SD | 50

609 62 2
                                    

Senyuman sinis terukir dihujung bibirnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Senyuman sinis terukir dihujung bibirnya. Darah yang mengalir pada hujung pisau itu membuatkan dia menjadi semakin bahagia. Topi dibetulkan sedikit bagi menutupi wajahnya. Dan pelitup muka turut digunakan.

Matanya menatap darah yang mengalir pada pisau itu. Dia mencangkung menatap gadis yang sudah terbaring . Jari bermain dengan rambut gadis yang sudah rebah lemah di atas jalan.

" Blood, i love it. Sekejap aku nak melukis dulu okay . " ujarnya.

Dengan senyuman dia melukis satu bentuk yang selalu dia buat pada semua mangsa nya. Sedang leka membuat kerja kejamnya. Tiba-tiba suara seseorang memberhentikan kerjanya. Dia berdecit geram. Dia kenal, suara tu.

" Youra. "


" Ouk! Hero kedua dah sampai. " dia ketawa melihat lelaki muda dihadapannya.

" Jaehyun. " bisiknya.

" Apa kau buat nie youra! Kau dah janjikan takkan ulangi kesilapan yang lalu. Kau bunuh orang yang tak bersalah. " suara Jaehyun meninggi. Lebih jelas dia tengking gadis bernama Youra itu .

" Dia salah. Dia dekat dengan jungkook aku. Yang kau ikut aku nie kanapa nak terima nasib macam dia juga ke? " balas Youra tatkala berdiri. Dia mencampak pisau yang sudag berlumuran darah tersebut .

" Sudahlah Youra. Lelaki bernama Jeon Jungkook bukan milik kau. Dia dah sah bergelar suami kepada Hana. Kau tolonglah hentikan kerja bodoh nie. 5 tahun lepas, kitaorang keluarkan kau dari hospital mental tu sebab adik kau , Liya merayu . Sekarang , kau taknak berubah . Tolong terima hakikat yang Jungkook takkan jadi milik kau ! " tengking Jaehyun .

Tiba- tiba Youra menjerit . " Jungkook aku punyalah ! Mula-mula Haera yang rampas dia . Lepastu Hana . Korang adik beradik semua bodoh . Sepatutnya aku bunuh je korang sekeluarga dulu . " Youra mengusutkan rambutnya . Dia menangis teresak-esak seraya ketawa .

Sebuah pistol dikeluarkan lalu dituju pada Jaehyun . Lelaki muda itu sudah agak panik . Namun , dia masih kekal menenangkan diri.

" Maafkan aku Jaehyun . Tapi , aku mahukan hak aku semula . Tolonglah faham aku . " semua sudah serabai. Topi yang entah kemana . Dan tali pelitup muka terputus. Rambut Youra kusut .

" Youra . Sabar . "

Sebelum dia sempat menekan pistol tersebut . Youra terasa sesuatu yang agak tajam telah memasuki lehernya . Benda itu buat dia terasa ingin pengsan ... Dan akhirnya , dia juga terlantar di jalan .

" Liya ... Dan siapa kau ? " suara Jaehyun diperlahankan .

Jam menunjukkan pukul 1 pagi . Memang sahlah takde sesiapa yang berani berjalan dilorong yang gelap nie . Hanya beberapa lampu jalan sahaja yang masih hidup .

" Aku Taehyung . "

Liya terus menyambut kakaknya , Youra . Dia meletakkan kepala Youra di atas peha . Peluh gadis itu dilap menggunakan kain kecil. Jaehyun turut mencangkung memandang Liya . Diikuti oleh Taehyung . Mereka berdua cuba menyentuh bab Youra . Namun ...

" Liya ... Aku nak cakap pasal you— " ayatnya tergantung apabila Liya memotongnya dengan pantas .

" Kau nak apa lagi? Tak nampak ke apa yang kau buat dekat dia? Kau pergi jelah jaga keluarga kau . Tak payah nak sibuk hal aku. " lantas suara Liya meninggi . Jaehyun berdiri dia mengeluh panjang . Agak bengang dengan sikap Liya .

" Kau , kalau terjadi apa-apa dekat keluarga aku . Jangan tanya kenapa semua keluarga kau masuk dalam penjara Liya . Jangan sampai aku bagitahu Hana tentang rahsia terbesar nie . Ingat dah 5 tahun kita rahsiakan . Dan dia patut tahu tentang diri dia dan siapa orang sekeliling dia sebenarnya. " ugut Jaehyun .

Liya senyum sinis . Sebelum kaki Jaehyun melangkah pergi . Sempat Liya mengatakan ayat yang membuatkan dia semakin membuak kepanasan hati. Serabut!

" Ingat . Bukan aku je dia akan benci . Suami dia sendiri pun akan kehilangan Hana. Ingat Jaehyun , Appa kau akan jadi mangsa pertama yang Hana akan benci . "

___☆☆☆

TBC
VOTE ME
💜

JUNGKOOK

✔『 ꜱᴜɢᴀʀ ᴅᴀᴅᴅʏ 』Where stories live. Discover now