SD | 68

399 35 2
                                    

" Aghh! Kenapalah aku selalu gagal dalam semua rancangan aku? Geram betullah dengan perempuan tak guna tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Aghh! Kenapalah aku selalu gagal dalam semua rancangan aku? Geram betullah dengan perempuan tak guna tu. Jungkook tu pun satu. Laju sangat sampai! Agh geramnya. "

Semua barang diruang tamu itu bersepah. Youra mengusutkan rambutnya lalu barang-barang dibaling merata tempat. Terasa geram dengan keadaan sebentar tadi. Rasa macam nak membunuh seseorang. Tiba-tiba senyuman sinis terukir dibibirnya.

Matanya melirik pada sebuah bilik yang berada dihujung sekali. Youra berjalan perlahan-lahan tatkala pisau yang berada ditangannya dibelai dengan lembut. Dia membuka pintu perlahan-lahan. Tampak Liya yang sedang terbaring lemah di atas lantai.

Dah masuk 3 hari dia tak bagi perempuan itu makan atau minum. Badannya lemah disebabkan Youra tak bagi makanan. Liya membuka matanya sedikit apabila terasa keberadaan seseorang di dalam.

" Kesian kau kan. Lapar ye? Sekejap aku ambilkan kau makanan. " kakinya ingin keluar. Tiba-tiba dia berhenti saat Liya mula bersuara.

" Kau memang tak gunakan Youra. Kau buat apa dekat Hana bodoh! Lepaskan aku lah sial! Perempuan gila! " ingin aje dia mencurahkan semua carutan pada Youra.

Terasa dirinya semakin geram. Youra terus menampar pipi adik perempuannya dengan kuat. Gadis bernama Liya itu hanya mampu menahan sakit. Namun mulutnya tidak berhenti merayu pada Youra.

" Lepaskanlah aku youra. Kau kenapa buat macam nie! " ujar Liya lagi. Youra yang tidak tahan itu terus menghalakan sebilah pisau dihadapan mata Liya.

"Eghh!! Diamlah! Bising je mulut tu. Jangan sampai aku jahit mulut kau tu." Tegas Youra.

" Mesti kau tak makan ubat lagi kan. Kau pergi makan sekarang, Youra. " pesanan itu dah lama Youra tak dengar dari mulut Liya.

" Kau suruh aku makan ubat tu? Kau fikir aku nie sakit ke? Kau memang tak guna kan. Kau tu sebenarnya yang sakit! Tak sedar diri lagi. " balas Youra.

||

Lina dan Jimin berhenti dihadapan bangunan hospital. Kereta diparking agak jauh sedikit disebabkan susah nak cari yang berdekatan. Selepas aje habis kerja mereka terus datang ke sini. Dengar berita daripada Hana awal pagi tadi.

Sejambak bunga yang dibeli oleh Jimin tadi dipegangnya erat. Lina menjeling melihat karenah kawan baiknya itu. Dari tadi dekat 1 jam mencari bunga. Ingatkan untuk gadis itu. Rupanya untuk Jeon Jungkook. Apa dia fikir lelaki tu nak bunga ke?

" Kau dari tadi jeling bunga nie. Kau sebenarnya jealous kan tak dapat bunga. Takpe nanti aku belikan untuk kau sejambak bunga juga. Hihi " ujar Jimin tatkala mencuit hidung mancung Lina.

Dia terus jalan ke hadapan. Lina memuncungkan bibirnya. Hidung yang dicuit Jimin tadi diusap perlahan-lahan. Agak sakit juga dia cuit.

" Aku bukan jealous Jungkook dapat bunga tulah. Aku jealous bunga tu dekat pangkuan kau je dari tadi. Ugh! " Lina membebel dalam nada perlahan. Cakap kuat-kuat nanti dia dengar. Malu pula. Hihi

||

Jaehyun dan ibubapa Hana datang melawat Jungkook. Mereka letak buah-buahan di atas meja lalu bergerak ke arah katil Jungkook. Hana bersama Jaehyun sedang berborak di sofa.

" Aigoo . Kesiannya menantu appa seorang nie. Macam mana kaki tu sakit lagi ke? " ujar Encik Jung tatkala tangannya mengusap-usap kepala Jungkook seolah-olah lelaki itu budak kecil lagi.

Isteri nya pula mengalihkan perhatian Jungkook dengan menegur.

" Jungkook, dokter kata kaki tu kenapa? Ada luka mana-mana lagi tak. " soal ibu mertuanya dalam keadaan risau. Yelah, siapa aje tak sayang menantu macam Jeon Jungkook tu.

" Kaki Jungkook terseliuh sikit je, Eomma. Jangan risau okay. Dokter kata sekejap je nie. " balas Jungkook seraya memaparkan senyuman bunny nya.

Agh comel !!

Dalam mereka rancak berborak. Tiba-tiba pintu dibuka secara drastik. Kedengaran suara dua orang sedang bising diluar. Hana cepat-cepat melihat keadaan dipintu bilik tersebut. Tampak Jimin dan Lina buat bising.

" Aku tak pandang nurse tu tadilah! Kau jangan nak menuduh aku eh. " ujar Jimin. Lina mengguling biji mata menyampah.

" Tak payah nak tipu aku lah. Aku nampak sendiri tadi kau menggatal dengan nurse tu kan! Lepas tu boleh pula tiba-tiba tangan tu buka dua butang baju kau nie ha! Fikir hot lah? " bebel Lina. Jimin menghembus nafas selepas dia tahu kesalahannya.

Lina nie dahlah jenis cepat cemburu. Jimin tahu dia memang sengaja buat macam tu. Memang jenis dia suka jadi penggoda. Tidak peliklah dari zaman sekolah lagi dia jadi playboy.

Lantas Jimin membutang semula baju kemejanya. Hana yang berdiri tegak dihadapan pintu itu hanya memerhati. Dia tahu sifat Jimin macam mana termasuk Lina tu. Dia terus lengan kawan baiknya itu masuk ke dalam.

" Janganlah bergaduh dekat sini. " ujar Hana.

" Dia mula dulu ." Balas Jimin dan Lina secara serentak.

___☆☆☆

TBC
VOTE ME
💜

JUNGKOOK

✔『 ꜱᴜɢᴀʀ ᴅᴀᴅᴅʏ 』Where stories live. Discover now