24

3.7K 252 2
                                    

"Mister Lee," panggil pembantunya.

Danish menoleh.

"Yeah," dia menyimpan semula telefonnya.

Dia kena masuk mesyuarat sekarang. Persetujuan dalam projek ini dah selesai cuma sekarang ni pemilihan calon untuk dipindahkan yang harus diselesaikan. Danish membetulkan suit yang dipakai sebelum berdiri dengan gaya berkarisma. Dia perlu selesaikan semuanya dengan cepat.

Isteri tersayang menunggu!

"Lead me the way," arah Danish.

Pembantunya mengangguk dan mula melangkah.






Danish melentokkan kepalanya di atas meja kerja.

Hari ni dia terlalu penat sampai rasa macam nak pitam. Malam ni pula dia belum tidur. Sekarang dah pukul tiga pagi tapi dia masih menghadap cahaya komputer.

Dia nekad nak balik ke Malaysia awal. Semua hal di sini akan diuruskan dengan cepat.

Tangannya lincah di atas papan kekunci komputer. Sikit lagi. Sikit lagi...

Icon noktah ditekan. Danish memejamkan matanya lega.

Finally!

Semuanya dah tamat! Esok dia hanya perlu print kertas kerja ni dan hulur pada Encik James. Pastu... Apa lagi? Baliklah! Hoyeah!

Rasanya sempat sampai untuk hadiri majlis itu.  Sekarang ni...

Danish terus pejam mata dan tak sampai seminit... Dia tertidur dengan kepala melentok di atas meja itu.


~~~

"Ya Allah...," gumam Encik Fakrul.

"Cantiknya awak ni! Macam bukan setiausaha saya yang suka membebel tu je?," soal lelaki bersuit kelabu itu dengan sengihan mengusik.

Najmina menaikkan bebola mata ke atas. "Kalau tak bebel... Tak berjalan syarikat JTC orang tu," bidas Najmina bersahaja.

Encik Fakrul tergelak dan hanya menggeleng lucu. "Jom," ajak Encik Fakrul dengan senyuman manis.

"Mesti ramai lelaki pandang saya dengan cemburu sebab awak cantik sangat," komen Encik Fakrul.

Dia bukan jenis bermulut manis tapi dia terlalu takjub dengan pemakaian dan gaya Najmina hari ni. Sangat memukau!

Najmina memakai gaun labuh yang agak meleret. Gaun itu berwarna putih merah. Corak gaun itu nampak elegan dan menyerlah. Kasut tumit tinggi yang pernah dihadiahkan Danish pula dipakai. Menambah ketinggiannya. Tudung putih yang bermanik pula dililit dan hujungnya dibiarkan ke belakang. Najmina tidak membawa beg tangan. Malam ini Najmina kelihatan seperti bidadari.






Seperti yang dikatakan Encik Fakrul...

Ramai mata tertumpu pada Najmina. Malah ramai juga kenalan perniagaan Encik Fakrul yang menegurnya untuk berkenalan dengan Najmina. Najmina mula segan bila diberi perhatian begini.

Matanya melilau mencari kelibat seseorang.

Seseorang yang dia rindukan bagai nak gila selama seminggu dua hari ini. Namun dia hampa. Kelibat Danish tidak kelihatan.

Najmina mula hilang mood. Senyuman manis di bibirnya juga semakin hambar sewaktu ditegur sapa. Encik Fakrul yang sedar dengan perubahan Najmina menegur prihatin.

"Awak okay, Mina?," tanya Encik Fakrul.

Najmina mengangguk lemah. "Okay je, bos,"

Najmina menunduk sepanjang Encik Fakrul berbual dengan kenalannya. Jus di dalam gelas dibiarkan sahaja tidak berminum. Najmina mula rasa rimas dengan pakaiannya. Kalau ada kat rumah sekarang ni... Dah lah dia boleh baring-baring.

The Fall TheoryWhere stories live. Discover now