Minggu yang sibuk.
Dah seminggu Danish ke New Zealand untuk uruskan hal syarikat dia.
Projek berkaitan dengan architecture skill. Dengar kata Lucky Corp. dan TAzfar Holdings akan berkerjasama lagi kali ini untuk berkolaborasi dengan syarikat luar. Kedua-dua CEO dari syarikat itu mencuba untuk mendapatkan Razz, dari Q-BUILT International Architecture bagi membantu projek mereka kerana pengaruh Razz di New Zealand sangat besar dalam bidang ini.
Namun susah benar hendak berjumpa dengan lelaki itu. Jadi Danish terpaksa pergi ke syarikat lama Razz untuk mendapat perjanjian sendiri. Terpaksa face to face terus dengan pihak lagi satu. Kalau Harraz Daniel bersetuju untuk tolong mereka... Semuanya akan jadi mudah. Tapi tu lah Razz tu terlalu aloof dan tak rajin nak tolong syarikat yang tak ada kaitan dengan hidup dia.
Projek untuk memindahkan beberapa pekerja profesional dan berpengalaman dari syarikat itu untuk memberikan tunjuk ajar kepada bidang arkitek dan kejuruteraan di syarikat Lucky Corp.
Lucky Corporation banyak cawangan. Banyak bidang syarikat besar ini ceburi. Tapi sudah tiba masa Lucky Corp. Dan TAzfar Holdings majukan syarikat mereka dalam bidang ini.
Itu apa yang Najmina dengar. Dia tak tanya Danish kenapa Danish ke New Zealand sebab kenapa kena tanya? Dia hanya seorang setiausaha syarikat yang tidak berkenaan. Kalau sebagai isteri, dia tahu Danish kena outstation sudah.
"Najmina!,"
Haaa... Tu dia. Bos sendiri dah panggil.
"Ya, bos! Jap!," balas Najmina. Dia kelam kabut bangun dari kerusi dan keluar dari kawasan mejanya.
Bilik pejabat Encik Fakrul dimasuki.
"Apa, bos?," tanya Najmina.
Encik Fakrul berdiri dari kerusi pejabat. Dia melangkah ke hadapan tingkap bilik besar ni. Pemandangan bandar yang pesat di luar direnung. Dia membelakangi Najmina. Dahi Najmina dah berkerut. Apa masalah bos dia ni?
Acah dramatik.
Encik Fakrul ni buang tabiat atas alasan kononnya dia nak ubah gaya. Nak nampak lebih bergaya seperti seorang bos. Ni ke maksud dia nak berubah tu?
"Nanti... Kamu kena...,"
Dia jeda dan menggeleng perlahan. Dia berpusing dengan tiba-tiba.
"Kamu kena ikut saya untuk majlis syarikat TAzhar Holdings! Kamu kena ikut cakap bos kamu!," kata Encik Fakrul dengan kening bertaut dan serius.
"Haa? Okay," balas Najmina terpinga.
Kemudian Encik Fakrul mengeluh.
"Haih... Awak rasa saya ni tak guna betul kan? Saya dah cuba banyak kali dah. Tapi saya tak boleh nak keluarkan aura seorang ketua syarikat," luah Encik Fakrul sayu.
Najmina menggeleng kepala. Dia tak tahu nak kata apa.
"Bos kena selalu tenang. Jangan mudah kalut dan... jadilah lebih terurus. Jangan mudah lupa pasal sesuatu. Catat kalau susah sangat nak ingat. Lepas tu kalau tangkap pekerja bergosip dan buang tulang di pantri, jangan pula turut serta! Marah dengan serius atau ugut potong gaji," nasihat Najmina.
Nampaknya sampai bila-bila lah dia kena jadi setiausaha bos dia ni. Haih...
"Okay. Berbalik pada apa yang bos cakap tadi. Syarikat TAzhar Holdings adakan majlis syarikat sempena apa?," tanya Najmina.
Encik Fakrul mula kembali seperti biasa.
"Untuk raikan kejayaan syarikat mereka yang bergabung dengan syarikat sebelah mereka," jawab Encik Fakrul.
YOU ARE READING
The Fall Theory
Romance[Completed] 𝙸𝚗𝚝𝚛𝚘𝚞𝚍𝚞𝚌𝚒𝚗𝚐... Danish Lee bin David Lee. The Sweet Playboy. "I know why you fell. Because it's a warning before you fall in love with me," 'Because you are you and I love you,' Pertama kali si playboy itu buat ungkapan sede...