Lelaki yang berkulit putih, bermata sedikit sepet, dan mempunyai figura yang tinggi itu keluar dari keretanya dengan bergaya. Kaca mata hitam dicabut dan diselitkan di poket baju t-shirtnya.
Angin sipu-sipu bahasa pada petang itu membuatkan rambutnya yang bergaya santai tersebut beralun lembut.
Dia melangkah dengan kaki slender nya menuju ke muka pintu rumah kayu dihadapan ini.
"Anak mak dah balik?," sapa Puan Kalsom, ibu angkat akak ibu asuhan Danish Lee.
"Oh my beautiful mom!," penuh dramatik gaya Danish. Dengan habis drama, Danish menuju ke wanita tua itu dengan riak sebak. Kononnya terlalu sakit rindu yang menggunung. Hilang dah gaya macho tadi.
"Danish tak sibuk kerja? Ni mesti ada sebab ni? Haa cakap kenapa balik kampung," soal Puan Kalsom acah serius.
Danish tersengih. "Sebab yang utama semestinya... Rindu!," kemudian dia tergelak.
Puan Kalsom hanya mampu menggeleng lucu. Anak lelakinya seorang ni memang mengada dan kebudak-budakan bila dengannya. Tetap tak berubah walaupun dah lama tak jumpa.
"Mama papa sihat?," Puan Kalsom bertanyakan khabar bekas majikannya itu sewaktu mereka beriringan naik ke rumah kayu yang bertiang tinggi itu.
Danish tersenyum. "Alhamdulilah. Sihat walafiat. Mama still sibuk dengan butik dan produk-produk dia. Papa dengan kerja pula tak berpisah jua. Hari tu katanya nak buka syarikat baru lagi," keluh Danish mengadu.
Harta banyak tapi masa dengan keluarga sikit... Tak guna juga. Dah lah pasangan itu tak reti membahagikan masa untuk keluarga. Tetap mengejar kekayaan dan nama walaupun duit sudah terlebih dalam poket. Tapi Danish dah tak kisah. Dia dah besar. Lagipun dia ada Puan Kalsom yang memang tak ubah seperti ibu kandungnya sendiri.
"Danish dah makan?," tanya Puan Kalsom prihatin.
"Mesti anak mak ni penat drive dari KL ke sini kan?,"
Danish tersengih dan menggeleng. "Tak pun," balas Danish.
"Mak...," meleret aje panggilan Danish.
"Haa nak apa?,"
Danish menyandar pada kerusi panjang yang diperbuat daripada kayu di ruang tamu itu.
"Danish ambil cuti tiga hari sebab nak lepak dengan mak. Mak tak halau kan anak mak yang tak ada tempat tinggal ni?," duga Danish saja.
Dia dah lama tak berehatkan diri dari kerja dan hidup dia di bandar pesat, Kuala Lumpur nun sana. Dia berniat nak bercuti di sini sambil mengambil angin segar di kampung.
"Apa pula cakap macam tu! Rumah mak ni pun rumah kamu. Danish nak tinggal lama mana pun, mak tak kisah. Mak lagi suka adalah. Tak lah sunyi sangat hari mak kat sini. Anak mak seorang lagi tu... Haih, sibuk kerja. Tak balik-balik!," sempat lagi Puan Kalsom membebel tentang anak saudaranya.
Danish hanya tersenyum nipis. Cemburu sebenarnya sebab tahu Puan Kalsom ada lagi seorang anak. Anak perempuan. Dia rasa dimadukan. Berkongsi kasih.
"Najmina kerja apa? Berapa lama dah di tak balik?," tanya Danish pura-pura prihatin.
"Setiausaha katanya. Dah tiga bulan tak nampak batang hidung. Nasib dua tiga hari sekali dia telefon. Tak lah mak risau sangat. Najmina tu anak dara... Tinggal pulak seorang-seorang di bandar tu. Haih, risau mak," luah Puan Kalsom serius.
