Hari ini merupakan majlis pelantikan anak-anak Tan'sri Muhammad Lee sekaligus merupakan hari persaraannya daripada syarikat M.Lee Holding yang telah dibina namanya sejak 30 tahun lalu kini tiba masanya untuk diserahkan kepada anak untuk menyambung legasinya. Tan'sri Muhammad Lee sudahpun berada di atas pentas untuk penguguman jawatan pelantikan.
"Assalamualaikum and Good evening to everyone, seperti yang semua sedia maklum, hati ini merupakan hari terakhir saya sebagai Ceo M.Lee Holding. Jamuan ini adalah hadiah dari saya sebagai tanda perpisahan dan sekaligus saya ingin memberitahu kepada semua staff pelantikan posisi baru dalam syarikat yang telah dibincang dan dipersetujui oleh ahli lembaga pengarah. Dengan ini CEO baru M.Lee Holding, Aron Lee, COO Haura Lee dan seterusnya ahli lembaga pengarah sebulat suara melantik Aryan Lee sebagai Ketua akauntan dan pemasaran M.Lee Holding" ucapan berakhir dengan tepukan gemuruh oleh semua tetamu yang hadir.
Sedang mereka menjamu selera Aryan berdiri di satu sudut sambil memegang segelas minuman, matanya tidak terlepas dari memandang adik perempuannya Haura Lee.
" tak sangka Aryan kau boleh kalah dengan budak mentah huh"senyum sini kepada dirinya.
" Congratulations bro "salam Syed Athar dibalas.
" Kau mesti tak sangka yang aku boleh dapat jawatan lagi rendah daripada Haura kan, wait and see okey bro. Thanks by the way" tersenyum lebar Aryan Lee, dalam pikirannya bermacam idea muncul.
" that smile. stop it bro" Syed Athar memandang kearah pandangan mata Aryan.
🌸🌸🌸
Keluarga Tan'sri Muhammad Lee sedang bersarapan bersama pagi ini.
" so Aron office macam mana, okey?" kopi didalam cawan dihirup perlahan.
" Alhamdulillah pa, sudah 3 bulan hampi 4 bulan sales naik, projek pun makin banyak. client yang Aron jumpa semua asyik puji Haura ni. Proposal lengkap semua idea fresh" kata Aron, Haura disebelah hanya sibuk dengan iphonenya.
"Emm great, by the way Aryan papa ada tengok laporan kewangan bagus semuanya teratur cuma ada masalah sikit bahagian sales, nanti kamu check balik" Tan'sri farhan menepuk bagu si anak. Aryan hanya mengangguk dan meneruskan suapannya.
" dah makan nanti lambat pula pergi kerja anak-anak. Aron nanti lepas lunch hour jumpa mama dekat butique nak buat finale touch baju sanding, suruh Amna datang sekali ye " Pn'sri Halina pula bersuara.
Majlis perkahwinan Aron Lee dan juga Sharifah Amna kurang lebih tinggal 2 bulan sahaja lagi, Pn'sri Halina yang paling teruja untuk menyambut menantu segala persiapan sudahpun disiapkan awal. senang katanya tidaklah nanti terburu-buru dan kelihatan cacat-cele.
" mama nanti adik nak ikut tau" rengek Hanna Lee merupakan anak bongsu pasangan itu. juga merupakan adik kesayangan Aryan Lee.
🌸🌸🌸
Pn'sri Fatima duduk bersantai di gazebo. Syed Athar yang kebetulan lalu disitu menapak perlahan kearah uminya.
" umi buat apa dekat luar malam-malam ni, kenapa asyik tenung je gambar anak-anak Atif tu" Syed Athar menegur
" umi rindu la, ada cucu jauh anak pon semua jauh, umi sunyi la suami dah tak ada" setitik air mata tuanya jatuh, Syed Athar disebelah juga berasa sebak.
"jangan cakap macam ni, umi ada Athar. Ni Athar ada temankan umi kan dah tak nak sedih-sedih"Syed Athar mengelap air mata tua itu.
"lain Athar, Athar kawin la nanti isteri Athar tu boleh jadi kawan umi kan, Umi bosan kalau Athar keluar outstation. Kalau Athar dah kawin tak ada la umi bosan ada peneman"Pn'sri Fatima mengelus lembut tangan kasar anak lelakinya itu.
YOU ARE READING
Peluang Kedua Untuk Dia
RomansaKahwin aturan ibubapa tidak bagi mereka, perkahwinan yang dirancang ganjaran harta dan kemewahan jadi taruhan namun bukan itu tujuan utama, perkahwinan adalah dasar untuk mengaburi hubungan terlarang antara kawan baik, adik perempuan sebagai taruha...