'Because you are you and I love you,'

Pertama kali si playboy itu buat ungkapan sedemikian di laman instagram miliknya.

Gambar yang disertakan dengan caption itu sungguh menarik perhatian.

Pantai sebagai latar belakang. Seorang perempuan yang bertudung sedang menghadap laut. Hanya figura belakang perempuan itu yang kelihatan. Hujung tudung perempuan itu beralun di tiup angin pantai. Sinar matahari yang lembut pula seperti menyinari perempuan itu.

Selepas sahaja gambar itu dihantar. Status single ditukar kepada taken. Berpusu-pusu komen muncul dibawah post tersebut.




Meet...

Nur Najmina Balqis binti Mohd Suffian.

The Girl.

Awkward little innocent hard working girl.

"Najmina! Mana fail projek Johor Bahru tu? Awak letak kat mana?," laung Encik Fakrul, ketua syarikat tempat dia bekerja.

Najmina menggeleng kecil. "Dalam laci kedua, bos!," jerit Najmina dari luar.

"Thanks!,"

"Terima kasih sebab dah banyak tolong saya. Setiap kali saya berada dalam masalah, awak muncul umpama seorang hero. Saya... dah lama ada perasaan pada awak,"

"Waktu tu awak asyik ganggu fikiran saya. Lega hati saya bila tahu yang saya juga... berjaya ganggu hati awak,"








Welcoming our cupid...

Puan Kalsom binti Mansor.

The Sweet Mom.

"Danish, ni Najmina. Anak perempuan kesayangan mak,"

"Dah Danish? Mak kata Danish kesayangan mak! Apa ni?,"

"Danish anak lelaki kesayangan mak,"




















Perkenalan yang berlaku terjadi akibat ibu angkat yang dikongsi.

Puan Kalsom, wanita yang mengasuh Danish ketika dia masih kecil. Ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya masing-masing tidak berkesempatan mencurahkan kasih sayang kepada si anak. Akibat dunia korporat, anak tunggal mereka itu hanya mampu menumpang kasih pada ibu asuhannya.

Hanya dengan Puan Kalsom, si Danish mampu jadi anak ibu yang baik. Walaupun sudah besar panjang Danish tetap selalu pulang ke kampung Puan Kalsom untuk melawat ibunya itu.

Sewaktu umur Danish mencecah lima belas tahun, Puan Kalsom menyatakan niatnya untuk pulang ke kampung kepada pasangan suami isteri yang kaya raya itu. Namun hubungannya dengan Danish tetap tidak terputus. Puan Kalsom umpama ahli keluarga mereka juga.

Najmina, anak saudara Puan Kalsom. Ibu bapanya sudah meninggal dunia. Puan Kalsom yang baru saja pulang ke kampung terus membuat keputusan untuk mengambil anak abangnya itu sebagai anak angkat. Nasib baik wanita berumur itu pulang ke kampung tepat pada masanya. Jika tidak, kesian anak gadis yang berumur dua belas tahun itu. Mungkin rumah anak yatim menjadi tempat tinggal.

Anak saudara yang cantik manis itu menjadi sumber keceriaan hati tuanya. Gelagat anak perempuannya itu sungguh menambat hati dan tingkah laku gadis itu semakin besar semakin lemah lembut dan sopan santun. Apa lagi yang hati tuanya nak, bukan?




















The Fall TheoryWhere stories live. Discover now