22

3.8K 222 17
                                    

"Kalau saya tanya... Awak marah tak?," soal Najmina dengan teragak-agak.

Danish mengangkat bahu. "Saya tak tahu sebab awak belum tanya. I don't even know what is your question," balas Danish bersahaja.

Najmina hanya memandang karpet di lantai. 'Tak apa lah kalau macam tu. Haishh... Simpan je lah soalan tu,' fikir Najmina pasrah. Dia takut nak tanya.

Danish tersenyum nipis. "Sayang nak tanya apa? Tanya je lah," pujuk Danish.

Ayat Danish memberi kekuatan tapi hati dia masih belum kuat. Najmina serba salah nak tanya tapi dia nak tahu. Bila melihat reaksi menunggu Danish, Najmina terpaksa kuatkan hati untuk bersuara.

"Soalan ni sensitif... Saya tak nak awak marah saya," ujar Najmina risau.

Danish menongkat dagu dan memandang Najmina dengan pandangan tertanya-tanya. 'Apa yang Najmina nak tanya? Kenapa berbelah bahagi?,' soal hati Danish.

"Awak pernah kena marah dengan saya?," tanya Danish.

Najmina jeda tidak menjawab kemudian dia menggeleng. Tak pernah. Tapi tulah dia nak teruskan rekod tak pernah tu.

"Jangan rasa takut nak tanya apa-apa pada saya, sayang," pesan Danish serius.

Najmina terpujuk. Kekuatan untuk tanya soalan itu terkumpul. Dia menarik nafas panjang. Dengan riak berbelah bahagi, soalan itu dituju.

Tepat mengenai jantung Danish.

"Betul ke awak pernah... buat benda tak elok dengan girlfriends awak?," tanya Najmina.

Danish tersentak bila soalan itu keluar dari Najmina. Riak tenangnya sedikit berubah.

Najmina yang mula risau dengan reaksi yang diberikan terus menggeleng laju. Cuak.

"Tak apa kalau awak tak nak jawab," kata Najmina dengan kalut.

Danish kembali tenang. Dia tersenyum kelat. Dengan perasaan berbelah bahagi, dia mengangguk dalam keterpaksaan. Terpaksa menjawab soalan itu. Dia kena jawab. Danish memerhatikan reaksi Najmina dengan debaran yang cuba disorokkan. Dia takut kalau kebenaran akan buat Najmina menjauh. Dia sedar dia tak sempurna dan banyak khilaf. Danish mula terfikir... Layakkah dia untuk memiliki Najmina? Hati Danish terasa pilu tiba-tiba.

Najmina mengemam bibir. Dia dah agak jawapan ini namun dia masih terkejut bila dapat jawapan ini. Suasana di ruang tamu apartment itu mula kekok.

"Najmina?,"

Najmina mengangkat pandangan pada suaminya itu bila namanya disebut. Danish jarang menyebut namanya begitu. Kemudian dia tersedar. Nada Danish kedengaran berdebar. Najmina mula rasa bersalah kerana mengungkit masa silam Danish. Dia mencapai tangan Danish sambil tersenyum bersalah. Tangan Danish dikucup lembut.

"Saya minta maaf, awak," kata Najmina.

"Saya tak patut tanya perkara macam tu. Lagipun semuanya dah lepas. Awak maafkan saya, boleh?," pinta Najmina. Dia rasa marah dengan diri sendiri yang selalu tertanya-tanya.

Danish tersentuh. Hm... Dia tak tahu berapa kali lagi dia akan jatuh cinta pada orang yang sama. Dia rasa sangat bersyukur bila Najmina tak benci dia sebab masa silam dia.

"Tak, sayang. You don't have to say sorry. Awak isteri saya. You deserve to know about my past," balas Danish sambil tersenyum nipis.

Najmina tetap teragak-agak untuk tanya soalan. Soalan seterusnya. Patut atau tidak dia biarkan sahaja soalan sebenarnya tidak berjawapan?

Danish menarik perlahan kepala Najmina untuk bersandar di bahunya.

Okay. Dia dah yakin. Dia nak jawapan! Dia tahu dia kena buat semua rasa insecure dalam diri untuk perkembangan hubungan mereka. Jadi Najmina kuatkan hati dan tanya soalan seterusnya.

The Fall TheoryWhere stories live. Discover now