Danish mengangguk. Dia setuju. Memang merisaukan tapi kalau si gadis itu pandai jaga diri... Tak ada masalah sangat.
Pin! Pin!
Bunyi hon kereta dari perkarangan luar rumah kedengaran. Dahi Puan Kalsom sedikit berkerut. Siapa pula yang datang?
Danish bangun dan menjenguk ke luar rumah.
"Tu... Najmina ke mak?," tanya Danish tertanya-tanya bila melihat gerangan seorang gadis keluarga dari sebuah kereta Perodua Axia yang berwarna merah.
Gadis bertudung itu memakai tudung shawl bercorak ringkas, blouse biru lembut dan seluar slack hitam. Simple tapi tetap nampak manis dan cantik. Beg silangnya digalas di bahu.
Gadis itu mengangkat pandangan ke tingkat kayu rumah panjang itu. Keningnya sedikit bertaut dengan silau mentari. Dia mefokuskan pandangan pada seorang jejaka kacak yang menjengukkan kepala di jendela tersebut.
Najmina dah agak yang Puan Kalsom sedang menerima tetamu berdasarkan kewujudan kereta Nissan Skyline GTR berwarna silver yang terparking di luar ini. Tapi siapa?
"Danish, anak angkat mak ke?," gumam Najmina bersoal sendiri.
Dia melangkah ke tangga rumah.
"Assalamu'alaikum. Mak! Najmina dah balik!," laung Najmina dengan ceria berserta senyuman.
Mata Puan Kalsom yang berada di ruang tamu itu terus bersinar. Wah! Dia tak sangka hari ini sangat bahagia. Kedua-dua anak kesayangan pulang ke kampung!
Puan Kalsom terus berlari ke muka pintu.
"Najmina! Masuk nak," ajak Puan Kalsom dengan senang hati.
Danish di dalam rumah hanya tenang. Jarang dia bersua muka dengan anak perempuan maknya ini. Selalu bila dia balik ke kampung, Najmina di universiti. Kalau hari cuti pula... Najmina jarang menunjukkan muka dan hanya duduk di dalam bilik jika tiada perkara penting. Iyalah kan, mereka bukannya ada hubungan apa-apa. Mestilah kekok.
Bila dah dewasa ini... Tak silap Danish, dia tak pernah lagi melihat gadis ini. Akhir mereka bersua muka bertahun-tahun lepas. Figura masing-masing juga sudah berubah.
Masa mereka susah bertembung atau berlaga. Kali ini je berbeza. Takdir mungkin.Danish tertanya-tanya. Anak dara yang dulunya pakai tudung senget ni mesti dah semakin cantik, bukan?
"Ohh. Danish," tegur Najmina dengan senyuman kekok. Dia menunduk sedikit sebagai tanda menyapa.
"Eh. Mai duduk dulu. Duduk sebelah mak ni," arah Puan Kalsom sambil menepuk-nepuk tempat duduk kosong di sebelah nya.
Najmina mengangguk kecil. Dia tak selesa sebenarnya. Dia rasa kekok berhadapan dengan Danish sebab mereka tak rapat dan jarang berinteraksi. Lagipun dia tahu siapa Danish Lee ni. Cuma dia tak pernah sebut pada Puan Kalsom.
Biarlah. Najmina tahu Danish buang perangai playboy nya bila ada di sini. Sebab Danish sayang Puan Kalsom. Najmina jelas akan hal itu dan dia hormat Danish kerana sebab tersebut.
YOU ARE READING
The Fall Theory
Romance[Completed] 𝙸𝚗𝚝𝚛𝚘𝚞𝚍𝚞𝚌𝚒𝚗𝚐... Danish Lee bin David Lee. The Sweet Playboy. "I know why you fell. Because it's a warning before you fall in love with me," 'Because you are you and I love you,' Pertama kali si playboy itu buat ungkapan sede...