" Taehyung. " suara lemah Jungkook kedengaran melalui telefon. Lelaki itu membuat panggilan dengan Taehyung. Dia nak meluahkan segalanya.
" Kenapa nie? Kau menangis ke apa nie. " soal Taehyung kerisauan.
" Aku taknak kehilangan isteri dengan anak aku Taehyung. Tolonglah aku. " ujar Jungkook dengan suaranya yang teresak-esak.
" Aku faham perasaan kau. Tapi kau kenalah bagi dia masa dan ruang dulu. First of all, this is your and Hana's family right. " ujar Taehyung . Jungkook semakin menangis. Dia tahu semua nie salah dia.
" Aku tau semua tu salah aku. Tapi— "
" Okay enough ! Kau bagi dia masa lepas tu kau cuba selesaikan cara baik-baik. Jangan salahkan diri kau atas semuanya. Bukan semua salah kau. Faham tu! " ujar Taehyung serta memberi nasihat pada kawan baiknya itu.
||
Hana terjaga dari tidurnya. Mata dikesat tatkala kaki berjalan perlahan ke arah cermin. Tampak pantulan wajahnya dari situ. Mata masih sembab disebabkan tangisan tanpa henti semalam.
" Aku kena jumpa dengan Youra hari nie. " Hana menghela nafas panjang. Dia nak berdepan semula dengan gadis psycho itu.
" Hana. Kau nak bangun ke? Jom makan cepat! " suara jeritan Lina kedengaran . Hana menapak keluar menuju ke ruang makan. Lina sedang sediakan pinggan berisi nasi goreng kimchi untuk Hana.
" nah makan nie. Lepas tu kau ada nak keluar mana-mana tak nanti? " soal Lina seraya menuangkan jus buah dalam gelas.
" Aku nak pergi jumpa Youra. Kau ikut sekali boleh? " balas Hana tatkala tangan mencapai gelas tersebut.
" Aku kerjalah hari nie. Rehat nanti boleh? Dalam pukul 2 macam tu. Tapi kenapa kau nak jumpa dengan dia? Lepas apa yang dia dah buat dekat kau dengan ... Liya. " ayat terakhir diperlahankan. Rasa rindu dengan kehadiran kawannya seorang itu.
" Aku ada sesuatu nak bercakap dengan dia. Takpelah aku pergi sendiri jelah. " Lina angguk sahaja. Mereka kembali menjamu selera.
.
.
" Aku pergi kerja dulu tau Hana. Nanti nak keluar tu hati-hati. Jangan lasak sangat kau tu dah sarat mengandung. " pesan Lina. Hana ketawa kecil melihat kawannya yang terlalu protective itu.
" Okay mak! " balas Hana.
Usai gadis itu keluar daripada rumah. Hana kembali duduk semula tatkala mata melihat television yang menayangkan drama kegemarannya. Walaupun matanya melihat tv namun fikirannya ke lain.
" I miss him. I really miss him. " Hana menekup wajahnya tatkala mengalirkan air mata. Dia usap air matanya lalu tangan mengusap-usap perutnya.
Jujur,
Dia rindu akan suaminya.||
" Jungkook, janganlah macam nie. Makan sikit okay. Kau dah 2 hari tak makan apa-apa. " pujuk Taehyung.
Selepas dapat panggilan daripada Jaehyun bahawa Jungkook taknak makan. Dia terus bergegas ke rumah agam tersebut. Risau akan kesihatan kawan baiknya itu. Melihat Jungkook dalan keadaan seperti nie sudah buat dia semakin risau.
Teringat kejadian selepas Jungkook kehilangan Haera. Memang seakan-akan seperti sekarang. Taehyung letak pinggan di atas meja lalu duduk di atas katil sebelah Jungkook. Wajah Jungkook murung sahaja. Dia tak senyum langsung.
" Jungkook, bersemangatlah sikit. Jangan macam nie! Kau nak putus asa cepat ke? Kejar baliklah isteri kau tu. Bukan duduk tak makan, kurungkan diri macam nie! " tegas Taehyung. Dia geram dengan sifat Jungkook yang hanya duduk diam tanpa usaha tapi murung macam nie.
" Kau tau kan dia taknak aku jumpa dia. Kau rasa macam mana aku nak usaha! " air matanya kembali mengalir semula. Taehyung peluk tubuh sasa Jungkook.
" Aku faham tu. Tapi sampai bila? Aku taknak kawan aku nie macam mayat hidup. Sedih memanjang. "
" Aku rindukan dia Taehyung. " ujar Jungkook.
___☆☆☆TBC
VOTE ME
💜JUNGKOOK
Did he deserve second chance?
YOU ARE READING
✔『 ꜱᴜɢᴀʀ ᴅᴀᴅᴅʏ 』
Fanfiction[ 1 6+ ] ❝ 𝐋𝐞𝐭 𝐦𝐞 𝐭𝐨𝐮𝐜𝐡, 𝐤𝐢𝐬𝐬 𝐚𝐧𝐝 𝐬𝐞𝐝𝐮𝐜𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐛𝐚𝐛𝐲 ❞ - Jeon Jungkook Sugar Daddy check; Nak layanan macam mana? Sweet or Kinky? Status = complete ✔ Story original by @pexcycookies Cover = °Myrah's Artwork ‗ ❍ ADD TO L...