10

3.7K 236 0
                                    

"Hey, jantan tua," sapa Danish dengan nada mesra walaupun jelas yang dia sedang menahan amarah.

Urat di pergelangan tangan Danish timbul. Penumbuk yang digenggam sangat erat. Najmina terpandang buku lima Danish yang luka kerana melepaskan tumbukan padu pada muka tak tahu malu Dato' Anas itu tadi.

Bahu Najmina sedikit terinjut bila Danish menyepak kerusi yang menjadi tempat Dato' Anas bersandar di lantai dengan amarah.

"Kau ni siapa nak masuk campur hal orang hah?," balas Dato' Anas bengang. Rosak imej dia! Dia terus berdiri.

Danish hanya senyum. Senyuman yang sangat tak kena dengan aura yang dilepaskan Danish. Najmina sedar... Danish sedang marah. Selama dia kenal Danish... Dia tak pernah nampak Danish marah atau tinggikan suara. Namun sekarang Danish nampak sangat marah seperti bila-bila masa seseorang boleh dibelasahnya. Danish memandang Dato' Anas dengan panahan membunuh.

"Jantan tua tak guna, kau dah ada GRO sebelah kau. Yang kau kacau perempuan lain kenapa? Kau ingat perempuan bermaruah macam dia ni kau boleh dapat? Dah lah tua, tak habis-habis berperangai miang. Sah waktu muda tak laku. Bila duit cukup baru lah mampu handle junior sendiri, kan," ujar Danish dengan tenang.

Kalau tak terasa seperti ditumbuk sekali lagi... Entah nak kata apa. Setiausaha Dato' Anas yang masih duduk di tempatnya sedikit tersentak. Sangat perit ayat itu. Tapi, dia pun kena?

Muka tak berupa muka Dato' Anas merah menyala. Siapa yang berani bersuara seperti ini dengannya?

Najmina mula rasa takut. Dia rasa serba tak kena bila hanya tercongok di situ. Macam mana Danish boleh ada di sini?

Sejujurnya, Najmina sangat bersyukur! Dia masih dilindungi! Lepas ni Najmina akan ucapkan banyak-banyak terima kasih pada Danish. Danish dah jadi hero dia untuk kali kedua.

"Lain kali jangan jadi terdesak sangat kalau orang tak berminat. Jangan jadi tak tahu malu. Kesian aku. Sakit mata melihat dan sakit telinga mendengar. Nasib kau teruk sebab terserempak dengan aku. Dan nasib kau memang malang sebab salah kacau orang," gumam Danish.

Najmina dikerling dengan ekor mata. Kemudian Dato' Anas dipandang penuh amaran.

"Kalau kau berani lagi tunjuk muka kau depan Najmina... Tu tanda kau nak mati awal," ugut Danish dengan senyuman senget.

Dato' Anas terdiam cuma. Dia tak mampu nak bersuara walaupun dia tak tahu siapa lelaki muda ini. Aura yang dikeluarkan bukan calang-calang. Dato' Anas rasa kecut.

"Ikut saya,"

Danish keluar dari bilik itu lepas beri ayat ringkas. Najmina masih belum dapat hadam kejadian ini namun dia hanya menurut dengan cuak. Di luar bilik ini... Danish menarik tangan Najmina.

"Awak okay?," tanya Danish dengan prihatin.

Najmina yang menunduk memandang lantai dipandang dengan pandangan lembut. Perlahan-lahan Najmina angkat wajah bila mendengar nada Danish yang seperti memujuk. Nada yang sama seperti hari di majlis JTC dulu.

"Awak tak puas hati lagi dengan jantan tak guna tu? Nak saya belasah dia? Ke nak saya beri masalah pada dia? Cakap je pada saya. Saya akan ikut," tambah Danish lagi.

Danish tak rasa lega selagi Najmina belum bersuara.

Perlahan-lahan senyuman manis terukir di bibir Najmina. "Terima kasih, Danish,"

Danish mengeluh lega.

"Awak dah jadi hero saya untuk kali kedua," gumam Najmina perlahan.

Danish hanya terkaku melihat riak tersentuh Najmina. Automatik bibir Danish membalas senyuman gadis itu. Pertama kali seseorang berjaya buat Danish rasa diri dia berguna. Danish rasa dihargai dan tersentuh. Najmina berjaya buat dia rasa macam ni.

Dan Najmina juga berjaya buat dia rasa dia perlu melindungi.






~~~

Beberapa minggu kemudian...

"Awak! Dah siap ke belum?," tanya Danish. Pintu bilik Najmina diketuk.

Tak lama kemudian, Najmina membuka pintu dengan sebuah beg galas yang berisi pakaian dan keperluan harian.

"Jom," ujar Najmina dengan senyuman ceria.

Balik kampung.

"Puan Kalsom, here us go!," kata Danish sambil tersengih pada Najmina.

Najmina tergelak kecil. "Jom," ajak Danish. Beg dipegang Najmina dicapai.

"Eh tak apa. Saya boleh bawa sen--,"

Danish hanya senyum dan buat tak dengar. Najmina menggeleng kecil dengan senyuman terima kasih. Mereka beriringan keluar dari apartment itu.

Perjalanan ke kampung Puan Kalsom di Perlis itu memakan masa yang agak lama.

Nasib kekekokkan Najmina bila dengan Danish sudah berkurang. Adalah juga mereka berbual-bual kecil. Tapi yang banyak cakap sudah semestinya Danish... Tapi tak apa. Najmina dah selesa walaupun lelaki itu lebih banyak ayat manis dari ayat biasa. Entah sejak bila Danish mula terlalu selesa dengan Najmina sampaikan selamba mengeluarkan pelbagai pick up line yang tak pernah dengar dek orang. Selama ni tak pula sebab Danish seperti menjaga line di antara mereka.

Tapi tak apa. Najmina tahu Danish tak anggap dia seperti perempuan-perempuan lain yang ingin Danish mengurat walaupun Danish selalu ayat dia. Mungkin sebab dia anak mak? Alasan yang paling lemah pernah Najmina bina. Najmina tak nak jatuh hati pada si playboy ni je sebenarnya. Bahaya!

"Nampaknya kita kena stop dulu. Saya mengantuk lah," adu Danish.

Najmina terjaga dari tidur-tidur ayamnya. Dia mengedipkan mata berkali-kali untuk hilangkan mamai.

"Hm?," respon Najmina sedikit terpinga.

"Kita stop dulu. Nak stop kat tepi jalan or?," tanya Danish. Dia tak tahu jika ada RnR yang berdekatan sini atau tidak.

Najmina mula segar sedikit. "Dalam dua kilometer lagi ada RnR. Kita singgah situ lah. Kalau tepi jalan bahaya," nasihat Najmina dengan lembut. Suaranya agak serak basah jika baru bangun tidur.

Danish tersenyum dan mengangguk akur. "Suara awak seksi bila baru bangun tidur," gumam Danish dengan niat nak mengusik.

Najmina hanya menggeleng kecil. 'Danish... Danish...'

Dia berasa lucu dengan respon Najmina. Danish teruskan perjalanan dengan senyuman. Najmina membiarkan kegelapan malam menutup warna pipinya yang bertukar warna itu.

Mereka berhenti di RnR untuk segarkan diri sebelum meneruskan perjalanan.








The Fall TheoryWhere stories live. Discover now