Najmina baru saja selesai mengambil wuduk. Dia keluar dari bilik air.
Beg pakaian dibuka. Kain telekung dan sejadah dicapai. Danish yang mengeliat di atas katil dipandang seketika. Hurm... Lama Najmina berkira-kira. Belum sempat dia nak buat keputusan, Danish mencelikkan mata.
"Sayang, dah Subuh ke?," tanya Danish mamai.
"Haah. Awak tak nak bangun?," tanya Najmina kekok.
"Ouhh," balas Danish. Dia bangun dari perbaringan dan mengosok mata.
"Nak ajak saya solat sama ke?," tanya Danish bersahaja.
"Haa haah. Awak boleh solat?," tanya Najmina serba tak kena. Dia risau lah juga. Nak ke Danish terima ajakan dia? Danish... Err sepanjang di rumah Puan Kalsom pun Najmina tak pernah nampak Danish berwuduk. Bilik air di luar bilik jadi kalau ke hulu ke hilir ambil wuduk mesti nampak.
"Saya lelaki mana boleh period," balas Danish dengan nada ingin berlawak. Dia bangkit turun dari katil.
"Wait a minute," pinta Danish.
Najmina tersenyum. "Okay," balasnya.
Sebaik sahaja keluar dari bilik air dengan kaki, tangan, dan muka yang basah... Danish menuju ke laci almarinya. Baju dan seluar dibawa keluar. Songkok pula dicarinya.
"Aik? Kat mana eh? Rasanya ada," gumam Danish seorang diri. Kemudian baru dia jumpa. Dia tersenyum nipis.
"Saya nak tukar baju. Kalau nak tengok, tengoklah. Kalau tak nak jangan pusing belakang," kata Danish.
Najmina mengangguk laju. Dia yang sudah menunggu di atas sejadah beku. Dia menghadap ke hadapan sahaja. Betul-betul keras badannya. Kepalanya tegak ke hadapan.
Kemudian...
"Okay. Saya dah siap," maklum Danish.
Badan Najmina mengendur. Dia pusing ke belakang. Danish memakai songkok. Najmina membentangkan sejadah untuk Danish.
"Saya jadi imam ke?," tanya Danish serba tak kena.
"Boleh tak?," tanya Najmina dengan lembut.
Danish berdiam lama. Kemudian dia mengangguk perlahan. "Saya cuba,"
Mereka mengambil tempat. Danish membaca niat untuk menjadi imam. Kemudian dia mengangkat takbir.
Solat subuh berjemaah mereka itu berjalan lancar. Bacaan Danish tiada masalah, elok je lancar. Perkara rukun pun lengkap. Perkara sunat juga elok sahaja dilakukannya. Di rakaat terakhir, selepas memberi salam... Najmina tersenyum. Nampaknya Danish tak ada masalah pun untuk menunaikan solat dengan sempurna.
Cuma selama ini dia pilih untuk tidak melakukannya. Najmina harap selepas ini mereka boleh solat berjemaah macam ni lagi. Lepas ni, dia akan terus ajak Danish.
Danish membaca doa selepas solat. Kemudian dia mencabut songkok. Dia berpaling ke belakang.
"Well... I think, husband and wife should always does prayers together? Right? And then after that, a sweet 'bersalaman' kan?," tanya Danish dengan nada cerianya yang bersahaja.
Najmina mengangguk sambil tersenyum.
"Yup,"
Kemudian dia mencapai tangan Danish sebelum dikucup lembut. Danish tersenyum dan meletakkan tangannya pada permukaan kepala Najmina yang bertutup dengan kain telekung itu.
"Good wifey," komen Danish. Manakala Najmina hanya tergelak kecil.
~~~
Barang dapur habis.
Danish mengetuk pintu bilik Najmina. Dia teruja hari ni. Sebab barang dapur dah banyak habis. Tu tanda dia boleh ajak Najmina dating sambil beli barang dapur.
"Sayang! Open the door. Let's do grocery shopping," panggil Danish.
Najmina yang sedang menyarung baju hanya menggeleng perlahan. Tak menyabar betul. Dia hanya mampu tersenyum lucu.
"Jap!," balas Najmina.
Kemudian dia memakai tudung. Ringkas sahaja dia bersiap. Pintu dibuka.
Wajah ceria Danish menyapa pandangan.
