9

3.7K 262 1
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 12 setengah malam.

Danish mengeliat kecil sebelum menyelak selimut. Dia turun dari katil dan keluar dari biliknya ini. Tekaknya terasa kering. Danish menuju ke dapur.

Sewaktu melintasi bilik Najmina, cahaya kelihatan dari bawah pintu. Danish mengerutkan dahinya.

"Dia belum tidur lagi ke?,"

Tak habis-habis betul kerja Najmina tu. Danish sambung melangkah ke dapur. Air dipanaskan. Kabinet dapur dibuka. Dua peket Nescafe 3 in 1 dikeluarkan.

Sementara air sedang masak. Danish membuka peti sejuk. Hm... Kosong je. Kabinet bawah pula dibuka kali ini. Sekotak biskut dikeluarkan.

Plastik dibuka dan piring dicapai. Beberapa keping biskut dikeluarkan dan di isi atas piring tersebut.

Air sudah panas. Danish membancuh dua cawan air Nescafe sebelum membawa kedua-dua cawan air dan sepiring biskut itu menuju ke bilik Najmina. Ya, ya. Atas dulang. Baru boleh bawa.

Pintu diketuk. Tiada respon. Danish ulang lagi. Namun masih senyap. Danish menggeleng. 'Entah-entah tertidur tanpa tutup lampu,' teka Danish.

Pintu dibuka perlahan-lahan. Haa... Memang betul! Danish melangkah masuk ke dalam.

Gadis yang mengikat rambut panjangnya dalam satu ikatan itu sedang terlentok tidur di atas meja sendiri. Meja kerja Najmina itu berselerak dengan kertas-kertas kerja. Laptop pula masih menyala. Danish menggeleng kecil.

Cawan-cawan dan piring yang dibawanya di letakkan di meja kecil berdekatan. Danish menghampiri Najmina. Rambut yang menutupi dahi Najmina di alih ke tepi. Danish tersenyum melihat wajah tenang Najmina ketika tidur. Wajah putih bersih gadis itu nampak bercahaya. Kening yang terbentuk cantik. Bibir merah yang lembap. Pipi yang mulus. Bulu mata yang panjang.

Najmina merupakan seorang gadis yang cantik. Danish tak nafi.

"Kenapalah rajin sangat dia ni? Aku pun tak serajin dia walaupun kena jaga syarikat sendiri," soal Danish musykil.

Cakap pasal rajin. Memang rajin! Danish tak tahu sama ada Najmina kejar cita-cita atau untuk duit gaji?

Danish tak tahu nak buat apa bila setiap bulan Najmina akan selitkan sampul surat yang berisi duit sewa bulanan. Najmina kata dia rasa tak selesa nak tinggal di sini kalau free. Jadi Danish yang main-main ketika itu meletakkan tiga ratus sebagai sewa. Danish betul-betul tak sangka, Najmina akan bayar setiap bulan dengan tepat! Nasib baik dia tak letak nilai yang tinggi kalau tak kesian Najmina. Gadis itu berpendirian betul!

Danish salute.

Cakap pasal duit... Setiap bulan juga Danish akan transfer duit ke akaun bank Najmina sebagai nafkah zahir. Dia rasa bertanggungjawab. Walaupun dia ni tak berapa alim tapi dia ni anak mak. Dia kena jaga Najmina baik-baik.

Dahi Najmina sedikit berkerut. Danish terus tersedar dari lamunan.

"Hmm," gumam kecil Najmina.

Danish tersenyum. Dia rasa Najmina terlalu comel saat ini. Bukan selalu dia dapat tenung orang tu sesuka hati. Biasanya Najmina akan mudah segan dan menggelakkan diri kerana kekok.

Danish tersedar. Berapa lama dia nak tenung gadis ini? Danish menutup suis lampu dan laptop Najmina. Kemudian dia mencempung Najmina dengan berhati-hati. Gadis itu diletakkan ke atas katil lalu Najmina diselimutkan.

Danish keluar selepas itu. Air Nescafe dan biskut tertinggal. Asyik tenung Najmina sampai lupa perkara lain. Parah juga rupanya bila tinggal dengan orang lain ni. Kejadian macam ni selalu berlaku.





The Fall TheoryWhere stories live. Discover now