Tinggal beberapa detik sahaja sebelum Syed Athar dan Haura Lee akan di ijab kabul oleh bapa Haura sendiri iaitu Tan'sri Muhammad Lee sebagai wali anak gadisnya. Tangan tua itu dihulur dan disambut oleh Syed Athar yang sudahpun bersedia dihadapannya.
"Syed Athar Bin Syed Azman, aku kahwin akan dikau dengan anak kandungku Haura Lee Binti Muhammad Lee dengan mas kahwin sebanyak RM1000 ringgit tunai."
"aku terima nikahnya Haura Lee Binti Muhammad Lee dengan mas kahwin sebanyak RM1000 ringgit tunai"
"sah"
"sah"
"sah"
semua saksi berkata sah, jurunikah disebelah memulakan bacaan doa, selesai semuanya kini pengantin lelaki menuju kearah pengantin perempuan diatas pelamin untuk menyarungkan cincin sekaligus acara pembatalan air sembahyang.
" Haura salam suami "terkebil-kebil Haura lantas menghulur tangannya dan belakang tangan lelaki itu dicium.
kini sesi bergambar dengan kedua-dua buah keluarga pengantin. Pada sebelah malam pula mereka adakan majlis resepsi di hotel grand hayyat.
🌸🌸🌸
Selesai sahaja majlis resepsi pada malam itu pengantin pulang ke kediaman milik keluarga Haura.
Haura baru sahaja keluar dari bilik pakaian, terlihat Syed Athar baru sahaja masuk kebilik.
" Haura sediakan baju saya nak mandi " arah Syed Athar lalu mencapai tuala ditangan Haura dengan selamba menuju kebilik mandi.
Haura tanpa banyak alasan terus menyediakan pakaian untuk encik suami, 15 minit kemudian Syed Athar sudahpun selesai mandi dan menuju ke bilik pakaian, Haura pula berbaring diatas katil berura-ura untuk tidur dek terlalu penat seharian menjadi raja sehari.
"Haura awak dah tidur, saya lapar. nak makan" Haura yang baru saja ingin melelapkan matanya terus terbuka luas kerana pipinya terasa sejuk disentuh oleh tangan si suami
"awak lapar, dah pukul berapa ni tak penat ke. esok ajela makan" rasanya seperti mahu mengamuk kerana tidurnya diganggu.
"tak apa la saya boleh masak sendiri walaupun ni rumah awak, nanti kalau ade yang tanya saya cakap isteri tak nak layan suami yang tengah lapar. sanggup suruh tunggu sampai esok" Syed Athar terus memanjangkan langkahnya turun ke tingkat bawah.
Beberapa minit kemudian Haura dengan malas turun ketingkat bawah terlihat Syed Athar yang sedang sibuk mencari makanan di dalam kabinet dapur.
" awak cari apa " Haura membuka kabinet yang mempatkan makanan
" cari mee segera,lapar " Syed Athar berhenti dan memerhati Haura
" dalam rumah ni tak ada mee segera, mama cakap tak elok makan mee segera lambat proses dalam perut nanti " bebel Haura tapi tangannya ligat mengeluarkan roti, jem dan juga sebiji epal serta susu segar.
Beberapa keping roti disapu jem, epal dibelah dan diletakkan didalam pinggan lalu diberikan kepada Syed Athar yang sudahpun duduk di meja bar berdekatan.
kemudian susu dipanaskan.Haura menghulurkan susu kepada Syed Athar lalu dia duduk berhadapan lelaki itu
" awak makan la, saya mengantuk ni nanti dah siap kejut saya " Haura terus meletakkan lengannya diatas meja kemudian kepala diletakkan diatas
Syed Athar yang melihat tersenyum sendiri tangannya dipanjangkan untuk mengusap kepala si isteri
" one day aku akan pastikan kau yang minta untuk dilepaskan " bisik Syed Athar dilubuk hatinya

ANDA SEDANG MEMBACA
Peluang Kedua Untuk Dia
RomanceKahwin aturan ibubapa tidak bagi mereka, perkahwinan yang dirancang ganjaran harta dan kemewahan jadi taruhan namun bukan itu tujuan utama, perkahwinan adalah dasar untuk mengaburi hubungan terlarang antara kawan baik, adik perempuan sebagai taruha...