Special part II

409 6 1
                                    

Ariz adalah orang paling gembira melihat kereta Aryan Lee masuk ke perkarangan rumah oyangnya. Aryan Lee keluar dari kereta di ikuti Maria, Ariz terus berlari memeluk mummynya.

"I miss you mummy" Ariz memeluk, kepala  kanak-kanak itu hanya separas pinggang Maria.

"I miss you too sayang, jom masuk mummy dengan papa nak jumpa oyang." Maria berjalan masuk dengan Ariz masih melekat dipinggangnya

🌸🌸🌸

"Ariz cepat atuk dah tunggu tu"Marah Aryan Lee pada anaknya.

"Biy..jangan la marah anak you tu, cuba kurangkan sikit baran you tu" kata Maria yang berbaring dikatil, Aryan yang duduk dibirai katil memandang kearah si isteri.

"kalau you tak larat tidur je dulu, Lepas isyak I balik. Selalunya masjid sini cepat" Lengan Maria diusap berlapik, risau terbatal pula wuduk

"I tak sedap badan sikit je, bukannya sakit teruk pun. Dah pergi lah nanti lambat" Aryan Lee bangkit dan meninggalkan isterinya disitu.

Mereka semua kecuali Maria dan Pn'sri Halina bergerak ke Masjid menaiki kereta Aryan Lee.

🌸🌸🌸

Ariz berlari mendapatkan papanya yang duduk di sekumpulan jemaah berbual-bual sambil menunggu neneknya.

"papa, nenek nak cakap dengan papa" Ariz menghulurkan iphone milik Aryan yang dimainnya itu.

"hello..Yan balik sekarang, Isteri kamu pitam ni" jelas kedengaran suara cemas ibunya.

"hah!, ha Yan balik sekarang" panggilan dimatikan

"Ariz pergi panggil oyang cepat sikit, papa ambil kereta" arah Aryan pada anaknya, dengan pantas Ariz berlari kebahagian wanita untuk memanggil oyangnya.

🌸🌸🌸

Aryan berjalan laju masuk kedalam rumah sambil memanggil mamanya

"dekat dapur ni Yan"pekik mamanya pula

Aryan pantas menuju kedapur, terlihat si isteri berada di meja makan dengan memegang segelas cawan dan sebelah lagi tangannya menongkat kepala. Aryan mendekat lalu duduk disebelah Maria. kepalanya ditundukkan mencari wajah si isteri.

"sayang jom I bawa you pergi Hospital" Aryan membetulkan rambut Maria yang sedikit berantakan dan dilap peluh yang tersisa didahi wanita kesayangannya itu.

Aryan membantu Maria bangun baru sahaja beberapa langkah Aryan memapah, kepalanya berasa pusing dan hampir saja jatuh nasib sempat ditahan Aryan.

"Yan angkat Maria, jatuh kejap lagi tu" arah mamanya, risau melihat keadaan si menantu.

Aryan terus mencempung si isteri menuju ke kereta, enjin kereta dihidupkan dan meluncur laju meninggalkan rumah.

🌸🌸🌸

Syed Athar memberhentikan keretanya setelah beberapa jam perjalanan menuju ke kampung halaman tok Haura.

"sayang....kita dah sampai ni"panggil Syed Athar melihat isterinya yang masih lena disebelah

Syed Athar memandang pula di seat belakang, anak kembarnya juga masih tidur.

"Aisar...Aisha, kita dah sampai rumah oyang ni. wake up sayang daddy, manja daddy" Syed Athar membuka sebelah pintu untuk mengejutkan anak-anaknya.

beberapa minit mereka bangun dan keluar dari kereta setelah terlihat Ariz disitu. Syed Athar bergerak pula kearah isterinya yang masih duduk disitu membetulkan urat saraf.

"sayang okey, boleh bangun tak" Syed Athar membantu isterinya yang sudah sarat untuk keluar dari kereta.

"boleh... "kata Haura sambil berpaut pada bahu Syed Athar

Peluang Kedua Untuk DiaWhere stories live. Discover now