2

5.6K 323 7
                                    

"Najmina, Awak dah send PDF tadi tu ke semua pekerja?," tanya Encik Fakrul. Salah seorang ketua tinggi dalam Syarikat JTC Holdings tersebut.

"Dah. Baru je tadi. Bos, kopi yang bos minta saya dah letak atas meja kerja bos. Dan bos, meeting dengan Datuk Aiman tu ditangguhkan. Lusa baru Datuk Aiman ada peluang untuk berjumpa dengan kita. Setiausaha dia kata Datuk Aiman tak sihat," lapor Najmina sekali terus.

Encik Fakrul mengangguk-angguk. Najmina terus kembali menghadap komputernya bila Encik Fakrul teruskan langkah untuk masuk ke bilik pejabatnya.

'Nanti aku kena ingatkan semula. Bos tu bukan ingat benda-benda macam ni,' fikir Najmina. Sudah biasa sangat dengan sifat pelupa dan tak terurus bosnya itu.

Tak sampai setengah jam menghadap komputer, dia terus bangkit. Kertas bertimbun di tepi mejanya dicapai dan dibawa ke mesin fotostat. Walaupun dia terseksa untuk berjalan sambil membawa timbunan kertas itu kerana kurang nampak dengan laluan, dia sudah biasa. Semua kerja yang ada dalam pejabat ni umpama kerja dia belaka.

"Eh Cik Najmina, cik fotostat semua kertas ni sendiri? Kenapa tak panggil saya? Ni kerja saya ni," pembantu pejabat, Fazwan menyoal sambil tersengih.

Najmina membalas senyuman Fazwan dengan senyuman nipis. Namun dia teruskan juga kerjanya. Satu-satu kertas dialihkan setelah siap di fotostat. Kemudian dia menutup mesin itu dengan keluhan lega. Siap pun! Boleh tahan sejam juga dia berdiri terpacak di sini.

'Kerja saya ni? Kenapa tak panggil?,' fikir Najmina kesal.

Ayat je lebih padahal bukan boleh harap sangat. Najmina tahu untuk panggil Fazwan yang asyik bergosip di pantri tu tak berguna. Buang masa dan tenaga. Pembantu pejabat yang tahu melepak sahaja. Lepas tu pura-pura prihatin je lebih. Jelas fake pula tu. Najmina hanya mampu bersabar. Dah tiga tahun berkerja di sini... Dia dah belajar redha dengan rakan sekerjanya yang lain.

Ramai yang tak boleh harap dari yang boleh dipercayai.

Harapkan Najmina ni tidak banyak songeh dan rajin. Kalau tak... Huru-hara lah jawapnya bos mereka.






~~~

"I'm good at capture people's heart. Apatah lagi hati you," ujar Danish sambil tersenyum.

Perempuan yang berada dalam pelukannya tergelak suka. Kata-kata lelaki ini tidak pernah mengecewakan. Asyik berjaya menerbangkan rama-rama di dalam perutnya. Terlalu berjaya dalam bab mengukir senyuman di bibirnya.

"You nak dating dengan I di taman depan tu tak?," tanya perempuan itu dengan manja.

Danish tersengih. "Babe, you tak risau paparazi?," tanya Danish.

Perempuan itu memuncungkan bibirnya bila Danish tidak mengikut kehendaknya. Dia belum sanggup berpisah dengan lelaki ini. Dia masih mahu meluangkan masa dengan Danish.

"My beauty, you sendiri tahu yang you ni cantik and terkenal. Talented actor macam you ni selalu jadi tumpuan. Dan I pula... Sukakan privasi kalau dengan you. Supaya you nampak perhatian I pada you,"

Pelakon perempuan yang sedang mula menaik nama dalam industri pelakonan itu tersipu. Danish pandai memujuk walaupun hanya menyusun ayat kerana malas sambung melayan.

"I sayang you tau,"

"Me too," balas Danish dengan senyuman.

Perempuan itu tersenyum manis. Siapa kata Danish ini seorang playboy? Yang hebat dalam mematahkan hati perempuan? Bagi perempuan ini, Danish lah lelaki pujaannya. Lelaki yang memahami dan penyayang. Bagi dia, tak ada lelaki lain yang boleh tandingi Danish.

"I balik dulu. You rest elok-elok tau. Esok you ada shooting kan?,"

"Tak lah," jawab perempuan cantik itu.

"Sayang, you tak nak teman I tengok wayang esok?," tanya dia.

Danish tersenyum nipis dan mengusap pipi perempuan itu dengan lembut. Pelukan dilepaskan.

"Esok I ada meeting penting dengan client I," kata Danish dengan tenang.

Perempuan itu menunjukkan riak kecewa. Danish sudah berniat untuk pulang. Dia dah bosan di sini.

"I balik dulu. Bye-bye, my dear Nina,"

Danish tersenyum manis. Namun respon yang diterima daripada perempuan itu menghairankan.

Perempuan itu tersenyap. "Nina?,"

Danish terkaku. Mampus! Salah nama!

"Nina tu bukan Afrina? Penyanyi perempuan tu ke? Danish...?,"

Danish tergelak kekok.
















The Fall TheoryWhere stories live. Discover now