SD | 72

326 35 3
                                    

Hyerin menekup mulut melihat kejadian dihadapannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hyerin menekup mulut melihat kejadian dihadapannya. Dia berjalan perlahan-lahan ke arah Taehyung. Tangan dia letak di atas bahu lelaki itu. Hyerin duduk disebelah Taehyung lalu memandang Liya, gadis yang dia tak kenal.

Pandangannya pula beralih pada Kim Taehyung. Lelaki yang nampak sangat kacak dan cool sedang menangis teresak-esak dihadapannya sekarang. Dia senyum manis lalu mengusap air mata Taehyung.

" Encik kami nak buat siasatan dan Cik Youra kami telah gari dia. " ujar seorang polis yang mengambil alih tentang kes Youra dan pembunuhan misteri itu.

" Saya nak cakap. Dialah pembunuh misteri tu. Korang boleh check dekat bilik dia. Masukkan dia ke dalam hospital dia semula dan jangan bagi keluar walaupun ada yang menjamin! " ujar Taehyung tegas.

Mereka bergegas membuat siasatan disetiap bilik dalam rumah tersebut. Taehyung keluar saat mereka ingin membawa mayat Liya. Wajah gadis itu kali terakhir dilihat oleh Taehyung.

" Sabar okay. " Hyerin mengusap perlahan-lahan belakang Taehyung. Tanpa membuang masa lelaki itu terus memeluk tubuh kecil Hyerin. Dia sambung nangis semula.

" Apa yang terjadi? " suara Jimin kedengaran dipintu bilik.

" Macam yang kau nampak. Liya kena bunuh oleh Youra. " ujar Taehyung. Dia melepaskan pelukkan pada Hyerin dan beranjak ke arah Jimin dan Lina yang baru sahaja sampai.

Alangkah terkejutnya mereka mendengar berita tersebut. Jimin terus mengalirkan air mata lelaki nya begitu juga dengan Lina. Mereka tak sempat nak tengok Liya dan sekarang jadi seperti nie.

||

" Sukalah dia kan hari nie dah boleh keluar hospital. " ujar Hana seraya mengemas segala pakaian Jungkook. Lelaki itu senyum manis sebab gembira.

" Mestilah. "

" Nanti kita pergi rumah parents saya dulu. Ada barang sikit nak ambil. "

Jungkook hanya angguk tanda okay.

.

.

" Eh dah keluar dari hospital ke manantu appa seorang nie. " Encik Jung mendepakan kedua belah lengannya untuk memeluk badan sasa Jeon Jungkook.

" Sekejap eomma buatkan air. Duduk dulu. "

" Saya naik atas sekejap eh. " ujar Hana dan Jungkook angguk.

Hana menjejak kaki ke dalam biliknya. Jungkook dibawah manakala Hana di atas. Dia nak ambil barang sedikit dalam bilik. Sejurus dia selesai. Hana menjejak kaki keluar.

Sebelum dia sempat membuka langkah ke hadapan gadis itu terlebih dahulu memandang pada bilik yang dia dah lama nak masuk.


" Dah masuk 6 tahun aku tak pernah sentuh tombol bilik tu. Kenapa semua orang larang aku masuk ke situ. Even Jungkook? " soalnya sendirian. Ye Hana semakin lama semakin tertanya-tanya dengan semua nie.

Dia bahkan tak ingat memori dia waktu kecil dahulu. Ingat lagi waktu dia dikatakan accident dan sedar aje dah berada dalam hospital. Sejak itu mereka tak benarkan Hana masuk ke dalam bilik tersebut.

" Takpe kan kalau masuk? " Hana terus beranjak ke arah daun pintu bilik tersebut. Pegang aje tombol pintu itu jantung dia berdegup dengan laju.

Baru sahaja dia nak buka dia terlupa sesuatu. Bilik itu sentiasa terkunci. Hana cuba membuka tapi pintu itu memang berkunci. Tiba-tiba dia terasa sakit dibahagian perutnya.

" Baby janganlah tendang perut mommy kuat sangat. Sakitlah sayang. " Hana melepaskan tangannya daripada memegang tombol itu lalu beralih ke arah perutnya. Dia mengusap-usap perutnya untuk tenangkan anaknya.

||

Sedang rancak berborak dibawah. Secara tiba-tiba telefon bimbit Jungkook berdering. Lelaki itu melihat nama pada skrin telefonnya ternyata Taehyung yang sedang buat panggilan.

" Sekejap appa. Taehyung call pula. " ujar Jungkook. Ibubapa mertuanya angguk faham.

" Kau kenapa call aku time macam nie. Esok tak boleh— "

" Jungkook. " kedengaran suara Taehyung yang tersekat-sekat seolah-olah dia sedang menangis.

" Taehyung kau kenapa? " soal Jungkook kerisauan. Yelah, jarang sangat Taehyung tu nak menangis macam nie sekali. Lelaki muda bernama Jeon Jungkook semakin kerisauan mendengar keadaan Taehyung.

" Liya dah takde. "

" Apa maksud kau nie. Cakap betul-betullah! " soal Jungkook semula menginginkan kepastian. Taknak berfikiran yang bukan-bukan.

" Dia dah meninggal! "

Jeon Jungkook terkejut mendengar berita itu. Serta merta telefon bimbit itu terlepas daripada tangannya. Tanpa membuang masa Jungkook cuba naik ke atas. Encik dan Puan Jung masih kepelikkan.

Dia cuba sedaya upaya melangkah tangga.

" Sayang! Liya dia dah ... Meninggal. "

___☆☆☆

TBC
VOTE ME
💜

JUNGKOOK

✔『 ꜱᴜɢᴀʀ ᴅᴀᴅᴅʏ 』Where stories live. Discover now