SD | 88

258 20 4
                                    

" Jom pergi hospital

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Jom pergi hospital. " ujar Hana. Jungkook masih terpinga-pinga. Mungkin dia lagi terkejut daripada Hana.

" Jungkook! "

" Ye! Cepat sayang. Nanti anak tu keluar sendiri pula. " balas Jungkook tatkala membuka daun pintu kereta untuk Hana.

Jungkook memapah isterinya sehingga betul-betul duduk dekat seat penumpang. Pintu kereta belah pemandu pula dibuka lalu masuk ke dalam. Usai sahaja enjin kereta dibuka. Jungkook memandu laju ke arah hospital. Lampu signal emergency dihidupkan. Mujur hospital tidak jauh dari sini.

" Sayang tahan sikit okay. Kita dah nak sampai. Anak daddy jangan keluar lagi. Sabarlah sekejap. " bebelan Jungkook buatkan Hana rasa nak ketawa. Dia sekarang nie dahlah tengah sarat nak bersalin.

Beberapa minit kemudian. Mereka sampai betul-betul tepat dihadapan hospital. Jungkook kelam kabut memanggil dokter dan jururawat yang bertugas disitu. Tubuh Hana dibaringkan di atas katil lalu dibawa terus ke dalam bilik bersalin.

" Encik sila duduk diluar sekejap ye ." Jeon Jungkook dari tadi tidak tentu arah. Telefon bimbit dikeluarkan lalu mencari nama Taehyung. Itulah orang pertama yang dia akan bagitahu. Seterusnya barulah keluarga Hana.

















" Hana macam mana? Jungkook tak masuk sekali ke dekat dalam. " soal ibu kepada Hana. Lelaki itu angkat bahu.

" Tak tahulah Eomma. Dokter pun takde panggil suruh masuk ke dalam. "

" Dah 4 jam nie. Suara baby pun tak dengar lagi. " Jaehyun asyik melirik ke dalam bilik tersebut melalui tingkap kecil di tengah-tengah daun pintu.

" Biar aku jelah yang beranakkan dia— " kata-kata Taehyung terhenti apabila kedengaran suara halus bayi menangis dari dalam. Semua terpinga-pinga. Bukanlah sebab apa, dia macam terkejut tapi bahagia.

" Baby dah lahir ke tu? Anak aku dah keluar. Yeyy!! " suara sorakkan daripada Jungkook. dia melompat-lompat gembira.

Tiba-tiba seorang dokter keluar dengan senyuman lebar. Dia cepat-cepat berlari ke arah dokter tersebut.

" Puan Hana selamat bersalin. Tahniah Encik dapat babygirl. Pesakit kami akan alih dekat bilik persendirian kejap lagi. Encik boleh masuk tengok. Yang lain boleh tengok bila dia dalam bilik nanti ye. Saya pergi dulu." Usai itu dokter terus beredar.

" Tahniah bro. " Jaehyun dan Taehyung memeluk tubuh Jungkook. Semua memberi ucapan pada kawannya itu.

" Kitaorang tunggu Kook dekat bilik sana okay. "

Kaki Jungkook terus berlari ke dalam. Tampak sang isteri terbaring lemah di atas katil bersama baby yang selamat lahir sebentar tadi. Suara tangisan anak itu kedengaran. Jungkook beranjak laju ke arah isteri dan anaknya.

Hana tersenyum manis melihat sang suami dihadapannya. Jungkook membelai-belai kepala Hana tatkala sebelah lagi menyentuh pipi bayi itu. Mata saling bertatapan yang dipenuhi dengan makna iaitu, cinta.

" Thank you sayang. Sebab lahirkan anak kita. Saya hargai sangat pengorbanan awak. I love you. " Hana sekadar angguk dan tersenyum. Tak mampu nak bersuara. Dia penat. Jungkook mencium dahi Hana lembut. Setelah itu dia beralih pula pada anaknya.

" Saya nak dukung. " Hana angguk lagi. Jungkook perlahan-lahan cuba dukung anak itu. Badan baby masih lembik sangat. Jadi dia agak berhati-hati. Lelaki itu menatap anak perempuannya dengan senyuman. Renungan bahagia itu.

" Baby, jadi anak yang baik nanti okay. I love you. " Jungkook mencium dahi anaknya. Hana yang melihat itu hanya mampu senyum sahaja. Dia terharu dengan suaminya yang melayan anak itu.

" Puan, kita dah boleh beralih ke bilik ye. Anak boleh letak semula dalam katil dia. Kami bawa sekali dengan puan. " ujar seorang nurse disitu. Jungkook letak semula anaknya dalam katil bayi. Dia berdiri disebelah Hana semula tatkala nurse itu membawa anaknya keluar dahulu kemudian Hana.

" Sayang. " panggil Jungkook.

" Hm. "

" Lepas tengok anak kita nie kan. Saya rasa nak tambah lagilah. Kalau boleh cepat sikit biar diaorang membesar sama-samakan. " ujar Jungkook. Hana terkejut. Dia nie biar betul.

" Yah! Saya baru bersalinkan. "

___☆☆☆

TBC
VOTE ME
💜

JUNGKOOK

✔『 ꜱᴜɢᴀʀ ᴅᴀᴅᴅʏ 』Where stories live. Discover now