SD | 66

345 38 6
                                    

" Jeon Jungkook

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Jeon Jungkook. Lepaskan tangan awak saya nak pergi bersiap nie. Awak tu masuklah ofis, dah masuk seminggu awak tak masuk. " Hana cuba melepaskan dirinya daripada Jungkook yang terus memeluk pinggangnya.

Jungkook semakin mengeratkan pelukkannya. Bibirnya didekatkan pada leher gadis itu. Sekilas dia mengucup leher gadis tersebut. Hana ketawa kecil saat terasa geli sedikit dibahagian lehernya. Jungkook ketawa kecil lalu duduk melepaskan isterinya.

" Sayang. Janganlah kerja sangat. Kesian dekat awak dahlah tengah pregnant lepas tu kerja pula tu. Takpe saya boleh tanggung awaklah. " rayu Jungkook. Hana geleng kecil tanda tidak setuju.

" Mana boleh. Itukan memang cita-cita saya. Awak tak ingat ke? " memori dahulu terlintas difikiran Jungkook. Dia memuncungkan bibirnya.

" Hm baik. Jom mandi sama-sama. " tanpa menunggu jawapan daripada Hana. Jungkook terlebih dahulu menarik lengan gadis itu lalu masuk ke dalam bilik mandi bersama.

||

" Youra! Kau lepaskan aku. Celaka punya perempuan. Kau jangan buat kerja gilalah Youra. " jeritan Liya kedengaran sampai diruang tamu.

Youra memekak telinga mendengar rayuan adiknya. Disebabkan dia baru sahaja bagitahu rancangan dia sebentar tadi. Liya terus menjadi panik. Dia taknak Hana kawannya menjadi 'mangsa' seterusnya.

Nak minta bantuan Taehyung. Telefon dia pun dirampas.

" Kau boleh diam tak Liya? Dari tadi bising. Jangan sampai aku sumbat mulut kau. Bersyukur jelah aku tak ikat kau dekat dalam tu. Lagipun, kalau aku buat macam tu dekat kawan kau tu apa kaitan dengan kau? Okay bye! " sebaik sahaja kata-kata itu diujar. Youra terus beredar daripada situ.

Pintu dikunci. Youra senyum gembira sepanjang perjalanannya. Dia bahagia apabila terbayang rancangannya terjadi sebentar lagi. Selangkah demi selangkah Youra sampai ke tempat parking keretanya.

" Kenapa Taehyung tak datang sini? Dia takkan tak terfikir langsung. Geram pun ada dengan dia nie. Haihh. " Liya mengeluh panjang. Teringat Taehyung yang dah lama dia tak dengar suara mahupun berjumpa.

" Aku rindu dia .. "

||

Jungkook berhenti dihadapan bangunan syarikat Hana. Dia turun sekali bersama sang isteri. Tangan Hana dipegang tatkala bag dan briefcase gadis itu dibawa. Taknak bagi isterinya yang bawa.

Dalam perjalanan mereka. Hana terasa seperti tertinggal sesuatu. Dia meraba-raba tubuhnya lalu handbag untuk melihat di dalam. Perjalanan Jungkook berhenti seketika apabila Hana berhenti.

" Sayang kenapa? " soal Jungkook.

" Saya rasa telefon saya ada dalam keretalah. " balas Hana. Jungkook mencuit hidung mancung gadis itu, geram.

" Selalu tertinggal. " Hana tersenyum manis. Jungkook mencium pipi gadis itu sekilas.

" Sayang tunggu sini sekejap. "

Tanpa disedari sebuah mata tumpu pada pasangan suami isteri tersebut. Tangannya digenggam pada steering . Terasa hati semakin membara saat lelaki itu mencium pipi isterinya.

" Siaplah kau Jung Hana. Berani kau sentuh milik aku kan. Lepas anak dalam kandungan kau tu mati. Mesti dia akan tinggalkan kau. Aku takkan bagi perosak hubungan aku bahagia. "

Handbreak diturunkan lalu minyak ditekan separuh. Lalu sahaja tayar kereta tersebut berjalan ke arah Hana yang sedang menunggu suaminya daripada kereta.

||

Jeon Jungkook membuka dashboard lalu mengambil telefon bimbit Hana. Dia tahu sangat gadis tu mesti letak dalam nie. Memang begitulah karenah Hana kalau dalam kereta.

Jungkook kembali menutup pintu kereta lalu berjalan ke arah Hana dengan senyuman terukir di bibir. Tiba-tiba terasa sebuah kereta daripada belakang Hana yang laju sahaja berjalan.

Pantas lelaki itu berlari ke arah isterinya untuk melindungi gadis itu. Bahu Hana dilotak agak kasar saat kereta tersebut betul-betul rapat dengannya. Jungkook terjatuh saat kereta tersebut terlanggar badannya sedikit. Kaki lelaki muda itu terasa sakit.

Youra dengan pantas mengalihkan steering kereta ke arah lain saat hampir melanggar Jungkook . Dia berhenti seketika untuk melihat daripada side mirror kereta sahaja. Sejurus itu dia terus beredar dengan hati semakin panas dan kerisauan akan Jeon Jungkook.

Hana yang terkejut sangat tu berlari pantas ke arah suaminya. Orang yang lalu lalang disitu berhenti sekejap untuk melihat keadaan Jungkook.

Mata Jungkook tertutup. Badan lelaki itu terbaring di tepi jalan . Terlihat pengsan disitu. Hana sudah mula mengalirkan air mata.

" Jungkook bangunlah. Jangan buat saya macam nie. Nanti siapa nak besarkan anak kita sama-sama. Bangunlah saya merayu. " air matanya semakin deras mengalir. Telefon bimbit dikeluarkan untuk telefon ambulance. Tangannya menggeletar saat men-dail nombor

Sebelum Hana sempat menekan call Jungkook terlebih dahulu menghalang. Tangan gadis itu digenggamnya lembut. Hana memandang Jungkook yang berada dipangkuannya.

" Sayang menangis sebab cintakan saya ke? " ujar Jungkook seraya senyum manis.

___☆☆☆

TBC
VOTE ME
💜

JUNGKOOK

✔『 ꜱᴜɢᴀʀ ᴅᴀᴅᴅʏ 』Where stories live. Discover now