"Sampai bila aku nak macam nie? Aku tak boleh berdiam diri je. Aku mesti buat sesuatu untuk dapatkan hak aku. Jeon Jungkook hanya milik aku."
||
Jungkook siap dengan pakaian lengkap dan kemas, tuxedo menampakkan lagi kelelakiannya. Tie di betulkan, jam rolex dipasang pada tangan. Minyak wangi diseburkan pada seluruh tubuhnya.
Hana, keluar dari bilik mandi berkembam. Dia memerhati suaminya dari tadi. Jungkook pula admire diri sendiri dipantulan cermin.
"Kenapa hari nie handsome sangat? Mesti semua orang nak mengorat dia kan. Yelah, siapa je taknak orang handsome macam dia."
Hana berbisik dalam hatinya.Jungkook memusingkan tubuhnya. Dia tersenyum manis menampakkan bunny smile dia tu. Aihhh cair!
"Sayang, pakai baju cepat please. Jangan mengundang nafsu saya."
Ujar Jungkook.Hana cepat-cepat mencari pakaiannya. Jungkook senyum sinis seraya mengambil briefcasenya.
"Menggatal!"
Ujar Hana. Jungkook ketawa kecil lalu berjalan keluar dari bilik mereka.Di atas meja, tampak semua makanan untuk sarapan pagi telah tersedia di meja. Jungkook melabuhkan punggungnya di kerusi.
Air coffee dituangkan dalam cawan. Dia letak mihun goreng di pinggan untuk dirinya dan juga isteri tercinta.
Hana turun dengan senyuman manisnya. Dia duduk disebelah suaminya. Lengan belah kanannya dijadikan tongkat kepalanya. Dia memandang Jungkook.
"Kenapa pandang macam tu? Saya tak nampak handsome ke?"
Ujar Jungkook.Hana ketawa kecil tatkala tangannya mengambil segelas coffee.
"Bukanlah. Awak nampak handsome sangat. Nak pergi mana?"
"Nak pergi jumpa seseorang."
Balasnya.Dengar sahaja 'seseorang' itu senyuman Hana pudar. Dia hanya mendiamkan diri tidak bersuara. Mereka menjamu selera bersama.
"Sayang. Daddy balik lambat sikit hari okey?"
Hana sekadar mengangguk.
'Nak jumpa perempuan lain lah tu.'
Dia berdecit.Jungkook ketawa kecil. Dia teruskan makannya.
||
Hana masuk ke pejabat dengan mood kelaut. Dia memasang wajah bengisnya. Hampir semua pekerja takut akan kelakuan Hana hari nie.
"Kenapa dengan Cik Hana? Dia naik hijau dah tu. Baik aku siapkan kerja aku."
Hana menghempas dirinya di kerusi. Dia meletakkan kepalanya di atas meja.
"Entahlah. Aku tak suka bila tengok Jungkook nak jumpa yeoja lain. Aku cemburu ke? Ahh! Tak mungkin. Maybe aku penat aje kot."
Hana buka filenya ."Farah!"
Gadis itu dengan pantas masuk ke dalam. Dia memberi tunduk hormat sebelum bersuara.
"Hari nie ada meet dengan Jeon's Holdings. Dalam pukul 10:30 macam tu. Dia akan datang ke sini."
Ujar Farah dengan sopan."Ok."
Jawapan ringkas Hana.Dia terfikir sejenak.
"Kenapa tiba-tiba je dia nak jumpa? Bukan ke hari itu kata pengurus tak dapat jumpa aku? Heh! Kisah apa aku. Yang penting dapat untung."
Masa berlalu. Jam menunjukkan pukul 10:20 . Hana sudah bersiap sedia di bilik mensyuaratnya. Farah, selaku pembantunya menyediakan segala barang.
Entah kenapa, hati dia berdegup dengan pantas. Tak pernah-pernah rasa macam nie. Hana rasa, gelisah sangat.
"Puan, okey tak?"
"Saya okey."
Balas Hana.Gadis itu mengambil tempat di bahagiannya. Hana kerling jam tangannya. Jarum sudah menunjukkan 10:35. Tapi, mana orangnya?
"Maaf cik saya terlambat."
Suara macam kenal.Hana pandang pemilik suara tersebut. Matanya terbuka luas. Dahinya berkedut sedikit keliru.
"Kenalkan nie pemilik Jeon's Holdings, Jeon Jungkook."
Ucap seorang lelaki yang pernah berjumpa dengan Hana waktu mereka bersetuju nak jadi rakan kongsi."Ha? Ouh, ye saya Jung Hana."
Mereka saling bersalaman.Jungkook mengusap lembut tangan Hana sebelum melepaskannya.
__☆☆☆
TBC
VOTE ME
💜JUNGKOOK
YOU ARE READING
✔『 ꜱᴜɢᴀʀ ᴅᴀᴅᴅʏ 』
Fanfiction[ 1 6+ ] ❝ 𝐋𝐞𝐭 𝐦𝐞 𝐭𝐨𝐮𝐜𝐡, 𝐤𝐢𝐬𝐬 𝐚𝐧𝐝 𝐬𝐞𝐝𝐮𝐜𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐛𝐚𝐛𝐲 ❞ - Jeon Jungkook Sugar Daddy check; Nak layanan macam mana? Sweet or Kinky? Status = complete ✔ Story original by @pexcycookies Cover = °Myrah's Artwork ‗ ❍ ADD TO L...