"Jom,"
Najmina tersenyum manis. Nampaknya kali ni pun dia tak perlu beli gula. Hidup dengan Danish dah cukup manis.
~~~
"Ada benda yang saya kena beli," kata Danish tiba-tiba. Dia menghentikan Najmina.
Danish bermain dengan rambutnya. Kenapa nampak kekok je tiba-tiba ni? Tapi Najmina tak menyoal. Dia hanya mengangguk. "Okay,"
Danish tersenyum kelat dan melangkah pergi dari situ. Langkah Danish yang semakin menghilang ke kawasan lain itu hanya dipandang Najmina. Danish nak beli apa? Kenapa nampak kekok tiba-tiba?
Najmina pandang senarai barang dapur di tangan. Hm... Biarlah Danish. Baik dia cari barang yang perlu dibeli segera. Lepas tu nak pergi restoren yang terdekat untuk isi perut. Lapar.
Najmina hendak mencapai bakul untuk isi barang namun belum sempat tangannya menyentuh bakul supermarket ini, tangan lain mendahului. Najmina berundur ke belakang.
Lelaki yang mengambil bakul itu menoleh ke arahnya dengan senyuman nipis. "Sorry,"
"Nah," bakul di tangan dihulurkan.
Najmina menggeleng kecil. "Tak apa. Saya boleh ambil yang lain. Terima kasih," balas Najmina sopan. Dia hanya menundukkan pandangan.
"Mina, lama tak jumpa," kata lelaki itu secara tiba-tiba.
Barulah Najmina mengangkat pandangan. Dia mendongak sedikit untuk memandang muka lelaki tinggi lambai ini.
"Lah... Riyyan," sapa Najmina dengan senyuman yang melebar.
Kawan sewaktu universiti. Kawan yang boleh tahan rapat dengannya. Riyyan ni banyak membantu dia dulu. Jadi tanpa sedar mereka jadi rapat.
Susah nak lupakan seseorang yang pernah membantu. Dan apabila orang yang sama tetap muncul kan diri di hadapan kita... Kita akan terpandang dia. Jadi, kita akan nampak dia. Walaupun tengah fokus pada perkara lain dan tak ada masa nak berkawan, hubungan persahabatan tetap tercipta. Macam kisah Najmina dan Riyyan. Dia yang sibuk belajar bersungguh-sungguh dan hanya berseorangan ini jadikan Riyyan sebagai kawan dia sebab Riyyan asyik muncul di hadapannya waktu di universiti dulu.
"Awak buat apa kat sini? Eh... Haha mestilah nak membeli kan," komen Najmina. Najmina teruja bila berjumpa kawan lama. Dia tersenyum lebar.
Senyuman Najmina dibalas. Najmina tetap cantik seperti dulu. Malah makin cantik dimatanya.
"Ishh... Sumpah lama gila kita tak jumpa," komen Riyyan. Dia masih tak sangka di hadapannya Najmina. Gadis yang disukainya dalam diam. Walaupun jelas.
"Awak graduate cepat sangat! Setahun lepas tu barulah saya bebas dari universiti kita tu. Awak dapat tak capai cita-cita awak?," tanya Najmina teruja.
Riyyan tersenyum. "Alhamdulillah. Sekarang ni saya berkerja di firma guaman persendirian," jawab Riyyan.
Najmina tersenyum lebar. "Dah agak! Awak kan best student dulu," puji Najmina.
Riyyan hanya tersenyum nipis.
"Awak seorang je ke? Jom pergi minum nak? Kita boleh sambung berborak. Serius rin--," kata Riyyan terhenti bila Najmina hendak menjawab.
Dia tak sangka setelah sekian lama, dia akan berjumpa dengan Najmina semula. Takdir ke ni? Atau... Jodoh?
"Tak, saya datang de--," baru nak menjawab soalan Riyyan, satu suara mencelah.
"Baby, you dah jumpa barang yang you nak beli?,"
Danish.
YOU ARE READING
The Fall Theory
Romance[Completed] 𝙸𝚗𝚝𝚛𝚘𝚞𝚍𝚞𝚌𝚒𝚗𝚐... Danish Lee bin David Lee. The Sweet Playboy. "I know why you fell. Because it's a warning before you fall in love with me," 'Because you are you and I love you,' Pertama kali si playboy itu buat ungkapan sede...