"Najmina balik berapa lama? Awak tidur sini ke macam mana?," tanya Danish. Ramah.
Najmina mengangguk. Danish mengangkat kening. Puan Kalsom menepuk lembut perlahan peha Najmina.
"Berapa lama? Ada ke pula angguk je," tegur Puan Kalsom. Dia tahu Najmina ni segan dengan Danish. Tapi dia kisah apa. Hahaha.
Dia suka bila mereka berdua bertembung macam ni. Dua-dua anak kesayangannya. Dah lah mereka berdua juga masih single and available. Bukan selalu dia ada peluang nak kenen-kenenkan mereka. Nampaknya peluang dan kebetulan ini tidak boleh disia-siakan! Dah lama berniat... Nampaknya impian boleh tercapai.
"Dalam dua hari macam tu," jawab Najmina sambil ukir senyuman.
"Lah. Danish pun nak tidur sini. Macam mana ni?," soal Puan Kalsom musykil. Baru dia terfikir. Nanti apa pula orang kampung kata kalau tahu yang mereka dua tinggal serumah. Walaupun dia ada sekali tapi masih boleh timbulkan fitnah. Tak baik!
Danish mengenyit mata pada emaknya itu. Tidak mahu fikiran Puan Kalsom rungsing.
"Tak apa. Don't worry. Sebagai gentleman berjaya, Danish undur diri. Awak jangan risau. Nanti saya menginap di rumah sewa depan simpang tiga tu," kata Danish cuba memudahkan keadaan.
Najmina hadiahkan senyuman menghargai. "Terima kasih tau,"
Danish tersengih. "No biggie. Dekat je," balas Danish bersahaja.
"Sekarang ni, Mina pergi bawa masuk beg baju dulu. Lepas tu tolong mak beli barang dapur untuk masak petang ni," arah Puan Kalsom dengan lembut.
Najmina bangkit untuk buat apa yang disuruh namun belum sempat dia turun dari rumah, dia mendengar Puan Kalsom bersuara lagi.
"Danish tolong teman Mina ya," pinta Puan Kalsom. Pintaan yang tidak memberi ruang untuk membantah sebenarnya.
Danish mengangguk. "Boleh je, mak," balas Danish. Dia seorang yang mendengar kata. Apatah lagi kalau kata-kata Puan Kalsom.
Teman Najmina beli barang masak je pun. Tak ada masalah lah. Danish kalau tak ada niat nak mengurat sebenarnya boleh tahan gentleman. Cuma tu lah... Playboy katakan. Gentleman nya jarang.
~~~
"Awak kerja di syarikat mana?," tanya Danish sambil fokus memandu.
Mereka sedang menaiki kereta untuk ke pasar petang yang berdekatan dengan kampung ini.
Najmina sedikit berdebar bila sekereta dengan Danish. Kalau dia tak kenal tak apa juga. Ni dia tahu siapa Danish di Kuala Lumpur.
"JTC Holdings. Saya setiausaha Encik Fakrul," jawab Najmina dengan nada perlahan. Dia mengenggam beg tangannya dengan lebih erat. Kekok betul. Dah lah Danish nampak relax.
"Lah... I see," komen Danish.
Penat dia fikir topik untuk berbual dengan gadis di sebelah nya ini. Danish peramah lebih-lebih lagi dengan perempuan. Haip! Tak... Tak... dia takkan sekali-kali pasang niat untuk mengurat Najmina. Dia tetap waras.
Dia cuma nak eratkan hubungan dia dengan Najmina. Bukankah mereka berkongsi kasih sayang ibu yang sama? Lagipun mereka jarang jumpa jadi Danish cuba ambil peluang untuk lebih mengenali anak perempuan emaknya ini. Dia anak yang baik.
"Saya dengar cerita... Tak lama lagi syarikat JTC akan anjurkan satu majlis charity ni," kata Danish.
Najmina mengangguk. "Sempena untuk anak-anak yatim dan kanak-kanak istimewa. Awak... Ada dijemput?," tanya Najmina pula.
Danish tersenyum lembut. "Ada juga kad jemputan sampai di atas meja saya," jawab Danish.
"Awak pergi?," tanya Najmina.
Danish menggeleng kecil dengan riak hampa. "Tarikh kau orang tak kena dengan jadual saya. Waktu tu saya ada kerja di luar negara. Sayang betul...," komen Danish dengan jujur.
Najmina mengangguk faham. "Ohh,"
Danish melihat keadaan di kawasan pasar itu untuk mencari kawasan yang sesuai sebagai tempat letak kereta.
"Dekat bawah pokok tu kosong," Najmina menunjuk ke satu arah.
Danish memandu kereta ini menuju ke kawasan redup dan sedikit lapang itu. Enjin kereta dimatikan setelah di park dengan elok di bawah pokok besar itu.
"Jom!," ajak Danish ceria seraya membuka pintu kereta.
Najmina turut tersenyum kecil sebelum keluar dari kereta.
Lama betul tak alami suasana kampung macam ni. Meriah dengan bunyi riuh rendah orang ramai yang datang ke pasar ini untuk membeli belah. Najmina membetulkan tali beg silangnya di bahu. Bau asap dari gerai-gerai yang menjual makanan panas menambahkan nostalgia.
~~~
Najmina tergelak.
"Danish!," panggil Najmina dengan nada risau yang kedengaran terhibur.
Jejaka itu juga hampir tertawa bila dia diketawakan. Bukan selalu ikan hidup melompat depan mata dia. Danish nak terjatuh bila disergah oleh lompatan bersemangat ikan keli itu. Kus semangat!
Danish mengusap dadanya yang turun naik itu. Ikan yang terdampar di jalan itu dipandang dengan cuak. Najmina menggeleng lucu.
"Shh... Janganlah gelakkan saya. Mana lah saya expect dia boleh melompat setinggi tu!," kata Danish dengan nada tidak puas hati namun riak wajahnya jelas yang dia juga berasa lucu dengan situasi tadi.
Najmina menahan sengihan. "Baiklah,"
"Apa yang mak suruh kita beli?," tanya Danish cuba untuk tukar topik. Dia nak lupakan kejadian yang memalukan itu tadi.
"Sayur, kentang, daun sup, rempah ratus, ayam, ketam...," Najmina mula mahu senaraikan satu-satu.
"Okay... Okay...," balas Danish lucu.
~~~
"Mak, kita orang dah balik!," laung Danish ketika menaiki tangga kayu untuk masuk ke dalam.
Najmina menyusul di belakangnya. Puan Kalsom muncul dan tersenyum melihat mereka. "Banyak barang beli?," soal Puan Kalsom.
"Untuk emak tersayang katakan," balas Danish.
Puan Kalsom tersenyum. "Mai sini barangnya," pinta wanita separuh umur itu. Walaupun tak kesian melihat anak lelaki yang cukup kuat itu mengangkut beg-beg plastik yang banyak dan berat.
Danish hanya tersengih dan menggeleng 'tidak mengapa'. Dia bawa semua barang yang sudah dibeli itu ke dapur.
YOU ARE READING
The Fall Theory
Romance[Completed] 𝙸𝚗𝚝𝚛𝚘𝚞𝚍𝚞𝚌𝚒𝚗𝚐... Danish Lee bin David Lee. The Sweet Playboy. "I know why you fell. Because it's a warning before you fall in love with me," 'Because you are you and I love you,' Pertama kali si playboy itu buat ungkapan sede...